Friday, March 4, 2011

Wanita bertudung merah menuduh wanita bertudung merah



Wanita Umno perlu muhasabah diri tentang ahli tempatan mereka di Kerdau yang sebelum ini tidak berpuas hati kerana permintaan mereka untuk meletakkan wanita sebagai calon BN di Dun Kerdau tidak dilayan sebelum menuduh sesuatu yang tiada bukti.

Hamidah Osman menuduh sekumpulan wanita bertudung merah telah berkempen dari rumah ke rumah dengan meminta warga Kerdau memberikan undi kepada calon Pas sebagai tanda 'undi protes' terhadap Umno/BN. Dan kumpulan wanita bertudung merah tersebut dikaitkan dengan Pas melalui gambar banner 'undi protes' yang didakwa daripada Pas.

Tidak mustahil jika kumpulan wanita bertudung merah tersebut memang benar-benar Wanita Umno tempatan yang tidak berpuas hati kerana bukan calon wanita yang dipilih sepertimana yang diminta oleh Shahrizat Jalil.

Jika isu tudung yang dibangkitkan, sila perhatikan betul-betul, tudung Umno samakah dengan tudung Pas?

Tidaklah cerdik namanya apabila menyembur racun nyamuk dicelah almari yang gelap apabila nyamuk yang menggigit (apa yang patut) sebenarnya berada di dalam kain sendiri.

No comments:

Followers