Tuesday, June 24, 2008

Opps! Tiada larangan gincu, tumit tinggi

Bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi tidak dilarang kepada pekerja Islam, jelas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Etika berpakaian itu hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awamnya Azman Mohd Daham hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyatakan majlis perbandaran itu mengeluarkan arahan terbaru melarang cara menghias diri dan berpakaian sedemikian.Arahan surat pekeliling bertarikh 25 Mei itu, katanya kepada Bernama, hanya mewajibkan pemakaian tudung kepala dan berpakaian sopan yang diwajibkan kepada peniaga wanita Islam dan akan dikenakan kompaun sekiranya melanggar arahan itu.

Bagaimanapun arahan ini bukanlah baru tetapi sentiasa dikeluarkan sejak 2002. Bersama peraturan itu, dikepilkan risalah etika tambahan, termasuk tidak menggalakkan mereka bergincu atau berkasut tumit tinggi."Tetapi risalah berkenaan pula adalah sekadar kempen untuk memperjelaskan kepada kaum wanita Muslimah mengenai etika berpakaian sebenar mengikut ketetapan Islam termasuklah larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

"Bagaimanapun sekiranya mereka melanggar etika itu, MPKB-BRI tiada hak untuk mengambil tindakan.

"Pekeliling itu tidak mempunyai kaitan dengan risalah 'MPKB-BRI Cakna Anak Muda' yang memaparkan etika tambahan berpakaian wanita muslimah walaupun ia dikepilkan bersama ketika diedarkan, tambahnya.

Ajijoi - Nampaknya Bernama pun tak boleh dipercayai sepenuhnya laporan yang dikeluarkan. Mungkin isu ini dirasakan agak sensasi untuk menjolok kerajaan negeri Kelantan. Usul untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat berpandukan ajaran agama Islam, pasti akan mereka kelirukan agar rakyat mempersoalkan niat baik tersebut. Itulah kerja-kerja tangan mereka yang senantiasa menggoncang kestabilan lima negeri dibawah tadbir Pakatan Rakyat. Saya nak tanya kepada para pemberita-pemberita yang bekerja dibawah arahan songsang sedemikian : DiSANA esok, boleh jawap?

No comments:

Followers