Ajijoi

Wednesday, September 30, 2009

Siapa MB Perak yang sah akan didengar mahkamah 5 Nov depan


Kesahihan MB Perak, Mahkamah Persekutuan dengar 5 Nov

Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.

zambry and nizarMohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak Menteri bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

Peguam bela Sulaiman Abdullah adalah peguam utama bagi Mohammad Nizar.
Posted by Ajijoi at 10:23 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ehwal perak, nizar

Muzik Fikir - Surgamu

Posted by Ajijoi at 10:01 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: santai, video

Tanah pantai Port Dickson dijual Isa Samad dan Umno

Posted by Ajijoi at 9:49 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa, video

Dadah mainan terbaru pemuda Umno Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sudah tiba masanya rakyat ngeri Terengganu khususnya dan satu Malaysia amnya menolak UMNO dan Barisan Nasional kerana kepimpinannya korup, rosak akhlak dan moral.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/hanafiahnew.jpgPengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Ramly@Mat berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Beliau berkata demikian setelah menerima SMS (Sistem Pesanan Ringkas) dari seorang penduduk di Kemaman yang melaporkan pemimpin UMNO Bahagian Kemaman telah ditangkap kerana menagih dadah.

”Saya menerima SMS dari seorang penduduk, kemudian saya mengesahkan dengan beberapa jawatankuasa DUN Chukai,

”Memang sah, kepimpinan utama pemuda UMNO Bahagian Kemaman ditangkap kerana menagih dadah,”ujarnya.

Menurut beliau, mereka yang ditangkap adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Tarmizi Johar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Japilus Ismail.

Katanya abang Japilus yang turut ditangkap disyakki menjadi pengedar dadah tersebut dan ketiga-tiga mereka merupakan pimpinan pelapis yang telah dididik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, yang juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Haji Hanafiah menyifatkan Ahmad Said turut gagal melahirkan kepimpinan UMNO yang bersih kerana menurutnya Ahmad sendiri turut dikaitkan dengan masalah-masalah sosial yang berkenaan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru semua rakyat Terengganu dan Malaysia supaya bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih dari masalah korupsi, bebas keruntuhan akhlak dan tinggi moralnya.

”Sudah masanya Terengganu dan Satu Malaysia di pimpin oleh kepimpinan yang dapat menjadi contoh dan tauladan dan melaksanakan amanah dengan penuh ikhlas,

”dan juga sudah sampai waktunya rakyat membuat perhitungan yang betul dengan menolak UMNO dan Barisan Nasional,”jelasnya.

Sehubungan itu, agensi Bernama turut melaporkan, polis telah menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

Posted by Ajijoi at 9:30 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa

Parti pengganti MIC ditaja BN

Parti Makkal Sakthi Malaysia yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja mendapat sokongan moral Najib Razak malah juga menerima habuan kewangan lumayan daripada Perdana Menteri, menurut beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan parti itu.

Menurut aktivis Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindraf, M. Murugan, Makkal Sakthi dikatakan mengikat perjanjian untuk menerima lebih RM30juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai parti pilihan kaum India, menggantikan MIC.

Beliau mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM8 juta telah pun diserahkan kepada salah seorang pemimpin utama Makkal Sakthi semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April lalu.

"Saya difahamkan jumlah itu hanya sebahagian daripada RM30 juta yang dijanjikan oleh Najib kepada Makkal Sakthi untuk menarik kembali sokongan pengundi India kepada BN," Murugan memberitahu Suara Keadilan.

Beliau yang pernah ditahan polis semasa perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November 2007 mendakwa kemungkinan besar baki sebanyak RM22 juta akan dibayar secara tunai kepada Makkal Sakthi apabila Najib merasmikan parti itu 10 Oktober depan.

"Kita tahu latar belakang pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi Malaysia. Mereka dipecat daripada Hindraf dan sejurus dipecat terus bersengkongkol dengan pemimpin BN," kata Murugan yang mengenali rapat barisan pemimpin parti baru itu.

Pemerhati politik terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan mengambil masa hanya dua minggu untuk meluluskan penubuhan Makkal Sakthi. Proses kelulusan untuk parti-parti lain lazimnya mengambil masa bertahun-tahun, contohnya Parti Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh beberapa aktivis masyarakat.

Kelulusan segera yang diperolehi Makkal Sakthi adalah petanda jelas Najib mencari sekutu baru untuk meraih kembali sokongan kaum India yang berhijrah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu.

Najib sudah pun mula memulau Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada majlis-majlis perjumpaannya dengan kaum India dan kini lebih mengaitkan dirinya kepada Makkal Sakthi.

