Saturday, November 14, 2009

Konvo Pasti 2009: Ucapan padat bermakna Dato Seri Nizar

IPOH 14 NOV Kehadiran Dato Seri Nizar ke majlis konvokesyen telah membuka ruang kepada pihak penganjur untuk memberikan peluang kepada ibu bapa yang hadir mendengar ucapan daripada beliau mengenai Pasti.

Sdr Firdaus mengenakan kalungan bunga VIP kepada Dato Seri Nizar

Meneliti aturcara majlis terlebih dahulu

Dato Seri Nizar mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada ibu bapa yang memilih Pasti bagi menghantar anak-anak mereka menimba ilmu seawal umur 4 tahun. Ini merupakan satu pelaburan yang amat bermakna di dalam membentuk akhlak mulia anak-anak.

Sistem pembelajaran yang digunapakai oleh Pasti telah diiktiraf pelbagai pihak sebagai yang terbaik untuk mendidik anak-anak, sehinggakan ada orang yang bukan beragama Islam turut menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti kerana mereka percaya anak-anak mereka akan dididik untuk menjadi insan yang berguna.

Guru-guru Pasti telah berkorban dalam mendidik anak-anak murid mereka walaupun gaji yang diperolehi amat sedikit berbanding dengan guru-guru yang mengajar ditempat lain. Semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, guru-guru Pasti telah dibantu dengan kenaikan gaji daripada rm150 kepada rm500. Namun, keikhlasan mereka mengajar tanpa jemu telah diberikan keberkatan oleh Allah Taala sehingga ramai anak-anak murid yang yang keluar sebagai anak yang berjaya dan berjasa kepada ummah.

Padat dan sungguh bermakna apa yang disampaikan
oleh Dato Seri Nizar

No comments:

Followers