Wednesday, June 11, 2008

Rahsia Pakcik Terer - 'Senaman Lipat Pinggang'


KUALA TERENGGANU – Selepas mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin empat kelmarin, seorang broker tanah, Abu Bakar Embong, 54, menyimpan satu lagi impian iaitu mempunyai sehingga 40 orang anak.
Menurutnya, dengan jumlah anak sekarang seramai 25 orang daripada tiga isteri, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya 15 lagi orang cahaya mata untuk mencapai hajatnya itu.
Bagi datuk kepada tiga cucu itu, hajat yang disimpan sejak berusia awal 20-an itu ingin dikotakan jika termampu dan tiada halangan serta diizinkan Tuhan.
Sebab itulah katanya, beliau berkahwin awal malah dua daripada isterinya dikahwini pada usia 15 tahun dan isteri ketiga berusia 21 tahun.
Namun begitu, katanya, walaupun ingin mencukupkan jumlah anak seramai 40 orang, ia bukan paksaan kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Suhaili Alias, 24, untuk menjadikan impiannya itu satu kenyataan.
“Dulu semasa saya muda bila difikirkan dengan usia isteri-isteri saya yang turut muda, mesti kami mampu mendapat 40 orang anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Menara, Manir di sini semalam.
Menurut beliau, walaupun sedar usia beliau bukan lagi muda dan secergas 25 tahun lalu, namun amalan ‘senaman lipat pinggang’ yang diamalkan memberinya ‘lebih tenaga.’
“Kalau buat senaman itu satu isteri pun tak cukup,” ujarnya yang mempelajari senaman itu daripada adik iparnya pada tahun 1970-an.
Abu Bakar turut mengamalkan kaedah mandi tertentu iaitu dengan menyiram dahulu kaki kanan diikuti kaki kiri sebelum anggota badan lain kanan dan kiri dengan kepala bahagian terakhir disiram air.
Beliau menasihatkan mereka yang ingin berkahwin lebih daripada satu, mestilah mempunyai kemampuan baik dari segi zahir dan batin kerana perkahwinan bukan perkara main-main.
Kosmo! semalam melaporkan Abu Bakar memperoleh kebenaran berkahwin dengan Suhaili daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini walaupun sudah beristeri tiga.
Permohonan itu turut disokong tiga isterinya iaitu Hasnah Jusoh, 43, (isteri pertama); Mazumi Ismail, 45, (kedua) dan Norazlina Arifin, 25, (ketiga).
Menurut Abu Bakar, beliau merancang melangsungkan perkahwinan dengan Suhaili sebelum hujung bulan ini dengan barang hantaran RM7,000 serba satu yang telah disiapkan isteri-isterinya.
“Saya perlu menyerahkan borang kelulusan perkahwinan dan mendapatkan surat kebenaran daripada mahkamah sebelum berbincang dengan pihak perempuan untuk menetapkan tarikh perkahwinan,” katanya.
Ujarnya, walaupun ketika ini beliau membelanjakan kira-kira RM20,000 sebulan untuk menyara keluarga, namun hajat berkahwin empat akan diteruskan.
Sementara itu, hajat Abu Bakar menambah jumlah anak direstui tiga isterinya.
Menurut Mazumi, mereka semua akan memberikan peluang sepenuhnya kepada suami untuk bersama isteri baru dan ‘memansuhkan’ sistem giliran ketika ini.
“Kami akan beri peluang kepada pengantin baru tanpa perlu merisaukan soal lain,” katanya.
Dalam pada itu, bagi bakal isteri baru, Abu Bakar sudahpun menyediakan sebuah rumah berhampiran rumah isteri-isteri yang lain di kawasan sama.
Rumah tersebut merupakan salah sebuah daripada sebelas unit rumah milik Abu Bakar di kampung itu yang didiami keluarga besar itu serta sanak-saudara.
Ajijoi : Nak kena belajar teknik senaman lipat pinggang le nampaknya. Bukan sebab nak kawin empat tapi nak menambah ilmu jer. Salah satu syarat penting Pria Terhebat.

No comments:

Followers