Wednesday, November 25, 2009

Longkang MBI


Patutlah dah lama saya tak nampak pekerja-pekerja MBI membersihkan longkang dihadapan dan juga belakang rumah saya.

Rupa-rupanya, perkhidmatan mencuci longkang kita juga telah diswastakan oleh MBI.

Selepas kisah mengenai penswastaan khidmat pembuangan sampah daripada MBI, saya tertanya-tanya pula, berapa lagi jumlah yang dikeluarkan MBI untuk membayar perkhidmatan cucian longkang yang dah lama tak pernah dicuci?

Jika perkhidmatan ini masih dikekalkan oleh MBI, tahulah saya dimana hendak dibuat aduan jika perkhidmatan tidak diberi. Tetapi kini, pihak swasta yang mana sepatutnya mencuci longkang saya pun, entahlah. Macam mana hendak membuat aduan?

Dah semakin banyak perkhidmatan MBI yang diswastakan. Bila pula MBI itu sendiri hendak diswastakan?

1 comment:

Darren Demers said...

Jika perkhidmatan ini masih dikekalkan oleh MBI, tahulah saya dimana hendak dibuat aduan jika perkhidmatan tidak diberi. Tetapi kini, pihak swasta yang mana sepatutnya mencuci longkang saya pun, entahlah. Macam mana hendak membuat aduan?
stitching factory in lahore
shirt stitching factory

Followers