Saturday, March 26, 2011

Anwar diheret polis turun pentas ceramah




KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

2 comments:

GENERATE INCOME HALAL said...

salam. i was there. tak sepatutnya satu ketumbukan polis termasuk FRU membuat kepungan empat penjuru terhadap pendengar ceramah. pegawai polis sepatutnya lebih berhemah kerana DS Anwar dah bagi ucapan penutup dan mengarahkan supaya hadirin yg berada di dalam kawasan pusat khidmat MP dan di bawah khemah supaya berdisiplin. 15 minit yg diberikan kepada DS Anwar telah dipatuhi. so, what the heck man.????

Unknown said...

mohon link blog den kat sini bro,blog tuan dah link kat sini

http://malaysiandotcom.blogspot.com

Followers