Saturday, June 21, 2008

Maut dihempap pagar besi rumah adik

MUAR - Seorang wanita ditemui mati akibat dihempap pagar besi rumah adiknya sendiri yang diubah suai menjadi kilang di Taman Orkid di Jalan Haji Jaib, di sini awal pagi semalam.

Mangsa, Goh Sok Yen (gambar), 51, ditemui mati dalam keadaan terlentang kira-kira pukul 5 pagi oleh seorang penjual surat khabar yang melalui kawasan perumahan itu.

Mangsa yang menetap di Taman Mulia, Sungai Abong di sini dipercayai menghadiri majlis sambutan hari jadi cucu rakannya pada malam sebelum kejadian.

Menurut adik lelaki mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an, mangsa gagal mencari tempat letak kenderaan dan terpaksa meletakkan keretanya di rumahnya yang diubah suai menjadi kilang jahit di taman itu.

"Saya menemuinya pukul 8.30 malam semalam (kelmarin) dan kakak saya ingin tumpang letakkan keretanya di rumah saya.

"Saya benarkan dia berbuat demikian dan memintanya tutup kembali pintu pagar itu selepas selesai menghadiri majlis itu," katanya yang tinggal di sebuah rumah lain di taman perumahan itu.

Pagar besi tersebut, katanya, tumbang dan mengenai badan serta kepala mangsa menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Goh berkata, kakaknya itu tidak bekerja dan sudah berumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut.

Ajijoi: Bahaya jugak pagar besi macam ni. Berhati-hatilah kepada yang menggunakan pagar rumah jenis begini. Malang tidak berbau.

No comments:

Followers