Tengahari tadi saya membawa apak dan mak saya ke Hospital Besar Ipoh untuk menziarahi kakak apak saya yang dimasukkan ke wad 8B 11.25 pagi 14/06/2008 kerana demam panas.
Tetapi setelah membuat pemeriksaan, doktor mengatakan ada kemungkinan gangguan terhadap paru-parunya. Mungkin juga kerana terlalu kerap menghidu asap ubat nyamuk yang senantiasa menjadi teman diwaktu tidur malamnya.
Kalthum Binti Uthman, 73 tahun, anak yang kedua daripada 4 beradik dan kakak kedua kepada apak saya. Tidak berkeluarga, tinggal bersama anak saudara yang dipelihara semenjak kecil di Kg Melayu, Sg Rapat.
Mesra dengan pangilan 'Nyah' yang senantiasa girang apabila sanak saudara berkunjung kerumah bertanya khabar, juga teman berbual apak tiapkali singgah ke sana.
Namun, nyah tidak lagi segirang selalu. Tubuh keringnya yang layu seolah tidak lagi bermaya untuk menyapa kehadiran kami. Tampak raut wajah apak yang seakan tak sanggup melihat kakaknya berkeadaan begitu.
Tiada apa yang dapat kami bantu melainkan doa yang dipanjatkan memohon restu Ilahi semoga Nyah cepat sembuh dan bertambah sihat hendaknya. Amin.
Sempat juga kami menziarahi rakan karib apak saya, Pak Abas Bin Jabar di wad 5B yang sedang bersiap untuk pulang setelah 4 hari berada di hospital akibat tahap kolesterol yang terlalu tinggi.
No comments:
Post a Comment