Tuesday, March 1, 2011

Undi Pos bertambah, Zambry dan Umno Perak mahu jadi wakil pos?

Kebimbangan Umno Perak dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menampakkan realitinya apabila mereka beralih kepada taktik menggunakan undi pos untuk menang mudah pada pilihanraya yang akan datang.

Pertambahan yang ketara disemua dun yang diwakili oleh Umno membuktikan betapa pengecutnya mereka untuk berdepan dengan rakyat, mengambil jalan mudah dengan menggunakan undi pos.

Hamidah Osman yang kononnya hebat juga dikatakan mengharapkan tuah undi pos kali ini.

Statistik pilihanraya di Perak mungkin menunjukkan betapa Umno akan tersungkur jika diadakan pilihanraya waktu yang terdekat ini. Taktik bacul dengan memperalatkan undi pos bukanlah perkara baru buat Umno, tetapi dengan pertambahan yang ketara menjelaskan lagi kebimbangan mereka.

Setelah 2 tahun Umno Perak berkuasa dengan merampas kerajaan negeri, kini mereka rela untuk terus berkuasa walaupun sebenarnya hanya menjadi WAKIL POS, bukannya wakil rakyat.

5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).

No comments:

Followers