Sunday, January 31, 2010

HEMPAP 2010 capai sasaran

SELAMA 31 JAN Himpunan Pemuda Pas Perak (HEMPAP 2010) berjaya mencapai sasaran apabila seramai lebih 10,000 pemuda berhimpun sejak pagi lagi untuk bersama-sama pimpinan Pas Perak yang meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan himpunan pemuda ini.

Antara pimpinan yang turut serta adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat, Sdr Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Al-Tantawi dan juga Setiausaha Pas Perak, Ustaz Misbahul Munir.

Diadakan di Darul Ta'alim, Selama menghimpunkan pemuda-pemuda daripada seluruh negeri Perak. Biarpun cuaca panas terik, ianya sedikit pun tidak menggugat ketabahan pemuda-pemuda untuk menjayakan program anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini. Program akan berjalan daripada jam 9.00 pagi sehingga 6 petang.

Dato' Seri Nizar sedang berucap

Sebahagian daripada motorsikal berkuasa tinggi yang
turut serta membawa sepanduk 'Orang Muda Geng Kita'

Pesuruhjaya Pas Perak bersama pimpinan yang lain
sedang menyaksikan persembahan silat

Persembahan silat dihadapan pentas utama

Kesemua pandangan tertumpu kepada pesilat-pesilat

Penyerahan baju kepada petugas pilihanraya pemuda
kawasan (Sdr Zaizi sedang menerima bagi pihak
Pemuda Pas Gopeng)

Royalti minyak: Kerajaan gagal menghormati prinsip - Ku Li

Sumber: razaleigh.com
Penulis: Tengku Razaleigh Hamzah
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Forum Minyak Di Kota Bharu (Oil Forum in Kota Bharu)

Negeri-negeri tersebut telah memberikan hak kekal mengali petroleum kepada Petronas yang ditubuhkan bawah Akta Syarikat. Sebagai balasan, Petronas berjanji untuk membayar 5% daripada keuntungan yang diperolehi daripada minyak kepada negeri tersebut dimana minyak tersebut telah ditemui pada atau di luar pantai negeri itu.....

Tengku Razaleight Hamzah

Pada pukul jam 9 malam ini, saya akan berhadapan dengan orang-orang Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke IV, mengenai isu royalti minyak yang memang merupakan hak mereka.

Saya telah menulisnya sebelum ini.

http://razaleigh.com/2009/11/28/oil-payments/

http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/

Berikut adalah TINDAKAN saya tujukan:







Masalah yang lebih besar sekarang ialah hak setiap negeri. Persekutuan Malaysia terdiri daripada negeri-negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak atas sumber minyak kecuali negeri-negeri tertentu telah memberikan tugas tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi untuk menyempurnakan tugas ini, kita telah menubuhkan Petronas.

Negeri-negeri tersebut telah memberikan hak kekal mengali petroleum kepada Petronas yang ditubuhkan bawah Akta Syarikat. Sebagai balasan, Petronas berjanji untuk membayar 5% daripada keuntungan yang diperolehi daripada minyak kepada negeri tersebut dimana minyak tersebut telah ditemui pada atau di luar pantai negeri itu. Saya telah memeterai perjanjian ini dengan para Menteri Besar dari negeri masing-masing.

Petronas ditubuhkan demi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ia dibentuk untuk memperkuatkan dan melindungi Kerajaan Persekutuan. Kita ingin mencari satu keseimbangan iaitu menghormati kedaulatan negeri-negeri atas kepunyaan minyak dan individu-individu yang berada di negara tidak kira dimana mereka berada mendapat manfaat daripada hasil minyak.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Sarawak dan Sabah berkongsi hasil minyak mereka demi semangat memperkuatkan Kerajaan Persekutuan. Manfaat yang diperoleh di kedua-dua negeri ini kini diperluas ke semua negeri lain atas prinsip kesaksamaan.

Dengan mengabaikan kedua-dua surat tersebut dan semangat perjanjian itu, Persekutuan telah mengetepikan tujuan asas penubuhan Petronas. Apa yang lebih penting ialah kini mereka gagal mengenapasti kuasa Kerajaan Persekutuan keatas sumber bumi negeri tersebut. Kita telah lupa bahawa negeri wujud sebelum Persekutuan. Persekutuan hanya wujud sekiranya negeri bersetuju untuk berkongsi haknya dengan Persekutuan, seperti hak-hak mereka dalam isu minyak.