Murugan menyifatkan parti itu sebagai "alat terbaru BN untuk mendapat sokongan kaum India."

Baca lagi disini

Posted by Ajijoi at 9:26 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa

Perlukah dihebohkan pengharaman filem 'Bruno'?


Filem Bruno diharamkan di Malaysia

Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production diharamkan penayangannya di Malaysia kerana ia didapati mengandungi adegan dan kata bual lucah.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata hasil penelitian dan semakan Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem itu tidak melepasi etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini.

LPF mendapati filem yang dibintangi Sacha Cohen Boren itu bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot
penggunaan peralatan seks.

"Filem ini juga dengan jelas telah menyentuh sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agama Kristian," kata kenyataan itu.

Pengedar filem Bruno, Golden Screen Cinemas telah dimaklumkan berhubung keputusan pengharaman itu melalui sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lepas dan pengedar juga dimaklumkan tentang asas-asas pengharaman berserta laporan penapis filem untuk filem itu.

- Bernama

Ajijoi ~ Adalah lebih baik jika diharamkan terus daripada tayangan dipawagam Malaysia tanpa perlu dihebohkan kepada awam kerana ianya hanya akan menarik minat orang awam untuk membeli dan menonton filem ini yang telah terjual secara meluas melalui dvd diserata negara.

'Bruno' mengisahkan tentang seorang model gay daripada Austria yang berpakaian dan berkelakuan lucah.

Pada 2006, pelakon yang sama telah terlibat didalam pembikinan filem 'Borat' yang mencetuskan kontroversi kerana wataknya sebagai seorang rakyat Kazakhstan yang terdedah kepada budaya di Amerika.

Saksikan sedikit sedutan daripada filem 'Bruno' di http://www.youtube.com/watch?v=BnSvUZ60nG4

Posted by Ajijoi at 8:51 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: filem, isu semasa

Biodata calon Pas di Bagan Pinang


Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK: 6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.
Posted by Ajijoi at 8:47 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa

Peluang Pas cerah di Bagan Pinang

Tidak mustahil Pakatan Rakyat menang Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan

Ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Malam Pengisytiharan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar sebagai Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang Negeri Sembilan di Batu 9, Teluk Kemang pada 29 September 2009.

Hassan Ali pun ada !

Saat diumumkan calon oleh Dato' Presiden PAS


Ucapan calon sebelum sidang akhbar malam tadi.

Posted by Ajijoi at 8:44 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan calon terbaik di Bagan Pinang

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

pas bagan pinang candidate zulkefly mohamad omar.jpgPemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Serah pada pengundi

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Zulkefly berkata Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat.

zulkefly mohamad omar pas candidate“Kita bertanding untuk membela rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk menang, Zulkefly berkata, terpulang kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Beliau yakin pengundi bijak untuk memilih wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk membela mereka.

Ditanya harapannya dalam piliharnaya kecil kali ini memandangkan beliau bukan anak tempatan, Zulkefly yang pernah tiga kali bertanding sebelum ini berkata:

“Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”.

Ditanya mengenai calon BN - Tan Sri Isa Samad yang merupakan calon popular dan mendapat sokongan akar umbi - Zulkefly sekali lagi mengulangi bahawa terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.

Calon terbaik


Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS memilih Zulkefly kerana beliau merupakan calon terbaik, muda dan berpendidikan tinggi.

Kepimpinan PAS, tegasnya, sebulat suara memilih Zulkefly bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

pas announce bagan pinang candidate 290909 crowds.jpgDitanya mengenai isu-isu yang bakal dibangkitkan dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi berkata: “Tunggu dulu”.

Hadi juga ditanya mengenai kemungkinan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor - ekoran teguran pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan - akan dijadikan isu di Bagan Pinang.

Menjawab soalan tersebut, Hadi berkata: "Masalah dalaman yang ditimbulkan oleh media akan diselesaikan. Tidakjadi masalah."

Hadi juga ditanya mengenai peluang PAS menang dengan meletakkan pesuruhjaya negeri itu sendiri bertanding di Bagan Pinang, memandangkan dalam pilihanraya umum tahun lalu, parti itu tewas di 12 daripada 13 kerusi DUN yang ditandinginya di Negeri Sembilan.

Dalam jawapannya, presiden PAS itu berkata: “Kita melihat perubahan, tujuh daripada lapan pilihanraya kecil (sejak pilihanraya umum tahun lalu) kita menang, ini satu perubahan, adanya anjakan paradigma di kalangan pengundi di Semenanjung.”

