Dah lama rasanya tak nampak pekerja-pekerja MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) yang berbaju ungu tua dikawasan perumahan saya. Longkang depan dan belakang rumah pun dah lama tak bercuci. Di kawasan anda pula bagaimana?
Sampah pula, biasanya dikutip setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pukul 8.00 pagi tepat, ada seorang pekerja MBI akan berjalan kaki mengutip sampah dari rumah ke rumah untuk dilonggokkan ditempat-tempat tertentu. Jam 8.30 pagi, lori sampah MBI pun tiba untuk mengutip longgokan sampah-sampah yang dikumpul tadi.
Sekarang, tidak lagi. Hari kutipan dan waktunya telah bertukar. Selasa, Khamis dan Sabtu sampah-sampah dikutip jam 2.30 petang. Bukan hari dan waktunya saja bertukar, pekerja dan lorinya juga telah bertukar. Syarikat swasta pula yang kini mengutip sampah-sampah dikawasan perumahan saya.
Mengapa perlu syarikat swasta diberikan tanggungjawab mengutip sampah? Pekerja MBI kemana? Lori-lori sampah MBI dimana?
Soalan saya itu dijawab begini. Sekarang ini DBI menghadapi masalah dalam peruntukan undang-undangnya sendiri. Samada tanggungjawab perkhidmatan pembuangan sampah terletak dibawah bidang kuasa MBI ataupun pihak swasta. MBI sendiri tidak dapat menambah bilangan pekerja dan juga lori-lori akibat daripada ketidaktentuan peruntukan ini.
Kini sebuah syarikat swasta telah mengambil alih tugasan pembuangan sampah daripada MBI. Apa nama syarikat tersebut, anda jenguk-jenguklah nama yang terpampang di baju pekerjanya dan juga dilori-lori sampahnya.
Dalam sehari, dikatakan sebanyak 250 buah lori sampah digunakan oleh pihak swasta ini di dalam bandaraya Ipoh. Kesemua sampah-sampah tersebut dibuang di kawasan Bercham.
Setiap sebuah lori sampah yang membuang sampah dikawasan itu, akan diikuti pula oleh sebuah lori tanah untuk mengambusnya. Ini bermakna sebanyak 500 buah lori (sampah + tanah) digunakan dalam sehari oleh pihak swasta tersebut.
Berapa pula bayaran yang dikenakan oleh pihak swasta tersebut kepada MBI? Dan wang yang dibayar oleh MBI kepada pihak swasta ini adalah daripada bayaran cukai taksiran penduduk Ipoh. Ini bermakna duit kita digunakan untuk membayar pihak swasta menjalankan tugasan MBI selama ini.
Berapa agaknya harga perkhimatan sebuah lori yang dikenakan oleh pihak swasta tersebut? Dikatakan MBI terpaksa membayar sebanyak RM100 untuk setiap lori. Tak percaya?
Oleh yang demikian, kita buat sedikit anggaran perkiraan supaya nampak jelas perbelanjaan yang dikeluarkan oleh MBI kepada pihak swasta pembuangan sampah ini.
500 lori sehari X RM100 = RM50,000 sehari
Rm50,000 X 30 hari (sebulan) = RM1,500,000 sebulan
Keuntungan pihak swasta tersebut yang berjumlah sebanyak RM1.5 juta sebulan jika ditolak gaji pekerja dan sebagainya, sudah pasti dapat membayar hutang lori-lori tersebut dalam masa hanya 3 bulan sahaja dan seterusnya akan menjana pendapatan yang begitu lumayan sepanjang tempoh perkhidmatan yang diberikan kepada MBI tadi.
Persoalannya sekarang, mengapa perlunya MBI membayar wang yang sebegitu banyak kepada pihak swasta tersebut?
Apa jadi dengan pekerja-pekerja dan lori-lori sampah milik MBI?
Ada sesiapa nak tolong jawabkan?
1 comment:
Nampaknya begitulah kita....swasta yang kenyang dek kerana cintanya kite dengan "penswastaan". Lama-lama esok udara yang Allah anugerahkan ini kena swasta lah nampaknya...itupun jika UMNO masih memerintah.
Post a Comment