Tuesday, March 1, 2011

Kotak rasuah BN diedar secara sembunyi di Kerdau


Taktik lama pilihanraya dengan mengedarkan barangan makanan masih diamalkan BN. Terbaru berlaku di PRK Dun Kerdau apabila BN mengedarkan lebih 100 kotak yang berisi bekalan makanan dengan wajah Najib Razak tertera di luar kotak tersebut.

SPR masih membodohkan diri apabila ianya melibatkan Umno dan BN tetapi akan bergegak gempita apabila tuduhan dipalitkan kepada Pas.

Permainan semakin kotor tetapi malangnya apabila 'pengadil' semacam lembu dicucuk hidung.

Jangan sampai proses pilihanraya dinegara kita menjadi bahan ketawa rakyat di Zimbabwe.

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

NONESemua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberitahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

NONEIa juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

-Malaysiakini

No comments:

Followers