Saturday, June 2, 2012

Hujan rahmat di Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya


ALOR SETAR (1.6.12): Stadium Darul Aman di Alor Setar, Kedah hari ini dibanjiri oleh ahli-ahli dan penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang datang daripada segenap pelusuk negara sejak malam tadi lagi. Himpunan Hijau Ke Putrajaya telah dimulakan dengan Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya pada sebelah petangnya dengan membariskan pimpinan tertinggi Pemuda Pas Malaysia.

Xpresi Hijau Anak Muda ini dipenuhi dengan ucapan-ucapan peniup semangat daripada barisan pimpinan Pemuda Pas buat ribuan anak-anak muda pewaris generasi masa hadapan. Kehadiran Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasruddin Bin Hassan bersama konvoi motor besar dengan membonceng superbike daripada Masjid Perwaja, Gurun memulakan acara.

Hujan lebat yang turun dipertengahan acara langsung tidak mematahkan semangat, apatah lagi untuk membuatkan anak-anak muda ini berenjak daripada tekun mendengar setiap baris patah perkataan yang disampaikan oleh pimpinan mereka. Ini tidak lain hanyalah kerana hujan yang turun dengan lebatnya itu dianggap satu rahmat daripada Allah Taala dalam himpunan petang ini.

Menurut sumber, inilah pertama kali azan dikumandangkan serta solat dilaksanakan secara beramai-ramai di Stadium Darul Aman ini. Sungguhpun hujan dan keadaan padang yang basah dan becak, solat Asar tetap didirikan oleh anak-anak muda di stadium ini.

Acara selingan berupa sketsa ringan daripada Bob Lokman yang berpayung di dalam hujan berjaya membuatkan mereka terhibur di dalam kesejukan.

Terdapat juga tiga majlis pelancaran dilaksanakan di dalam himpunan petang ini. Pelancaran maskot Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), buku 'Siapa Menganut Ajaran Sesat?' tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta Kopi Amal.

Kehadiran Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin yang menyampaikan ucapan berapi beliau memanaskan lagi suasana stadium pada petang ini.

Sungguhpun sedikit terlewat daripada waktu yang dijadualkan akibat daripada kesesakan lalulintas yang amat teruk (kenderaan daripada seluruh negara mula menuju kearah stadium), fenomena Ustaz Azhar Idrus untuk menyampaikan Kuliah Asar tetap dinantikan oleh semua yang hadir. Dan ternyata, kehadiran beliau membuatkan suasana stadium bertambah hangat walaupun hujan masih renyai-renyai.

Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya ini akan diteruskan kesetiap negeri-negeri di seluruh Malaysia.



Sdr Khairul Faizi selaku pengacara petang ini

Ustaz Ridhuan Mohd Nor


Sungguhpun hujan, tetap mendengar ucapan pimpinan



Ustaz Kamal Ashari

Naib Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Iskandar. Walaupun demam, tetap bersama-sama di dalam himpunan

YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar

Bob Lokman memeriksa tentatif himpunan bersama Ustaz Syed Al-Jofree

Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia menyampaikan ucapan beliau di dalam gerimis hujan

Maskot PASTI yang diberi nama HUDA

Yang ini pula, HADI

HADI dan HUDA, maskot Pasti yang dilancar dan diperkenalkan

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nik Abduh dengan ucapannya yang begitu tegas dan berani

Anak kepada Ustaz Nasruddin Tantawi, mengalunkan azan untuk solat Asar

Solat Asar berjemaah 

Semakin lama, semakin ramai yang turut serta berjemaah ditengah padang

Bob Lokman berpayung melakukan sketsa beliau, Belantan Pusaka Durjana

Bob mengenakan pakaian seragam Unit Amal di dalam sketsanya

Bob Lokman juga turut melancarkan 'Kopi Amal' keluaran Unit Amal bagi mengisi tabung mereka

Dato Seri Ir Haji Nizar juga turut menyampaikan ucapan beliau


Masih tidak berganjak walaupun hujan belum reda

DS Nizar yang sememangnya lantang bersuara, bukan sahaja dipentas ceramah malah juga di twitternya


Ustaz Nasruddin melancarkan buku 'Siapa Menganut Ajaran Sesat?' 

"Bendera hijau akan menyuluh jalan ke Putrajaya", ucapan Ketua Pemuda Pas Malaysia ini disambut dengan laungan  Takbir oleh ribuan anak muda yang menjayakan Himpunan Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya

1 comment:

Unknown said...

Hijau warna alam.

Followers