Friday, March 4, 2011

Kempen N.28 Kerdau - 2 Mac 2011

Hassanuddin Salim tetap berstamina sepertimana hari pertama berkempen, malah lebih bersemangat lagi dengan sokongan dan dokongan isteri tercinta.

Jentera kempen beliau juga bertambah rancak hari ini apabila aura Datuk Seri Nizar mula menyinar di Kerdau. Kehadiran Datuk Seri Nizar bagaikan angin yang meniup kencang layar agar kapal berlayar dengan lebih laju dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kumpulan UPU Jengka 25, sedia berkhidmat bersama bakal YB Kerdau

Memberikan sedikit taklimat pagi sebelum memulakan kempen

Datuk Seri Nizar yang tiba bersama Ustaz Misbah

Kunjungan Datuk Seri Nizar ke Kerdau amat dihargai calon

Ayah kepada anak gadis ini mengadu kepada Hassanuddin tentang masalah anaknya yang mempunyai masalah jantung berlubang dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM30,000

Muslimat juga berkempen dari rumah ke rumah

Banyak permasalahan yang diadukan kepada Hassanuddin oleh penduduk kampung ini

Baju dan belon belum boleh menentukan undinya kepada siapa. Sebab itu calon perlu bertemu semua pengundi, tidak kira daripada parti mana sekalipun

Bilik gerakan BN juga ditinjau oleh calon Pas. Lengang je bang, ramai kerusi dari orang

Kerdau ni kecil je, pusing-pusing, jumpa muka tu jugak

Kedhaifan warga Kerdau boleh dilihat dimana-mana. Bila ditanya, banyaklah masalah yang akan dilontarkan. Dah berapa tahun tak ada wakil rakyat disini, makcik?

Lagi bilik gerakan BN diterjah Hassanuddin. Seperti biasa, banyak bendera dari orang

Kan dah kata, muka ni lagi...

Berlainan parti, tetapi tetap bersaudara

Kenal tak yang pakai t-shirt tu? Itulah 'Pak Jabit' daripada Kg Pisang. Alah...yang berlakon filem 'Zombi Kg Pisang' dan yang terbaru 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Man Kadir adalah orang kuat PKR Kuala Krau dan sekarang sedang berkempen untuk calon Pas di Kerdau ini

Hassanuddin di ceramah kelompok

Kelompok yang besar

Calon di pentas ceramah kelompok yang lain pula

Sdr Saifuddin Nasution, MP Machang dan Setiausaha Agung PKR sedang memberikan ceramah

"Mengikut pemerhatian saya, di dalam pilihanraya juga ada zombi. Zombi itu dipanggil pengundi hantu. Hantu Kak Midah juga sedang berkeliaran di Kerdau ini sebab itu Hantu Kak Midah belum balik rumah." Pak Jabit juga berceramah. Orang Kg Pisang kata, dia pantang dapat mikrofon...

Kehadiran ramai orang ke ceramah Pas telah membuatkan iri hati pihak Umno sehinggakan timbul isu pentas ceramah yang terlalu hampir didalam berita tv9

Hassanuddin serius menangani masalah warga Kerdau apabila dipilih sebagai wakil rakyat disini kelak

Payah Umno nak kumpulkan pendengar sebegini ramai diceramah mereka, sebab itu timbulkan isu ceramah terlalu hampir, bunyi speaker terlalu kuat dan macam-macam mak nenek lagi

Kata-kata daripada DAP Pahang buat warga pengundi Kerdau yang menyentap sanubari Umno. Cuaca semakin cerah buat Pas di Kerdau

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...