Monday, June 30, 2008

Popular Dalam Sekelip Mata


Dizaman sekarang ini, pelbagai cara orang gunakan untuk popular akibat daripada pengaruh realiti tv yang membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk muncul dikaca tv biarpun kemunculan itu hanya mempersendakan atau memperbodoh-bodohkan diri sendiri untuk hiburan dan tontonan orang ramai.

Begitu juga halnya dengan cerita sensasi sekarang ini yang mengenengahkan pendatang baru kepada realiti popular zaman ini (samada dari sudut baik ataupun buruk), Mohd Saiful Bukhari
Bin Azlan (i/c no 850706-01-5687) yang telah membuat satu laporan polis berbunyi :

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."

Sudah pasti laporan ini akan tercatat didalam sejarah negara Malaysia sepertimana laporan-laporan yang dibuat Azizan dan Umi Hafilda pada tahun 1998.

Samada laporan yang dibuat atas kerelaan, mempertahankan diri sendiri ataupun atas apa jua desakan, paksaan mahupun ugutan, sama-samalah kita nantikan episod berikutnya.

Andaikata saya berada ditempatnya yang baru seminggu bertunang dan akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke23 minggu hadapan, pasti akan tersentak dibenak fikiran akan segala habuan, paksaan atau ugutan demi masa depan yang masih panjang.

Namun, untuk menjadi popular, biarlah dari sudut yang baik bermakna menjadi wira yang disanjung bukannnya bahan tohmahan dan caci maki. Iman patut dipertahankan.

Ikuti maklumat lanjut tentang Mohd Saiful ini disini dan juga disini.

No comments:

Followers