Wednesday, March 30, 2011

Sumbanglah untuk Dana Tabung Bloggers Pakatan Rakyat


Khidmat blogger amat diperlukan didalam peperangan siber terutamanya ditika pilihanraya samada umum, kecil mahupun peringkat negeri. Ruangan untuk kita menyampaikan mesej dan laporan kepada rakyat telah ditutup rapat dipersada media utama negara, yang tinggal hanyalah lorong-lorong dialam maya siber yang masih terbentang luas buat mainan kita.

Dialam maya siber inilah tempatnya bagi pimpinan dan parti-parti Pakatan Rakyat 'bertemu' dan menyampaikan segala maklumat kepada rakyat kebanyakan melalui laman-laman portal berita, blog, facebook dan twitter yang dikendalikan oleh para bloggers yang menginfakkan segala yang mereka ada, tanpa dibayar mahupun minta dibayar demi sebuah perjuangan.

Tatkala ini, ada bloggers yang telahpun diterbangkan ke bumi Sarawak untuk menghadapi 'peperangan siber dan saraf' bagi membantu kempen Pakatan Rakyat didalam pilihanraya negeri Sarawak mulai 6 - 16 April ini. Perkhidmatan mereka sudah semestinya percuma, infak peribadi para bloggers buat perjuangan ini, namun begitu 'maintenance' amat diperlukan buat mereka berkhidmat ditempat orang dengan sedikit selesa dan mudah dalam menjalankan tugasan yang digalas.

Dana bagi menampung 'maintenance' ini tiada tabungnya, oleh yang demikian, para bloggers amat bergantung kepada rakyat yang selalu mengikuti perkembangan dan laporan terkini daripada para bloggers kita. Rakyatlah yang berupaya dan mampu memastikan kesinambungan perkhidmatan para bloggers dibumi Sarawak sana.

Sebuah tabung untuk dana bloggers telah ditubuhkan oleh blogger Wak Albanjari. Sokonglah dan infaklah semampu mungkin demi kejatuhan sebuah rejim yang lapuk menghimpit rakyat.

Wak Albanjari menulis:

Lambaian jihad berterusan mengamit jasad kami para bloggers PAS dan Pakatan Rakyat,, untuk bersama-sama para sahabat lain berjuang fi sabilillah di bumi Sarawak.

Rakan-rakan tak putus-putus sms dan hubungi wak, bila nak turun. Amboi-amboi hangpa.., ingat turun ke Sarawak tu macam turun tangga nak pi jamban kaa?

Hadoiii..!! Ikut hati dan rasa, wak nak saja, angkat bendera 'putih' tanda 'surrender' untuk sama-sama membantu apa yang mampu. Sarawak memang butuhkan pejuang-pejuang untuk mengukuhkan kemenangan.

Pilihanraya Sarawak sudah tentu berbeza dengan PRK di Tenang dan juga di Kerdau. Peperangan di Sarawak, membawa makna besar dan harapan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat menguburkan penguasaan BN di Putrajaya kelak. Lebur BN di Sarawak, maka bertempiaranlah jerangkung-jerangkung BN mencari tanah baru untuk 'hidup'. Itu janji besar 'peperangan' ini.

Demi meneruskan hasrat dan misi islam PAS subur di Sarawak, wak akan bergerak ke Sarawak pada 5 April 2011, InsyaAllah. Seperkara ingin wak jelaskan di sini, dengan rasa berat hati dan malu, wak buka kepada semua pembaca dan sahabat blogger agar dapat membantu TABUNG DANA ini sekadar yang mampu bagi meringankan sedikit bebanan kewangan kepada blogger-blogger yang bersama misi ini kelak.

Sikit-sikit lama-lama cukuplah kot, (serah pada Allah swt). Wak buka TABUNG DANA BLOGGERS ini mulai hari ini dan kepada yang budiman dan pemurah ingin menginfaqkan dan membantu misi BLOGGERS ke Sarawak, sila salurkan ke akaun dibawah :

MAYBANK-158417021317
CIMB - 02060040624528

Sila smskan jumlah sumbangan anda ke 012-4026129 atau email wak ke - albanjari_online@yahoo.com

Kali terakhir wak lancarkan misi dana bloggers ialah pada PRK Parlimen Bukit Gantang 2 tahun lalu. Ketika kemuncak penguasaan BloggersNetwork Perak bersama-sama blogger Mat Saman Kati (MSK) dan tumbangnya BN di Bukit Gantang.

