Sunday, June 15, 2008

RM116.7 juta rebat dibayar pada hari pertama

Semalam bermulalah pembayaran rebat (rebate) untuk rakyat yang mempunyai kenderaan sebagai salah satu cara meringankan bebanan akibat kenaikan harga minyak.

Klik disini untuk berita selanjutnya.

Setiap pejabat pos disemua negeri diserbu orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan pembahagian masing-masing. Seolah-olah pembayaran itu dilakukan hanya satu hari sahaja walhal ianya akan dibayar sehingga bulan Mac 2009. Mungkin daya tarikan RM625 itu terlalu kuat untuk dilengahkan.

Menurut kiraan, RM625 dibahagi kepada setahun (365 hari), bermakna kerajaan hanya memberikan bantuan (subsidi = perkataan yang digeruni dan cuba dihapuskan kerajaan) sebanyak RM1.71 sehari kepada rakyat. Jumlah ini tidak sampai 1 liter (RM2.70) sehari. Benarkah rakyat hanya menggunakan minyak sebanyak RM1.71 sahaja sehari?

Begitu juga dari segi bantuan rebat ini, hanya melibatkan rakyat yang mempunyai kenderaan sahaja termasuklah orang berada yang menggunakan kereta agak mewah 2.0 c.c. ke bawah.

Bagaimana dengan rakyat kampung, warga tua, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang juga terpalit bahang kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak? Mereka juga adalah pembeli dan pengguna yang memerlukan barangan harian yang harganya telah berlipat ganda. Apakah mereka tiada hak untuk menerima bantuan sebagaimana orang ramai yang mempunyai kenderaan?

Semoga rakyat yang daif ini tidak terpinggir dalam permasalahan kenaikan harga barang dan hak mereka juga dapat dibela.

Lihatlah wajah-wajah mereka dan tanyakan kepada diri anda sendiri, sanggupkah membiarkan mereka melalui hari-hari mendatang dengan titisan airmata akibat kepayahan dan keperitan.


No comments:

Followers