Friday, June 13, 2008

Kedai makan di Masjid Negeri Ipoh







Siang tadi saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Ipoh. Selalunya saya akan balik kerumah untuk solat Jumaat di Masjid Rapat Setia. Namun, hati teringin hendak bersolat di Masjid Negeri kerana sudah lama tidak kesana.
Dengan menumpang kereta sahabat, saya kesana jam 12.30 tghari tadi. Kami makan tengahari dulu di kedai makan yang terletak didalam kawasan masjid. Agak memudahkan tanpa perlu ke Clock Tower dahulu untuk menjamu selera.

Makanan yang tersedia amat menyelerakan dan pelbagai. Bukan itu sahaja, mee kari, kuih-muih, pulut dan bubur juga disediakan.

Pilihan saya tengahari tadi ialah ikan keli masak sambal tumis. (Kebetulan isteri saya juga membeli lauk yang sama di padang Rapat Setia untuk makan tengaharinya...macam berjanji pula). Minuman pula cuma air kosong di era kenaikan harga kini.

Terdapat sebuah bilik makan yang berhawa dingin bersebelahan dengan tempat hidangan. Suasananya sungguh selesa sambil menikmati juadah.
Bila anda berpeluang ke Masjid Negeri, singgahlah ke kedai ini untuk menikmati makanan lazat yang disediakan.

No comments:

Followers