Poliklinik ini bukan saja menyediakan perkhidmatan rawatan biasa malah rawatan serta pemeriksaan untuk bakal-bakal ibu.
Tingkat atas poliklinik ini disediakan bilik persalinan untuk ibu-ibu yang ingin melahirkan anak mereka disini.
Poliklinik ini juga dibuka pada hari Ahad mulai 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.
Poliklinik Taqwa ini kepunyaan dan dikendalikan oleh Dr Haji Khairuddin Bin Dato' Abd Malik serta dibantu oleh Dr Suryati dan beberapa doktor ganti.
Sebagai makluman, Dr Haji Khairuddin adalah mantan calon Parlimen Kuala Kangsar (PAS) yang menentang Dato Seri Rafidah Aziz (BN) didalam Pilihanraya ke-12 yang lalu. Sungguhpun tewas, namun keputusan kemenangan bagi pihak BN telahpun ditentang kerana calon BN tidak menandatangani borang penamaan calon. Petisyen untuk penentangan kes itu akan didengari dimahkamah pada 11 & 12 Jun ini.
No comments:
Post a Comment