Friday, June 6, 2008

Gaji Dan Bonus

Mengikut kata J. Solomon tadi, tawaran yang diberikan oleh pihak bank sebelum ini ialah :

1. 5% + 2 bulan bonus
2. 7% + 2 bulan bonus
3. 30% (14% gaji + 16% bonus)
- diketika tawaran tertinggi daripada pihak bank inilah Sarawak Union dan
Abom (Association of Bank Officer Malaysia) telah menerima dan memeterai
perjanjian walaupun terpaksa melepaskan 2 bulan bonus mereka

Persoalannya ialah : mengapa Nube tidak mahu menerima tawaran tersebut yang memang menepati permintaan mereka iaitu sebanyak 30%? Mengapa perlu bergantung dan bermati-matian mempertahankan bonus 2 bulan yang diberi secara kontrak setiap hujung tahun?

Biar saya memberikan pendapat peribadi saya.

Bonus

Andaikata nube menerima tawaran 30% daripada pihak bank itu, hilangkah bonus 2 bulan tersebut? Tidak. Bonus 2 bulan tersebut diserapkan kedalam gaji kita setiap bulan. Bermakna kita menikmati bonus 2 bulan itu setiap bulan, tak perlu untuk menunggu hujung tahun.

Bukankah tawaran tersebut juga ada menyebut bahawa 2 bulan bonus itu diserapkan kedalam gaji ditambah pula dengan tawaran 'performance bonus' atau bonus kecemerlangan. Ada juga yang menggunapakai istilah 'ex-gratia'. Untuk pengetahuan, bukan semua bank yang memberi ex-gratia melainkan (setahu saya) Public Bank dan CIMB Bank. Bukankah dengan penerimaan tawaran tersebut, semua ahli di semua bank akan dapat merasai ex-gratia ini?

Seolah-olah performance bonus ini amat ditakuti oleh nube kerana menurut mereka ramai ahli yang akan teraniaya andaikata skim ini diterima. Pada saya, perkataan yang sesuai adalah dianiaya ataupun terasa teraniaya. Terpulang pada pemahaman masing-masing.

Dengan skim performance bonus, bukankah ia akan meningkatkan prestasi dan juga daya saing sesama kita untuk menjadi seorang pekerja yang lebih baik? Kerana kebanyakan ahli adalah pekerja yang bermasalah dengan majikan dan terasa empuk ditatang dengan 2 bulan bonus pada hujung tahun walaupun sepanjang tahun tersebut tiada inisiatif ataupun sumbangan kepada pekerjaan yang diamanahkan kepada kita melalui gaji setiap bulan. Ingatlah. Sanggupkah kita memberi makan dan menyara isteri/suami dan anak-anak kita dengan wang gaji yang kerjanya tak seberapa? Curi tulang dan berbagai-bagai kerenah.

Bonus 2 bulan ini jugalah yang menafikan hak pekerja yang berdedikasi dan bersungguh-sunguh menjalankan tugas yang diberi. Apakah maknanya? Andaikata skim performance bonus digunapakai, bukankah mereka-mereka yang rajin ini akan merasa nikmatnya? Mungkin mereka akan mendapat lebih daripada 2 bulan bonus? Manakala mereka-mereka yang tidak mahu berdaya maju akan diberikan dengan imbuhan setimpal dengan sumbangan mereka kepada majikan.

Ternyata pemikiran pihak Nube masih beredar dikalangan kelompok yang takut akan perkataan 'performance' kerana sifat mereka yang tidak menuju kearah itu? Oleh yang demikian, mereka rasakan bahawa bonus 2 bulan itu adalah hak mereka apabila hujung tahun menjelang tanpa perlu memberikan apa-apa sumbangan untuk meningkatkan kecemerlangan diri mereka sendiri mahupun untuk kesejahteraan majikan mereka. Maka, bergoyang kakilah mereka, berlenggang kangkunglah mereka ke klinik setiap minggu meninggalkan rakan-rakan lain dipejabat berhempas pulas membuat kerja dengan satu impian....2 bulan bonus hujung tahun nanti.

Gaji

Gaji kita sekarang adalah gaji tahun 2006 manakala kita hidup dan berbelanja ditahun 2008. Dimana rationalnya? 2 1/2 tahun tiada kenaikan gaji (melainkan annual increment yang tak sampai RM100 itu). Rata-rata kesemuanya menghadapi situasi dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Kalau mengikut hukum perakaunan, sudah tentulah ada defisit, ada yang tidak kena, ada yang tidak seimbang. Tetapi, hakikatnya begitulah kehidupan kita sekarang ini.

Kalau diterima 30% itu, gaji saya pada (contoh) January 2006 adalah RM1808 x 30% = RM2350.40. Jumlah ini dikira agak besarlah jugak.
Kalau 17% pulak macam mana? Kita kira sekali lagi : RM1808 x 17% = RM2115.36

Berapa perbezaannya? RM2350.40 - RM2115.36 = RM235.04 sebulan

Kalau dengan lebihan sebanyak RM235.04 sebulan, rasa-rasanya banyak benda yang boleh dirancangkan ataupun dibelanjakan. Nak buat simpanan pun boleh.

Tengok pada pay-slip pun tersenyum sikit, gaji aku dah RM2350.40. Gaji pokok yang amat penting kerana disitulah caruman EPF daripada majikan akan dikira, potongan untuk pinjaman (tidak melebihi daripada 75% gaji pokok) dan macam-macam lagi.

Mari kita kira tunggakan pulak : RM1808 x 17% x 33 bulan = RM10,142.88
RM1808 x 30% x 33 bulan = RM17,899-20

Bezanya RM7,756.32 bang, jangan main-main.

Akhir kata, berfikirlah secara waras bahawa perundingan kali ini hanya membuktikan bahawa Nube bukan lagi sebuah persatuan yang dihormati dan disegani seperti mana suatu masa dulu.
Dahulu, persatuan perbankan yang lain menjadikan rundingan antara Nube dan Mcba sebagai kayu pengukur untuk mengemukakan tuntutan manakala pada hari ini mereka bukan sahaja mendahului kita malah menikmati ganjaran yang ternyata lebih baik daripada kita. Kalau tak percaya, tanyalah dan bandingkanlah diantara gaji kita dengan gaji kerani bank di Sarawak. Umpama mereka makan kek, kita hanya jilat icingnya saja. Umpama mereka makan ikan, kita hanya hisap tulangnya saja.

Nasib engkau la labuuuu

No comments:

Followers