Tuesday, June 3, 2008

Muzium Taiping










Muzium Taiping terletak berhadapan dengan Penjara Taiping. Masuk adalah percuma.
Dibuka setiap hari kecuali hari raya.
Sedang dalam proses pengubahsuaian, hanya galeri sejarah kemerdekaan dan binatang sahaja yang dibuka.
Namun, Muzium ini agak kelam dan kurang daya tarikannya. Pihak pengurusan perlulah mencetuskan suatu idea mahupun konsep baru agar lebih berketrampilan menarik dan berdaya menarik lebih ramai pengunjung.
Malam tu, semasa tidur, saya mengalami 'gangguan' sebanyak 2 kali. Kali pertama terasa tangan dan kaki dipegang kuat oleh 2 pasang tangan yang kasar dan tua. Segala macam ayat dibaca didalam hati, namun tak dilepaskannya malahan bertambah kuat ia memaut tangan dan kaki saya daripada bawah katil. Beberapa lama kemudian baru terasa dilepaskan dan tertidur kembali. Tiba-tiba tersedar lagi apabila terasa seluruh badan ditindih dan seperti terkena kejutan elektrik. Bacalah ayat apapun, surah apapun, jeritan sekuat hati pun hanya saya seorang sahaja yang mendengar. Beberapa ketika kemudian barulah keadaan kembali normal. Lihat ke sebelah, isteri tidur dengan aman lagi lena. Payah juga nak lelapkan mata bila kenangkan kejadian tadi. Ayat-ayat suci masih bermain dihati. Entah pukul berapa agaknya baru betul-betul terlena.
Agaknyalah, 'benda' dari dalam muzium tu ikut balik tak? Mungkin sebab saya pegang basikal tua tu semasa bergambar kot? Jangan pandang belakang.....

No comments:

Followers