Sekali lagi wak dengan malu, menyeru agar sahabat pembaca dapat kiranya menyumbang dan membantu TABUNG DANA BLOGGERS ini untuk merealisasikan misi bloggers Pakatan Rakyat ke Sarawak bagi membantu jentera parti dan menyalurkan berita muttakhir kepada semua. InsyaAllah.

Rasuah dan Lemah Urus Ekonomi Punca Harga Barang Naik

IPOH, 28 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah Negara Dunia yang lain.

Menurut beliau, dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk dan apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yangberada.


Beliau menyatakan, Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya di dalam Negara kita.


Memetik ucapan beliau “ Hal ini berlaku kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.”


Beliau juga menyataka kerajaan UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.


Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.


Beliau menjelaskan lagi, Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.


Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah, jelas beliau.


Menurut beliau, tabiat kerajaan UMNO/BN sememangnya suka menghabiskan duit rakyat disebabkan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan budaya rasuah yang berleluasa telah merebak dalam diri pemimpiN UMNO dan BN sehingga mereka sanggup menggadaikan hak rakyat demi kepentingan pemimpin UMNO/BN serta krono-kroni mereka.


ustazabubakar.wordpress.com


Tuesday, March 29, 2011

Majlis Solat Hajat & Ceramah Perdana Melawan Fitnah







Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NONEManakala dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Di samping Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu, tetapi menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

anwar selangor anti fitnah talk facing crowdBeliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan itu, mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipergiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 April depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas mengenai video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuahyang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir


Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik, tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu dari aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

NONE"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.

Sunday, March 27, 2011

Majlis Resepsi pengantin lelaki di Kg Meranti Lapan - 20.03.11

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Keluarga mertuaku yang dah berapa malam kurang tidur menyiapkan persiapan kenduri kahwin ini, tetap berseri-seri wajah menyambut kehadiran tetamu yang dianggarkan sekitar 1000 orang.

Sanak-saudara kedua mertuaku yang datang dari jauh dan dekat, ada juga yang pertama kali kulihat. Semuanya hadir untuk meraikan perkahwinan anak lelaki tunggal mertuaku ini.

Suasana Kg Meranti Lapan yang biasanya suram, berubah meriah hari ini

Tuan rumah menyambut tetamu yang datang dari KL

Warga emas juga turut memeriahkan suasana majlis

Tetamu menjamu selera

'Bunga Telur' hadiah buat tetamu



Pasukan rebana daripada Batu Gajah

Gaya Sweet Charity ataupun kawad cam?


Ketibaan pasangan pengantin








Datuk saudara yang gembira menyambut perkahwinan cucu






Rakan-rakan sekerja pengantin lelaki




Apalah yang lucu sangat tu?


Jauh merenung masa depan

Semoga kebahagiaan milik mereka berdua....buat selamanya

Majlis Resepsi dirumah pengantin perempuan - 19.03.11

Hari Sabtu itu, pihak pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan yang terletak di Kg Pengkalan Gate Tambahan II, Lahat, Perak.

Tak jauh pun jaraknya antara rumah pengantin berdua. Namun, dari segi persiapan dan sambutan, majlis jelas berseri riang buat kenangan sepanjang hayat sang mempelai.

Seperti yang telah dijanjikan, tepat jam 1.00 tengahari, pihak pengantin lelaki bersama rombongan tiba dengan sedozen kereta.

Pengantin lelaki, Zamani bergambar bersama rakan baiknya, Rahim (kiri, bertopi) dan Bad yang ditugaskan sebagai pengapit

Bagai lagak pelakon bangsawan yang pastinya peranan Sultan penuh sepersalinan

Shot yang terover exposed tetapi tetap menarik bagi pandangan mata anak seni

Bagai pinang dibelah dua, digandingkan bersama

Ketibaan Raja Sehari, yang bagai bulan penuh berseri

Dimeja santapan utama buat pasangan pengantin

Walau tanpa pelamin, kedua pengantin tetap menjadi tumpuan utama para hadirin

Gambar kenangan bersama adik-beradik pengantin lelaki

Senyuman lebar sang pengantin lelaki punya seribu makna

Setelah bergelar sebagai isteri, taat setia terbahagi kini

Followers