Thursday, March 10, 2011

Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (KASE) di Ipoh 13 Mac 2011

Pelancaran KASE Perak

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) peringkat negeri Perak akan dilancarkan pada 13 Mac 2011 disebuah restoran Nasi Ayam Nusantara berhadapan dengan Medan Gopeng, Ipoh.

Majlis santai ala ‘High Tea’ itu bermula jam 2.00 petang dan mengenakan bayaran penyertaan RM3.00/ seorang sahaja.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi KASE Perak, Saudara Abdul Rahim di talian0195700168

Majlis tersebut akan dilancarkan sendiri oleh Pengerusi KASE Pusat, Dato Mahfoz Omar.Selain beliau turut bersama nanti ialah YB Taufik Bin Abd Ghani,Pengarah KASE Pusat dan peguam Zulhazmi untuk memberi penjelasan perundangan terperinci berhubung ‘Saman Ekor’ yang sedang hangat diperkatakan kini dan ditentang hebat oleh segolongan besar rakyat Malaysia.

Mereka yang terlibat dengan saman ekor ini adalah sangat dialu-alukan menyertai majlis penerangan tersebut dan mendaftar nama bagi tujuan tindakan bersama untuk menyaman pihak yang berkenaan.

Pihak KASE ada menyediakan panel peguam bagi tujuan tersebut. Jangan biarkan diri anda terus dibuli oleh kerakusan pemimpin UMNO/BN.Perjuangkanlah hak anda yang dijamin oleh perlembagaan negara.Katakan tidak kepada Saman Ekor!

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...