Friday, June 6, 2008

Tawaran kenaikan gaji sebanyak 17%

Petang tadi ada perjumpaan di Dewan Chin Woo, Ipoh untuk menjelaskan hal kenaikan gaji baru kerani bank oleh Setiausaha Kehormat NUBE, J.Solomon.

Dimulakan dengan doa oleh Shahrin jam 6 petang. J. Solomon menjelaskan kronologi tuntutan untuk Collective Agreement yang tertungak selama 2 1/2 tahun ini.

Maka, pada hari selasa yang lepas, satu perjumpaan di pejabat Perdana Menteri sendiri bersama Timbalan Menteri Kewangan 2, Mohamad Nor Yaakop beserta beberapa orang daripada pihak NUBE dan juga MCBA.
Beberapa keputusan telah dicapai didalam pertemuan tersebut dengan disaksikan dan sedikit nasihat daripada PM sendiri. Antara persetujuan yang dicapai adalah seperti berikut :-

1. Elaun
- kesemua elaun dinaikkan sebanyak 5%
2. Pinjaman
- kesemua jenis pinjaman boleh dinikmati dengan syarat tidak melebihi 75%
daripada gaji

3. Kaca mata dan pergigian
- dinaikkan sebanyak RM368 setahun
- (kaca mata sahaja sebanyak RM158)

4. Perubatan keluarga
- dinaikkan sebanyak RM100 daripada RM1100 kepada RM1200
- dibenarkan mengambil sebanyak RM300 daripada peruntukan setahun
untuk tujuan insurans keluarga
- pembiayaan untuk kos hospital bagi isteri/suami dan anak-anak

5. Kenaikan tahunan (Annual increment)
- dinaikkan sebanyak 17% daripada 5% sebelum ini

6. Kenaikan gaji (Salary increment)
- 17% dan 2 bulan bonus kekal

7. Cola
- duit sara hidup sebanyak RM100 akan ditambah kedalam Collective Agreement
yang akan datang dan akan dibayar mulai January 2009

Itulah serba sedikit penerangan yang diberi untuk penjelasan kepada ahli akan perkara yang dinanti-nantikan selama ini.
Katanya lagi, jika semua ahli bersetuju dengan pakej yang ditawarkan, kemungkinan besar perjanjian ini akan dimeterai selepas siri perjumpaan terakhir dengan ahli di Pahang pada 16/06/2008 ini dan tunggakan gaji mungkin boleh dinikmati akhir bulan ini.

Setelah meminta ahli yang hadir memberikan mandat untuk menerima tawaran ini, ramailah yang mengangkat tangan memberikan tanda persetujuan akan tawaran ini diterima.

Adakah anda berpuashati dengan tawaran yang diberi? Atau ada pilihan lain?

Apa komen anda? Nantikan komen saya tentang perkara ini nanti. Kita solat duluuuu

No comments:

Followers