Friday, March 11, 2011

Adegan yang tak lalu dilihat


Apa hal ramai-ramai menolak lori ni? Kalau semua naik kat belakang tu pun mesti muat punya. Lori rosak le gamaknya tu.

Kalau sekali tengok gambar ni, macam biasa saja. Biasalah hidup berjiran dikampung, tolong-menolong amalan biasa. Seorang susah, sekampung datang menolong. Jangan kata lori, kalau rumah tu pun disuruh tolak juga, gerenti ditolak deme. Jangan tolak kat Along dah le.

Che kome pegrhati betoi-betoi gambo tu, sape yang nolak lori tu paling beriya-iya. Sampai berkegrhomot mukanya. Dari riak muka dia, ngalahkan tenaga 5 orang keliling tu yang nolak.

Iye...betoi le dia tu. Sah le, takde orang lain. Datuk Seri Nizar le tu. Ahli Parlimen Bukit Gantang. Dia kalau nolong orang, memang macam tu. Sampai lupa yang dia tu ahli parlimen dan Menteri Besar pilihan rakyat. Kalau ahli parlimen yang belah sana nun, setakat bergambo tepi lori tu je le.

Kalau kome dapat merasa ngikut DS Nizar kemana-mana, tau le kome kuat tak kuatnya dia. Sampai kome udah lembik terjulor lidah, dia apah idak. Nohen je dia kesana kemari nyalam, bertegur sapa dan jumpa orang dan berceramah dari subuh sampai nak masuk ke subuh esoknya.

Itulah insan yang dikurniakan kesihatan oleh Allah Taala untuk menegakkan kebenaran dan berkhidmat untuk insan tidak mengira masa, penat dan lelah. Beliau adalah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, kebanggaan kita semua.

1 comment:

Yong said...

Best picture Yob. Yong nak simpam gambor ni boleh?

Followers

Video ajijoi

Loading...