Bukan sebaliknya. Persekutuan perlu menghormati prinsip bahawa keadilan untuk semua negeri, dan untuk semua rakyat, tidak kira di mana mereka berada. Tetapi pada hari ini, kerajaan gagal untuk menghormati prinsip ini, ia telah mengabaikan prinsip asas pembentukan negara ini.

Kuasa pentadbiran terlalu dipusatkan dibawah Kerajaan Pusat. Fungsi kuasa dan hak milik negeri harus dikembalikan kepada mereka masing-masing.


Artikel Asal: razaleigh.com
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com

Madrasah Hunain sebagai contoh tarbiah ta’lif untuk PAS

Berlayar bersama Lajnah Perpaduan Nasional memberi erti besar kepada diri saya sendiri betapa pentingnya sabar, tabah dan berjiwa besar dalam mengurus aktiviti parti bersama kaum bukan Islam. Faktor yang memerlukan kesabaran tidaklah terlalu besar, hanya satu iaitu pertembungan dan dialog antara budaya dan agama sedang berlaku apabila PAS mula giat menganjurkan aktiviti perpaduan dan intekasi bersama kaum bukan Islam.

Aktifnya PAS berinteraksi dan berkomunikasi secara sihat dengan kaum bukan Islam menjadi tanda besar bahawa PAS bersedia memerintah negara menggantikan UMNO.

Jika kita hanya menjalankan kerja amal Islami PAS hanya berlegar untuk ruang domain kaum Melayu, umumnya kita tidak mengalami permasalahan besar kerana domain itu masih ‘ngam’, masih sama serta harmoni dengan kehidupan sejumlah besar petugas PAS. Lantaran itu, menjadi satu ‘kejutan budaya’ kepada sesetengah individu yang diamanahkan dengan tugasan Lajnah Perpaduan Nasional apabila mula berinteraksi dengan kaum bukan melayu-Islam yang semestinya berbeza daripada rutin harian mereka.

Jelasnya inilah bermulanya dakwah dan bermulanya erti suatu perjuangan masyarakat madani Islami. Masyarakat madani Islami bukan hanya didiri oleh kaum Islam, malah ia segar membangun, maju dan terkehadapan hasil gemblengan dan paduan kerja antara kaum yang pelbagai, agama yang berbeza serta penumpuan kepakaran yang berbeza-beza. Inilah indahnya masyarakat madani Islami yang mengadun baik masyarakat bukan Islam secara saksama, adil dan terbuka.

Mengurus manusia memerlukan kita berjiwa manusia. Menubuhkan kelab Penyokong PAS (Kini Dewan Perhimpunan) atas alasan untuk mengaut undi 4 tahun sekali adalah perkara yang amat tidak masuk di akal serta zalim dari tujuan asal Islam. Tujuan utama Lajnah Perpaduan dan KPP ditubuhkan adalah menggalakkan semaksima mungkin, dialog budaya dan agama, semangat kerjasama dan toleransi, kolaborasi aktif yang positif untuk mencapai status masyarakat maju akhlak, maju peradaban dan kemakmuran.

Konflik diri di kalangan petugas PAS (mungkin) melingkari sebab yang cukup mudah iaitu diri tidak bersedia berinteraksi dengan kaum bukan melayu. Dasar pecah dan perintah British dan diteruskan oleh UMNO cukup terkesan hingga kini, malah ahli PAS juga cukup sukar keluar dari kepompong yang sama. Teoretikal dakwah yang kukuh termuat dalam usrah serta silibus haraki sukar diaplikasi secara maksima lantaran sosial kita masih terjerat dengan pemecahan sosio budaya tinggalan penjajah. Dari sebab itulah petugas LPN perlu merdekakan diri keluar daripada minda majoriti kaum melayu.

Cukup banyak isu yang timbul sepanjang perjalanan LPN menguruskan KPP. Antara yang kerap dibincang adalah perlunya kaum bukan melayu dididik cara PAS. Kaum Bukan melayu juga dikatakan hanya mendekati PAS untuk jawatan dan kuasa. Mereka tidak ikhlas melainkan hanya ingin menumpang momentum perubahan mood rakyat. Mereka banyak menuntut peruntukan dalam melakukan kerja parti, tdak seperti ahli PAS dikalangan kaum melayu yang selama ini berjihad tanpa bayaran.

