Perjalanan kempen calon Pas di N.28 Kerdau, Hassanuddin Salim pada 3 Mac 2011 ditemani seorang pimpinan yang begitu diminati walau kemanapun beliau pergi. Aura yang beliau miliki disenangi oleh 1Malaysia, iaitu pelbagai bangsa dan keturunan. Mari kita ikuti jejak kempen calon Pas ini bersama orang yang dimaksudkan tadi, Datuk Seri Haji Nizar Jamaluddin.
Sesiapa saja pasti disapa

Yang susah dibantu, yang kurang upaya diampu

Ramai warga tua yang dhaif dan sakit di Kerdau. Tuan rumah berasa gembira menerima kunjungan Hassanuddin

Daripada pengamatan dan pengalaman saya mengikutinya, kemana saja, DS Nizar akan pergi bersalam dengan sesiapa jua sehinggakan kebelakang gerai untuk bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi dengan pihak berkuasa, beliau begitu menghargai dan menghormati pengorbanan setiap anggota yang menjaga keselamatan kita

Hassanuddin dan isteri tiba untuk menghadiri Majlis Makan Malam Demokrasi anjuran masyarakat Tionghua

Setibanya ditempat ceramah, kehadiran mereka dikesan oleh calon. Siapa mereka? Jika anda melihat orang-orang yang seperti ini, berbeg galas dengan kamera dan videocam, pilih sudut-sudut terpencil, itulah SB. Tugas mereka adalah merakam ceramah dan mengambil butiran dan laporan tentang kehadiran, isi dan isu ceramah dan sebagainya.

Diceramah kelompok yang berasingan pula, penceramah yang kelihatan garang dan penuh emosi ini sebenarnya punya peribadi yang TENANG. Bekas calon yang menegakkan hukum bersalam antara bukan Muhrim, Cikgu Normala

Daripada wajah manis penuh senyuman yang menampakkan keTENANGan ini, perjalanan kempen calon PAS di Kerdau kini berada dilandasan yang betul. Bulan purnama bakal bersinar di Kerdau? Tungguuuu
Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi



























No comments:
Post a Comment