Kenaikan harga minyak memang telah dijangka akan menyebabkan reaksi berantai (chain reaction) kepada barangan keperluan yang lain. Sehinggakan barang makanan yang menjadi kemestian kita untuk membeli telah tergolong didalam rantaian barangan yang naik harga.
Klik disini untuk mengetahui berita lebih lanjut.
Saya memang gemar memakan daging. Masaklah apa cara, apa resepi, apa nama sekalipun, memang akan menjadi pilihan saya dibandingkan dengan yang lain. Namun kalau harganya melambung sehingga hilang rasa munasabahnya, bak kata mak saya, tahan tekak je lah nampaknya.
Tetiba datang rasa rindu pada cuti sekolah yang baru lalu. Kenapa? Kerana pada masa itulah jemputan kenduri kahwin melimpah-ruah sehinggakan terpaksa memilih dan mengundi rumah siapalah yang bertuah untuk dikunjungi. Dan pada kenduri kahwin itulah dilampiaskan selera memakan daging tadi. Pilihan favourite...sudah tentulah rendang tok. Terkadang terserlah kebosanan dimuka isteri dan anak-anak menunggu saya menghabiskan makanan yang ditambah berulang kali apabila 'terkena' selera daging tadi. Kengkawan yang sampai kemudian pun dah lama balik. Itulah penangan daging yang kini makin menjauhkan diri dengan harga yang tinggi.
Yang makan daging sahaja, dipanggil maging. Yang makan daun sahaja, dipanggil maun. Kalau yang makan daging dan daun tu....melaun agaknya. (Teringat zaman sekolah subjek sains).
No comments:
Post a Comment