Setelah menanti dengan penuh debaran dan kepayahan selama 2 1/2 tahun, akhirnya terdengarlah cerita akan persetujuan diantara pihak NUBE (National Union of Bank Employees) dan MCBA (Malaysian Commercial Banks Association) untuk memeterai perjanjian bersama akan kenaikan gaji yang tertunggak semenjak Januari 2006 iaitu sebanyak 17%.
17% aje? Terbeliak bijik mata dan terkejut kongkang sejenak apabila diberitahu rakan akan berita itu.
Mintak beriya-iya 30% sebijik macam kakitangan gomen dapat dulu. Paling tinggi bank offer selepas beberapa siri rundingan, 14%. Nube kata tak nak. Walau macamana pun kami mahu 30% jugak.
Bank kata, ok ler. 30% pun 30% ler. Tapi takde bonus 2 bulan tu! Kiraan yang bank bagi tu 16% gaji campur dengan 14% duit bonus diserapkan kedalam gaji setiap bulan.
Nube kata balik, 30% ok tapi bonus pun kami hendak. Bank kata, aje nye giler. Mana mau ropa itu. Nak 30% jugak takde le bonus. Last-last bank kata, tak nak...sudah!
Nube pun start pakai badge protes. Sampai 4 ke 5 badgenya. Lepas satu, satu depa bagi suruh pakai. Tak dapat jugak.
Buat le piket pulak. Bebulan le jugak depa piket time makan tengahari depan Maybank sebab nube kata semua Maybank punya pasal. Tak ramai pun ahli yang join. Lama-lama, nube umpan nasi bungkus. Baru le ada tambah sikit orang dalam group piket ni. Maklum le, orang melayu suka makan free. Ada makan free, suruh le apa pun, depa sanggup. Rupanya iman depa ni iman nasi bungkus.
Masa piket tu ada le berapa kerat mangkuk hayun yang buat piket ikut kepala lutut tak ikut kepala otak. Kena gantung kerja. Rayu punya rayu, bank (Maybank) kata, boleh kerja balik tapi dengan syarat hentikan semua piket. Nube setuju le sebab nak selamatkan ahli-ahli ni.
Piket pun dah takde. Cuma menunggu le menongkat dagu. Pakai je le badge tu sampai baju pun dah naik berlubang hari-hari dicucuk pin badge.
Ada juga yang kaki menyakat tu, sebarkan khabar angin, dah sign sekian persen, sekian persen. Rupanya habuk pun takde.
Tiada kata sepakat dicapai, maka Bank pun rujuk la kes ni ke Mahkamah Perindustrian. Tunggu tarikh bicara. Ikut berapa hakim nak bagi.
Orang atas kat Nube pun pegi le jumpa Pak Lah. Mintak tolong. Pak Lah pun konon-kononnya terkejut (beruk) le jugak sebab baru tahu yang gaji pekerja bank ni kecik sangat. Maka, berjanjilah dia akan segera menyelesaikan masalah kami ini. Tetapi, dengan syarat, buang semua badge-badge tu, jangan pakai lagi.
Terlampau percayakan Pak Lah, maka semua badge dinasihatkan 'refer to drawer', jangan pakai lagi.
Rupa-rupanya syarat tu Pak Lah bagi sebab dia suruh Nube pakai badge baru berbunyi 'NUBE sokong Pak Lah'. Badge pilihanraya rupanya.
Dua minggu sebelum pilihanraya, Bank umumkan, atas 'nasihat' PM, bank akan bayar tunggakan sebanyak 7% dahulu kepada ahli Nube. Apa pasal 7% aje? Alang-alang kalau dah janji 14%, bagi je la 10% dulu ke, 13% dulu ke (Pak Lah suka no. 13 katanya).
Lepas tu, sampai sekarang takde bunyi, tup-tup dengar cerita nak sain 17%. Tolak 7% yang dah bagi dulu, tinggal la 10% je duit tunggakan yang nak dapat nanti. Tu belum tolak duit EPF lagi.
Kalau dikira daripada Januari 2006 dulu, dah berapa kali harga minyak naik? Dah berapa kali harga barang naik? Kami ni bekerja ditahun 2008 tetapi masih dengan gaji tahun 2006. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Hutang bukan keliling pinggang lagi dah. Dah keliling satu badan sampai ke tengkuk.
Besar lagi gaji kakitangan kerajaan daripada kami. Dulu boleh le berlagak. Sekarang ni pinjaman peribadi pun semuanya hanya untuk kakitangan kerajaan. Kami dah tak laku lagi.
Takkan la harga minyak naik 41% semalam tapi gaji kami naik 17% jer. Yang lagi 24% tu mana nak korek untuk cukupkan perbelanjaan keperluan keluarga dan seharian. Kekadang bukan lagi tengah bulan, tapi awal bulan pun wallet dah tinggal habuk jer.
Bukannya kami nak hidup senang tetapi sekurang-kurangnya kami nak senang hidup.
Kalau 17%, lebih baik ambik tawaran 30% dulu walaupun tanpa bonus. Bab bonus kita boleh runding dalam sesi rundingan 2008-2010 nanti. Janji gaji bulanan kita banyak dan dapat menampung keperluan bulanan daripada mengorek lubang hutang setiap bulan untuk menunggu bonus 2 bulan dihujung tahun.
Harap-harap kata penyelesaian yang terbaik dapat dicapai demi kesejahteraan dan keadilan kepada semua kakitangan perkeranian bank.
Nasib engkau la labuuuu.........
No comments:
Post a Comment