Wednesday, March 30, 2011

Rasuah dan Lemah Urus Ekonomi Punca Harga Barang Naik

IPOH, 28 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah Negara Dunia yang lain.

Menurut beliau, dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk dan apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yangberada.


Beliau menyatakan, Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya di dalam Negara kita.


Memetik ucapan beliau “ Hal ini berlaku kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.”


Beliau juga menyataka kerajaan UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.


Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.


Beliau menjelaskan lagi, Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.


Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah, jelas beliau.


Menurut beliau, tabiat kerajaan UMNO/BN sememangnya suka menghabiskan duit rakyat disebabkan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan budaya rasuah yang berleluasa telah merebak dalam diri pemimpiN UMNO dan BN sehingga mereka sanggup menggadaikan hak rakyat demi kepentingan pemimpin UMNO/BN serta krono-kroni mereka.


ustazabubakar.wordpress.com


No comments:

Followers