Saturday, June 9, 2012

Rela berkaraoke malam Jumaat untuk ganggu ceramah PR


Jika dilihat kepada banner yang terpampang, jelas nyata pertandingan karaoke anjuran Rela Maju Rapat di Taman Maju Rapat pada 7 Jun lalu bermulanya pada jam 2.30 petang. Tetapi oleh kerana pada hari dan tempat yang sama juga terdapatnya ceramah Pakatan Rakyat yang membawakan penyanyi Aishah, maka Rela yang juga macam komponen BN telah menukar program mereka kepada malam hari. Biarpun malam itu adalah malam Jumaat, karaoke tetap dikumandangkan asal dapat mengganggu ceramah PR disana.

Pihak penganjur kepada ceramah PR di Taman Maju Rapat itu berasa amat kesal kerana cara gangguan yang digunakan Umno kali ini agak keterlaluan. Nyanyian karaoke dengan dentuman bunyi yang kuat daripada sistem pembesar suara yang mengelilingi padang di taman itu (dihalakan ke tapak ceramah PR) tidak sepatutnya dilakukan pada malam Jumaat di kawasan perumahan orang-orang Islam sepenuhnya.

Tujuan diadakan pertandingan karaoke pada malam itu hanyalah untuk mengganggu ceramah PR, ini jelas  apabila setelah pertandingan itu tamat, nyanyian karaoke terbuka pula untuk terus mengganggu ceramah yang sedang berlangsung.



Orang yang menyaksikan pertandingan karaoke itu tidaklah ramai, tetapi ianya tetap berterusan sehinggalah selesai ceramah PR pada malam itu.

Umno yang segan untuk mengenengahkan diri untuk menyanyi karaoke pada malam Jumaat, telah mempergunakan Rela untuk melangsungkan niat jahat mereka. Lokasi karaoke tersebut juga begitu dekat dengan tapak ceramah PR. Cuba lihat video dibawah sebagai bukti.



Oleh kerana terlalu hampir dan gangguan yang berterusan, pasti terjadi perkara yang tidak diingini.

Dikatakan seorang pendengar ceramah PR yang tidak berpuas hati kerana gangguan bunyi bising daripada nyanyian karaoke, telah meminta pihak penganjur karaoke tersebut agar memperlahankan sedikit bunyinya dan speaker mereka tidak dihalakan kearah tempat ceramah. Terjadi sedikit kekecohan apabila pihak disebelah karaoke enggan memperlahankan bunyi dan mengatakan itu adalah tugas mereka untuk menghalakan speaker ke arah tempat ceramah.

Nasib baik unit keselamatan PR berjaya mententeramkan keadaan daripada terjadi pergaduhan. Perkara gangguan pada ceramah sebegini jika diulangi lagi, pasti akan berlaku sesuatu yang tidak baik kerana emosi orang ramai yang hadir ke tempat ceramah sudah pasti tidak dapat dikawal oleh pihak penganjur.

Semoga pihak keselamatan tidak hanya melihat kejadian sebegini berterusan berlaku. Keamanan adalah milik semua.





Ini adalah speaker ceramah PR yang kemek dipijak.  

2 comments:

IbnAbdHalim said...

Kenapa RELA tak buat tiger show saja. Mungkin itu akan mendatangkan lebih banyak pahala?

cucukerinci said...

umno dah dirasuk setan...

Followers