Isu ini mudah untuk saya jawab sebelum saya menyediakan dalil sirah Rasulullah SAW. Pertamanya mereka bukan Islam. Alangkah sedihnya jika kita bercita-cita mereka memiliki sikap ‘jihad’, taqwa, ikhlas dan faham seperti kita yang ‘telah ditarbiah’. Jangankan jihad, mereka belum lagi mengenali Islam dan tujuan sosial Islam memandangkan kita masih jauh daripada melaksanakan obligasi dakwah kepada mereka. Mereka hanya menerima maklumat Isalm dari suasana masyarakat tinggalan penjajah.

Malah PAS bertuah apabila Buku Peraturan Dewan perhimpunan Penyokong PAS ada menggariskna tatatertib keahlian dan moral ahli DPP di mana PAS boleh mengawal moral dan etika mereka sepanjang bersama PAS. Lihat sahaja Fasal 23 (1) kurungan (a) hingga (f) di dalam Buku Peraturan DPP tersebut yang antaranya menegaskan kehendak ahli Dewan Perhimpunan untuk mengekal adat ketimuran, kesopanan serta menjaga kerahsiaan PAS.

Menurut YB Dr Mujahid semasa taklimat khas LPN bersama PAS ZON Utara Perak (24 januari 2010) yang lalu, disiplin yang diterapkan dalam Fasal 23 tersebut umpama ‘Baiah’ dan janji kaum bukan Islam untuk bersama dalam ‘ketumbukan’ gerakan Islam. Bukankah ini sunnah tinggalan nabi? Dakwah ‘graduality’ atau disebut sebagai sikap tadarruj dalam pemupukan budaya Islam perlu lebih awal, sebelum memahamkan mereka erti dasar perjuangan Islam.

Agenda ta’lif adalah agenda utama dalam dakwah Rasulullah sehinggakan tiada alasan lagi bagi kaum tulaqa’ (kafir yang masih berada di Mekah semasa pembukaan mekah) dengan kaum Badwi dan Tai’f yang degil dengan Islam. Konsep muallafatul qulub ada di dalam bab zakat. Sirah merakamkan pada zaman Nabi SAW kaum yang jinak dengan Islam, tetapi belum memeluk Islam akan diberi zakat. Pada Zaman Saidina Umar RA barulah diberi kepada yang telah masuk Islam (muallaf).

Aspek keduniaan boleh digunakan untuk agenda ta’lif (menjinakkan kaum bukan Islam). Kerajaan Kedah meletakkan syarat menjadi ahli KPP jika ingin melibatkan kaum bukan Islam itu dalam program kerajaan negeri. Inilah sikap Baginda SAW apabila ditanya oleh Aus dan Khazraj, adakah kami boleh disatukan sekiranya kami mengikut kamu? (kesatuan dan perpaduan adalah nilai duniawi yang dilihat oleh penduduk Madinah). Lihat juga sikap Baginda terhadap Abu Sufian dan para tulaqa’ sebelum dan selepas memeluk Islam.

Saya berminat untuk mengupas sedikit berkaitan sunnah muallafatul qulub yanag ditinggalkan oleh Nabi dalam sirah Peperangan Hunain.

Ahli PAS (angoota Lajnah Perpaduan) mungkin masak dengan konsep Himayah iaitu bantuan boleh diterima oleh Islam dari kaum bukan Islam atas dasar kekitaan, perkauman atau persaudaraan. Namun begitu dalam permulaan perang Hunain, terdapat bantuan dari kaum bukan Islam kepada Rasulullah atas dasar bernaung di bawah organisasi/sistem Islam yang sama. Rasulullah berjaya meminjam 100 baju besi daripada Safwan Bin Umaiyyah (masih kufur) serta Nabi mengucapkan terima kasih kepada Safwan atas bantuan tersebut ( Ibnu Majah 2/809).

