Thursday, January 7, 2010

'Superman' direhatkan semalaman

Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin yang ditimpa kemalangan pagi tadi masih ditahan di wad 8C, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau yang dikenali sebagai 'Superman' di Bukit Gantang, perlu direhatkan semalaman di Hospital tersebut berikutan tekanan darahnya yang meningkat sejak terlibat di dalam kemalangan pagi tadi.

Sungguhpun cuba disekat kunjungan-kunjungan yang tanpa henti untuk melawatnya diwad itu, namun Dato Seri Nizar tetap mahu menerima kunjungan mereka kerana menurutnya "biarkanlah, mereka datang dari jauh".

Beliau yang amat memerlukan rehat yang cukup untuk menurunkan kembali tekanan darahnya, mungkin hanya akan dapat berbuat demikian waktu tidur malam nanti.

Semoga doa anda sekalian dapat membantu penyembuhan yang cepat dan kekuatan untuk kembali berkhidmat sebagai 'Superman' rakyat.

No comments:

Followers