Tuesday, June 19, 2012

FGVH, Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar - Presiden PAS

UMNO meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam PPSMI dan kegagalan Umno meningkatkan ekuiti pemilikan kekayaan orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru.


Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. 

Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual. Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan UMNO yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual dibawah pemerintahan UMNO BN hari ini.

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


No comments:

Followers