Jika kita ahli PAS risau kebajiran kaum bukan Islam dalam PAS hanya bertujuan untuk pangkat dan kedudukan, lihat pula bagaimana Rasulullah memaafkan golongan Tulaqa’ yang baru memeluk Islam (ada yang belum Islam) yang meminta Rasulullah membuat seumpama berhala dengan menggunakan pohon Dhat Anwat semasa perjuangan di Hunain. Bayangkan bagaimana sikap kita jika kaum bukan Islam meminta kita berbuat demikian. Mereka bukan sekadar ingin pangkat malah ingin membuat berhala sepanjang kempen peperangan Islam. Rasulullah menolak dengan lembut malah menasihati mereka berkenaan budaya dan syariat Islam. (Sunan At Tarmizi 3/3212-2, Hasan sahih)

Sepanjang bersama kaum Tulaqa’ dan Badwi di Hunain, Rasulullah sedar dan faham benar bahawa kaum-kaum ini tidak faham apa erti jihad. Mereka sertai perang hanya untuk rampasan perang dan nama baik keluarga mereka. Mereka fokuskan keduniaan dalam peperangan suci kaum Islam. Mereka menumpang disebalik kemenangan kaum Islam, mereka akan senang dan selesa di bawah pemerintahan Islam. Ini sikap biasa bagi kaum bukan Islam. Rasulullah cukup sabar mentarbiah mereka walaupun jumlah mereka yang ingin dita’lif tersebut ramai.

Sikap optimis Safwan Bin Umayyah (muallaf belum memeluk Islam) terhadap kejayaan Islam cukup tinggi. Beliau memarahi sesiapa sahaja yang tidak yakin dengan kemenangan Islam. Beliau rela diperintah oleh Quraisy (Rasulullah) berbanding kaum lain (Hawazin dari Taif). Lantaran atas sikap perkauman dan kekitaan mereka menyokong Rasulullah. Rasulullah tidak mencela walau sedikitpun sikap mereka.

Kesetiaan kaum bukan Islam terhadap PAS perlu dipupuk melalui SIKAP dan DAKWAH ahli PAS kepada mereka. Mereka setia selagimana mereka memandang PAS boleh memberi kemakmuran, keadilan dan keharmonian hidup kepada mereka. Jika ahli PAS masih mewarisi persempadanan kaum tinggalan British dan UMNO, mungkin terlalu jauh lagi misi perpaduan nasional yang ingin dipeluk oleh PAS. Semasa sengit di medan Hunain, sejumlah besar Badwi dan Tulaqa’ meninggalkan Nabi sehingga hanya belasan sahabat besar Nabi sahaja yang menjadi perisai kepada Baginda. Bayangkan, tanpa kefahaman Islam (malah belum memeluk Islam) bagaimana mungkin Bagi boleh memaksa mereka setia dalam peperangan yang mengorbankan nyawa? Adalah logik jika kaum bukan Islam meninggalkan perjuangan Islam atas dasar keduniaan atau kebendaan. Itu lumrah. Yang menjadi tugas kita adalah mendidik mereka faham erti perjuangan Islam sebenarnya.

Ummu Sulaym memohon nabi membunuh para Tulaqa’ dan Badwi yang melarikan diri tersebut (Sahih Muslim 3/1442). Nabi enggan berbuat demikian, malah Nabi sedar terdapat beberapa Tulaqa’ dan Badwi yang kembali berjuang apabila melihat pasukan nabi mulai kuat.

Sebenarnya masa depan PAS akan kian cerah jika gemblengan tenaga dan kesatuan pemikiran ahli dan pendokong berlaku dalam hal membina interaksi sihat dan konstruktif dengan kaum bukan Islam. Tuntasnya Islam untuk semua tanpa mengira kaum dan keturunan.

Muhammad Nuruddin Bashah

SETIAUSAHA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL NEGERI PERAK

Saturday, January 30, 2010

Dun Perak bubar sebelum 9 Feb

Bila diumumkan bahawa keputusan perbicaraan kes siapa Menteri Besar Perak yang sah akan diketahui pada 9 Februari ini, ramai yang begitu teruja, gembira dan tak sabar rasanya untuk mengetahui keputusan yang dinantikan sejak 3 bulan yang lalu.

Sehinggakan ramai yang telah memohon cuti pada tarikh tersebut manakala Pas Perak pula menyediakan bas kepada ahli-ahli dan penyokong parti untuk turut serta ke Istana Keadilan, Putrajaya dimana bertempatnya Mahkamah Persekutuan itu. Bagaikan pesta menyambut kepulangan Menteri Besar kenegeri tercinta.

Orang ramai telah dapat mengagak akan keputusan yang akan dikeluarkan pada hari itu. Jika keputusannya memihak kepada Zambry, sudah tentu keputusannya diisytihar pada 5 Nov yang lepas (perbicaraan yang terakhir sebelum ini). Tetapi, oleh kerana keputusannya memihak kepada Nizar, maka pengumumannya ditangguhkan selama mungkin bagi Umno/BN membuat pelbagai persiapan bagi menghadapinya.

