Tuesday, June 17, 2008

Border Pass

Jam 3.30 petang tadi saya ke Jabatan Imigresen Malaysia di Meru, Ipoh untuk memohon border pass ke Thailand. Pejabat saya akan mengadakan lawatan ke Haadyai awal bulan hadapan dan border pass ini diperlukan bagi menggantikan passport.
Proses permohonan amat senang sekali. Anda cuma perlu membawa kad pengenalan dan sekeping salinannya, 2 keping gambar ukuran passport serta bayaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM10 sahaja. Tak perlu mengisi borang dan masa yang diambil cuma 15 minit sahaja.

Boleh juga dibuat atas nama individu, keluarga mahupun berkumpulan. Untuk individu dan keluarga harga bayarannya sama iaitu RM10 manakala untuk yang berkumpulan sebanyak RM200. Bagi berkumpulan, tidak kurang daripada 5 orang dan tidak lebih daripada 20 orang setiap border pass.
Sekarang saya telah mempunyai border pass saya yang berkuatkuasa selama 6 bulan mulai sekarang. Cuma menghitung hari untuk ke sana.

No comments:

Followers