Wednesday, March 2, 2011

Umno Pahang perlu jelaskan mengenai disaman RM296 juta

Sidang Media 2 Mac 2011


1. Meneliti laporan-laporan media BN hari ini, kami dapati BN khususnya menteri Besar gagal menjawab pembongkaran yang telah kami dedahkan sejak bermula hari kempen. Laporan prestasi buruk tentang pengurusan kerajaan Umno/BN Pahang oleh Ketua Audit Negara masih belum terjawab.

2. Rakyat juga menuntut kerajaan negeri menjelaskan bagaimana kerajaan negeri telah disabit kesalahan oleh Mahkamah dan di arahkan untuk membayar saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur. Lebih malang lagi bagi rakyat Pahang bilamana kerajaan Umno/BN kini berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag’n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapadu (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] yang kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan. Apakah ini yang dimaksudkan isu remeh yang dibangkit pembangkang?

3. PAS mengalu-ngalukan tindakan Encik Muzammil bin Muallif, 51 tahun, yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan perjuangan Umno dengan menyertai PAS bersama 11 orang ahli-ahli Umno Jengka 25. Beliau yang merupakan pengasas Umno dan Ketua Cawangan Umno Jengka 25 selama 15 tahun adalah uga bekas Naib Pengerusi JKKR serta bekas Pembantu ADUN Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia.


(Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man)
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N28 Kerdau.

No comments:

Followers