Saturday, March 5, 2011

Adnan Yaakob tak berani menjawab isu Pas sampai ke sudah

Adnan Yaakob hanya pandai mencarut, tak pandai menjawab isu

Malang sungguh warga Pahang bermenteri besarkan seorang samseng yang bernama Adnan Yaakob. Langsung tidak bertanggung jawab untuk menjawab isu-isu yang perlu diketahui warga Pahang mengenai ketidak cekapan dalam mengurus tadbir kerajaan negeri.

Daripada hari mula berkempen sehinggalah hari terakhir, pelbagai isu-isu yang berkenaan dengan pentadbirannya yang rakyat perlu tahu, tidak berani untuk dijawabnya. Seolah-olah dia tidak perlu bertanggungjawab terhadap pentadbirannya dan rakyat Pahang tidak perlu tahu apatah lagi menyoal beliau mengenai perkara-perkara tersebut.

Hanya Umno yang tahu dan boleh memerintah, itulah kata-kata yang dipahatkan ke kepala orang-orang Melayu yang masih menyokong mereka. Jika beginilah caranya Umno memerintah, tidak perlu bertanggung jawab, tidak payah menjawab isu, siamang di hutan Pahang juga berupaya untuk duduk dikerusi beliau sekarang ini.

MB Pahang perlu jawab pendedahan PAS

TEMERLOH, 4 Mac: PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.


"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?

"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.

Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.

Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri.

Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.

"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.

"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.

Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu.

Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.

No comments:

Followers