Monday, June 23, 2008

Isu gaji CEO TNB : Kuasa blog

Isu kenaikan gaji CEO TNB yang dicadangkan sehingga 100% telah dapat dihidu dan disebarkan oleh blog-blog sehingga memberi kesedaran kepada orang ramai yang menolak dan menentang kenaikan itu memandangkan krisis kenaikan harga minyak dan barangan utama negara.

Ternyata begitu berkesannya kuasa blog dimasa sekarang ini dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang sesuatu isu. Rakyat telah mula celik dan beralih kepada blog-blog berbanding dengan akhbar-akhbar tempatan yang dilihat cuba menyembunyikan sesuatu isu daripada pengetahuan umum dan lebih kepada menyampaikan dan mempertahankan segala kenyataan dari pihak kerajaan.

Syabas saya ucapkan kepada pengendali-pengendali blog yang menjadi penyampai suara rakyat dan berharap agar suara-suara keramat ini dapat diteruskan demi menyampaikan maklumat yang telus kepada rakyat jelata.

Kenaikan gaji CEO TNB ditolak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan memutuskan untuk menolak cadangan kenaikan 100 peratus gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas cadangan kenaikan gaji berkenaan dikemukakan lembaga pengarah syarikat terbabit kepada Perbendaharaan baru-baru ini.

Malah, beliau berkata, bukan saja cadangan kenaikan gaji CEO yang ditolak, sebaliknya Perbendaharaan turut membuat keputusan yang sama terhadap semua pegawai tertinggi bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

No comments:

Followers