Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyifatkan rakyat kini bijak menilai pihak yang dapat menawarkan kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan hak rakyat.
Beliau juga menyatakan, hidup mati BN adalah bergantung kepada Umno semata-mata kerana dua komponen BN, MIC dan MCA sudah lama hilang kuasa dan sokongan rakyat.
Parti kompenan BN, sudah makin lemah dengan kurangnya sokongan rakyat kepada parti MIC dan MCA, tegas beliau.
Memetik ucapan beliau:
"Golongan muda pada masa sekarang sudah pun berfikiran matang dan terbuka untuk memilih pemimpin yang boleh perjuangkan hak rakyat walaupun ada segelintir masih lagi dalam pemikiran lama.
"Hal ini boleh dilihat dengan penglibatan golongan muda kepada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang diadakan baru-baru ini".
No comments:
Post a Comment