Saturday, March 5, 2011

Kalah atau menang, Allah tentukan, bukan penganalisa


Hari terakhir kempen untuk pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau telah dikeluarkan laporan penganalisa-penganalisa daripada pelbagai badan dan pertubuhan mengenai keputusan yang bakal diperolehi parti-parti yang bertanding.

Bermacam-macam kaedah yang digunakan untuk mendapatkan keputusan sepertimana yang dicanangkan. BN akan tetap kekal di kerusi Kerdau dan Merlimau, dakwa mereka.

Biar apa pun yang diperkatakan, keputusannya nanti sudah pastilah mengikut ketentuan Allah Taala. Bukan penganalisa-penganalisa yang punya niat berbeza dan tersendiri dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Segala usaha dan kerja-kerja telah dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh petugas-petugas Pas baik di Kerdau mahupun di Merlimau. Kemenangan sudah tentu menjadi matlamat mereka.

Namun begitu, segala-galanya diserahkan bulat-bulat kepada Yang Maha Esa dalam menentukan keputusannya nanti. Sama-samalah kita doakan.



No comments:

Followers