Saturday, January 16, 2010

Tindakan YB Hamidah Osman dikesali - Dewan Pemuda Pas Gopeng

KENYATAAN MEDIA

TINDAKAN YB HAMIDAH OSMAN DIKESALI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) menyatakan rasa kesal diatas tindakan YB Dato’ Hamidah Osman, ADUN Sungai Rapat, yang menyiarkan gambar YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dalam pakaian keagamaan agama lain.

DPPKG mengambil pendirian bahawa tindakan YB Dato’ Hamidah langsung tidak membantu usaha kerajaan pusat untuk meredakan keadaan tegang ekoran keputusan Mahkamah Tinggi untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ di dalam penerbitan Herald Tribune.

DPPKG juga menyatakan kebimbangan tindakan tidak matang ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penganut agama lain khususnya rakyat yang beragama Kristian. DPPKG juga menyatakan bahawa tindakan YB Dato’ Hamidah bukan sahaja mengguris perasaan penganut Kristian, bahkan memperlihatkan rasa tidak hormat kepada rakyat yang diwakili beliau di dalam DUN Sungai Rapat yang terdiri dari perlbagai agama.

DPPKG juga menegaskan bahawa tindakan menyiarkan gambar YB Khalid Samad, seorang pakaian keagamaan Kristian adalah bersifat menghina dan menjatuhkan maruah seorang pemimpin beragama Islam dan berbangsa Melayu. Sehubungan dengan itu DPPKG menyatakan sokongan kepada tindakan PAS Kawasan Shah Alam membuat laporan Polis diatas tindakan YB Dato’ Hamidah.

DPPKG seterusnya menyeru agar semua pihak bertenang dalam menghadapi isu ini dan tidak melayan sebarang provokasi dari pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

DPPKG juga menyatakan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menangani keadaan ini dan memberikan jaminan untuk membantu pihak berkuasa meredakan dan mengawal ketentaraman Negara bagi mempastikan kesejahteraan dan keharmonian beragama terus terpelihara.

Yang benar,

HARIS BIN ALIMUDIN

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

1 comment:

wartasungairapat said...

Tersilap macam Tok Guru kot.

Followers