Walaupun sebenarnya Nizar adalah Menteri Besar yang sah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 manakala Mahkamah Rayuan hanya menangguhkan keputusan itu pada 22 Mei 2009. Penangguhan itu tidak bermakna lucutnya jawatan Menteri Besar Perak daripada Nizar dan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru.

Jika dibaca melalui kanta politik, bukan semudah itu untuk Umno/BN menyerahkan kembali jawatan Menteri Besar Perak kepada Nizar. Jika dibiarkan Mahkamah Persekutuan mengumumkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Feb nanti, sudah pasti Nizar akan memohon mengadap Tuanku Sultan Perak bagi pembubaran Dun. Itulah janjinya kepada rakyat Perak jika kemenangan kes ini memihak kepada beliau.

Sungguhpun pembubaran Dun dan pilihanraya negeri tidak dapat dielakkan lagi, sekurang-kurangnya kuasa sebagai 'caretaker government' akan dipertahankan Umno/BN supaya memudahkan mereka menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan bagi membantu mereka didalam pilihanraya negeri Perak nanti.

Bagaimana untuk mengekalkan kuasa 'caretaker govenment' itu? Sudah pasti Umno Perak akan memohon untuk mengadap Baginda Sultan Perak bagi memperkenankan pembubaran Dun sebelum 9 Februari. Mungkin 5 atau 8 Februari.

Jika diperkenankan Baginda Sultan, bermakna Umno/BN masih berkuasa untuk mempergunakan (memperkudakan) kesemua agensi kerajaan negeri Perak (termasuklah sumber kewangannya) semaksimum mungkin bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat kembali memerintah negeri Perak.

Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya.

Ajijoi ~ Bukan exco pemuda umno saja yang mahu Khairy letak jawatan, seluruh rakyat Malaysia juga mahukan Khairy letak jawatan.

Pro-Mahasiswa selar menteri perlekeh siswa

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa dengan ungkapan ‘tidak matang’ dan ‘tidak boleh terima kekalahan'.

Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan keegoan seorang pemimpin rakyat yang tidak ada perikemanusiaan terhadap penindasan yang berlaku kepada mahasiswa yang juga sebahagian di bawah tanggungjawabnya.

Jika begitu, kata beliau sebenarnya Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataan tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai.

Di samping itu, beliau menyifatkan ulasan beberapa akhbar tabloid sama ada elektronik mahupun media cetak, Kosmo dan Mstaronline.com yang melaporkan keputusan yang tidak lagi diputuskan secara sah dalam pilihan raya kampung (PRK) kali ini berbaur penghinaan terhadap tindakan mahasiswa.

Akhbar yang melaporkan kenyataan palsu dan tidak beretika tesebut hanya mahu menimbulkan persepsi baik terhadap proksi Umno di kampus khususnya di Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Pro-M UM mendesak mereka menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada mahasiswa.

Katanya, walaupun di UM, pro-M hanya mendapat 17 kerusi manakala bebas 3 kerusi dan Pro- Aspirasi mendapat 21 kerusi, bukan bermakna Pro-M tidak berpuas hati dengan pencapaian itu.

Tambahnya, Pro-M sudah lama melalui masa-masa kalah dan juga masa-masa menang sebelum ini.

“Dahulu kita kuasai MPMUM kemudian kita kalah 4 tahun berturut-turut disebabkan sistem yang teruk sehingga mengenepikan aspek keadilan kepada mahasiswa.

“Pro-M sudah banyak bergenang air mata dengan kekalahan sebelum ini tetapi Pro-M tidak pernah lemah semangat dan terus berjuang sehingga diberi kemenangan yang sebenar.

“Buat apa kita menang dalam sistem yang teruk menindas mahasiswa, tidak mengapa kalah, yang penting prinsip dipertahankan,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhdap apa sahaja yang berlaku.

Katanya, Pro-M tidak bias kepada mana-mana pihak, yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.

Tambahnya, dalam konteks PRK di UM kali ini, pihaknya berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan.

Ujarnya lagi, dalam masa yang sama PRK UM berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk.

Atas perkara itu , jelasnya Pro-M terus bingkas bangun mempertahankan kebenaran sehingga mendapat keputusan yang baik daripada NC untuk menyiasat dan menangguhkan segala keputusan pilihan raya yang sebelum ini telah diumumkan.

