Thursday, January 7, 2010

DS Nizar kemalangan

IPOH 7 JAN Dato Seri Nizar telah mengalami kemalangan pada pagi ini (9.20 pagi) di Jalan Raja Nazrin Shah apabila kereta yang dipandunya sendiri cuba mengelak kereta yang keluar secara tiba-tiba daripada jalan Seruan.


Keretanya yang mengalami rosak teruk apabila terbalik dengan keempat-empat tayarnya keatas. Tetapi DS Nizar hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan. Saya masih berada bersamanya di wad pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Beliau kelihatan ceria menyambut ketibaan kami.

Berita yang mengatakan bahawa beliau dimasukkan ke wad icu adalah tidak benar sama sekali.


No comments:

Followers