Oleh yang demikian, katanya tidak ada mana-mana pihak mendakwa dirinya kalah mahupun menang, lebih-lebih lagi mahu bercita-cita membentuk kabinet dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, mahasiswa adalah generasi pertengahan di mana jiwa dan roh semangat juangnya tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak kerana sekali mereka bangun, apa sahaja boleh terjadi.

“Jadi jangan perlekehkan mahasiswa, jangan pandang rendah pada mahasiswa.

“Menang, kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan,” tegasnya.

-harakahdaily

Ajijoi ~ Siapa yang tak matang sebenarnya? Dan siapa yang tidak boleh menerima kekalahan? Jawapannya di video ini.

Kampus UM tegang dengan demonstrasi bantah e-undi



Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.

Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

-malaysiakini.com

Khalid digantung enam bulan, Hasan lepas


Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.

Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam sidang media selepas dua jam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim berkata, kedua-dua keputusan tersebut dibuat berdasarkan fasal 75 perlembagaan PAS.

'Kesalahan Khalid lebih serius'

Fasal tersebut memperuntukan hukuman amaran, menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat keahlian dalam parti.

Kedua-dua tokoh itu dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini, tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas kesalahan yang dilakukan oleh Khalid, Tuan Ibrahim menyifatkannya sebagai "lebih serius".

"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.

Khalid yang tidak hadir kerana berada di Arab Saudi menghantar seorang wakil bagi menerima keputusan bagi pihaknya hari ini.

Tuan Ibrahim berharap hukuman kepada kedua-dua tokoh PAS Selangor itu akan menjadi iktibar kepada ahli dan penyokong agar tidak melakukan perkara yang sama.

"Sebaliknya kita harus menumpukan gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 daripada menimbulkan polemik dalaman.

'Guna saluran dalaman'

"Sekiranya tidak berpuas hati, guna saluran dalaman parti, bukan diluar parti," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar keputusan penghakiman jawatankuasa itu kepada kepada Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dengan segara.

Sementara itu, Dr Hasan yang hadir bersama beberapa kepimpinan PAS Selangor berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Ini satu proses pendidikan kepada saya dan keputusan itu tidak mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai exco... dan atas sifat saya sebagai ADUN Gombak Setia," katanya dalam sidang media di lobi ibu pejabat PAS.

Beliau mengharapkan keputusan tersebut dapat melonjakkan PAS Selangor untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi melalui SMS memberitahu Malaysiakini, beliau akan memutuskan sama ada perlu membuat rayuan selepas pulang daripada luar negara pada 12 Februari ini.

-malaysiakini.com

Friday, January 29, 2010

Rakyat Kelantan berhak dapat royalti, bukannya wang ehsan - Ku Li

TGNA | Royalti Minyak | Solat Hajat 100 ribu
M
atlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi.

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus, lapor Malaysian Insider.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.



Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas. Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.


“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.


Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.


Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam. Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 billion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Wakil Rakyat serta Pegawai Kerajaan Negeri. Sumber - Kelab GreenBoc, editing dan gambar oleh Topeng Perak® Unmasked

Thursday, January 28, 2010

BN seleweng wang rakyat sejak 50 tahun dulu

Panelis Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) terkejut dengan penemuan sesi Selcat yang berlangsung hari ini.

Hasil soal-jawab dan penelitian dokumen kepenggunaan sumber oleh Dun- dun seluruh Selangor, Selcat mendapati Adun-Adun BN menggunakan ruang samar dalam peraturan dan tatacara urustadbir untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah wang peruntukan kerajaan negeri digunakan untuk membiaya jentera parti politik, bahkan wang dimasukkan terus ke akaun bank milik Adun kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi dalam sesi hari ini berkata amalan ini telah menjadi kebiasaan pentadbiran Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.

“Saya rasa dari segi pembayaran kepada YB Dun Morib iaitu YB Hasiman Sidom pada ketika itu saya rasa bukan satu perkara yang luar biasa, sebab duit itu dimasukkan dalam akaun wakil rakyat berkenaan, jadi maknanya dalam Pekeliling Perbendaharaan pun tidak mengatakan bahawa tidak boleh dibayar kepada akaun wakil rakyat berkenaan itu satu, yang keduanya sama ada perkara pelik atau tidak bukanlah perkara yang pelik sebab memang perkara ini berlaku sejak sebelum ini pun memang berlaku, walaupun sekarang pun kita masih bayar kepada wakil rakyat penyandang pada ketika ini,” katanya.

Mengulas perkara ini, Panel Selcat Azmin Ali berkata amalan ini secara langsung menghakis keupayaan kerajaan negeri untuk berfungsi sebagai sebuah badan yang berintegriti.

Azmin memberi amaran bahawa amalan ini juga secara langsung membudayakan rasuah dalam operasi kerajaan negeri, lantas ia perlu dihentikan serta-merta.

“Dalam taklimat audit baru-baru ini yang dipimpin Dato Menteri Besar, kita diingatkan bahawa pembayaran kepada Adun itu merupakan satu sistem yang lemah dan tidak boleh dikira satu sistem yang baik kerana kemungkinan penyelewengan itu akan berlaku, yang hanya dibolehkan ialah pembayaran dibuat atas nama Adun sekiranya dalam kes-kes tertentu seperti pembayaran saguhati kepada anak-anak PMR, sudah tentu mereka belum ada akaun bank yang boleh dibayar,”jelasnya lagi. -TVS


Adun Umno guna wang rakyat biaya jentera parti

Adun Morib Hasiman Sidom didapati menyalahgunakan wang peruntukan buat penduduk Morib untuk membiayai kempen pilihanrayanya dalam PRU12 lalu.

Beliau didapati membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 ribu yang diagih-agihkan kepada 30 Ketua Cawangan Umno di Dun Morib, serta RM60 ribu lagi untuk perbelanjaan Pemuda dan Puteri Umno kawasannya.

Perkara ini didedahkan panel Selcat, Azmin Ali di Pendengaran Awam Selcat, hari ini.

Dato’ Asmawi Kasbi ditegur Azmin kerana gagal menjalakan tugasnya selaku pengawal dana awam, walhal mengetahui wang itu tidak digunakan untuk kebajikan rakyat termiskin, sebalik untuk berkempen.

Asmawi memberi alasan Perbendaharaan Negeri tidak mengeluarkan arahan jelas melarang bayaran dibuat ke atas badan politik.

“Bagi Adun Morib, YB Hasiman Sidom daripada 500 ribu ringgit, 120 ribu ringgit diserahkan kepada Umno bahagian, Pemuda dan Puteri 60 ribu, cawangan-cawangan Umno sebanyak 30, 60 ribu juga, makna dari 500 ribu, lebih 1 perlima diserahkan kepada Umno,”katanya.

Hasiman Sidom dilaporkan turut menggesa Asmawi membenarkan wang rakyat Morib dibelanjakan untuk menggerakkan jentera pilihanraya Umno di 16 pusat daerah mengundi.

Selcat juga diberitahu sejumlah RM25 ribu ringgit disalahguna untuk kerja-kerja pengubahsuaian Pusat Khidmat Rakyat.

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila kesemua cek pembayaran yang dibuat atas nama pemimpin Umno itu habis digunakan dalam masa sesingkat 1 bulan setengah.

“Maknanya kalau apa-apa pembayaran itu tuntutan itu dibuat mengikut peraturan kita bayar, cuma penerimanya sama ada Umno atau bukan saya rasa bukan tanggungjawab saya, maknanya patutnya wakil rakyat kena tentukan sendiri kebanyakan penerima-penerima adalah orang tempatan situ, cuma nama jer mungkin Umno, tapi mungkin penerimanya yang sebenarnya yang mendapat faedah tak semestinya orang Umno,”jelasnya. -TVS


Makna sebenar 1Malaysia

(foto: Bernama)


(foto: Harakahdaily)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEH6LDDhf7uIDJ5WFQByMtGAuMUJPzOyUnJoXEqFAWCehFOemGuOyfOer3T5YKrL0bIUpxDSC-j7sRQ9tL1M940pCiqxskr040jNDwxeHH6yIIIlNR0zNPnHjzyyX0_b_hzmS50tNxy9FC/s400/nikaziz.jpg

Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.

Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.

~ pendikar gunung kriang

- Lagi berita di Harakahdaily & Kelab Greenboc

Ajijoi ~ Alaaa.....Najib pun boleh buat macam ni laaa...semua ketua-ketua agama ni diikat dan diugut kemudian dibawa bersamanya untuk dipaksa bergambar.....

Followers