Ditanya mengenai pengundi pos yang berjumlah lebih 4,000 orang dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, Hadi berkata, terserah kepada pemilih yang mempunyai hak untuk mengundi.
Posted by Ajijoi at 8:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa

Tuesday, September 29, 2009

Calon 'Recycle' taruhan Umno/BN di Bagan Pinang


Terang lagi nyata Umno/BN tidak mementingkan agama, bangsa dan negara apabila memilih Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Dengan pemilihan Isa Samad, Umno/BN dilihat bagaikan tidak serius dengan masalah rasuah di dalam parti itu. Seolah-olah perbuatan rasuah dibenarkan berleluasa dan penglibatan pemimpin mereka bagaikan sesuatu yang biasa.

Isa Samad yang pernah digantung keahlian Umno selama 6 tahun (kemudiannya dikurang kepada hanya 3 tahun setelah membuat rayuan) oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana didapati bersalah terlibat didalam amalan rasuah.

Pengumuman pemilihan Isa Samad dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Sungguhpun sebelum ini, Tun Dr Mahathir telah memberi amaran agar Umno tidak mencalonkan Isa Samad kerana ini akan memberikan gambaran bahawa Umno tidak serius dalam menangani masalah politik wang (rasuah) di dalam negara.

Mungkinkah Umno/BN terpaksa memilih Isa Samad sebagai calon walaupun sedar akan akibatnya kepada parti kerana terdapat ugutan untuk memboikot daripada penyokong kuat Isa.
Posted by Ajijoi at 8:02 PM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: isu semasa

Monday, September 28, 2009

Umno/BN amal demokrasi zalim - Pesuruhjaya Pas Perak

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara. Tambahan, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media terbarunya disini semalam.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat,

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun," katanya.

Ujarnya, Akta tersebut katanya jelas bercanggah dengan Islam yang melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat seperti yang diamalkan oleh BN dan Umno ini. "Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Lihat pula bagamana, umno/bn amat cekap dan bijak membazirkan wang rakyat. Menurut beliau rakyat masih ingat bagaimana, umno/bn juga berjaya membazirkan wang rakyat dalam isu pembinaan Zon Bebas Niaga Pelabuhun Klang (PKFZ). Projek yang diselubungi oleh pelbagai kontroversi tersebut menyaksikan pertambahan kos yang meningkat sebanyak RM3.5 billion daripada kos asal.

Tambah beliau lagi “Bukan sahaja Kerajaan gagal menyiasat kegagalan projek tersebut, ia sebaliknya bersetuju pula untuk memberikan pinjaman (soft loan) sebanyak RM4.681 billion kepada Port Klang Authority (PKA). Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan episod ini adalah satu daripada banyak contoh daripada kerajaaan yang mendedahkan konflik kepentingan, rasuah, dan salah pengurusan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan penjawat awam.

Jelas Ustaz Abu Bakar lagi, rakyat disarankan supaya mengundurkan BN-Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang sekiranya Umno masih tidak mahu berundur.

Tambahnya, beliau yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat, BN dan Umno dapat diundurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya DUN Perak tidak lama lagi dan pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," tambahnya.

Posted by Ajijoi at 4:27 PM 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pas Perak

Pokok - Tuan Guru Nik Aziz

Posted by Ajijoi at 4:05 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ehwal islam, nik aziz, video

Ganesan tiada hak panggil sidang dun - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH (28.9.09): Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.”

“Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar,” katanya.

Tambah beliau lagi “ Seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Yb V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN, sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak”
Posted by Ajijoi at 3:26 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ehwal perak, Pas Perak

Saturday, September 26, 2009

Amalan bercukur rambut anak

IPOH (26.9.09): Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan.

Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Haji Daud telah mengadakan kenduri cukur rambut cucu lelakinya sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samrah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya."

Ustaz Abu Bakar Hussain yang diberikan penghormatan untuk menyempurnakan majlis bercukur cucu Haji Daud ini.

Ayah kepada bayi lelaki ini iaitu menantu kepada Haji Daud (kopiah putih berkaca mata di sebelah kiri)

Ustaz Abu Bakar memulakan acara guntingan rambut bayi sebelum dicukur.

Sdr Wafa juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk menggunting rambut bayi itu

Antara saudara terdekat dan tetamu yang menggunting rambut cucu Haji Daud ini

Hidangan juadah buat tetamu yang hadir. Kambing menjadi menu utama


Cucu Haji Daud telah ditahnik oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang semasa lawatan beliau ke Ipoh awal bulan lalu.
Posted by Ajijoi at 10:07 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: aktiviti, ehwal islam

Friday, September 25, 2009

Nik Abduh memisahkan diri dari Tok Guru?

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah,

Adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa mulai Ogos 2009, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah, Pulau Melaka, Kota Bharu, telah KELUAR daripada syarikat Saffron Integrated Marketing, sebuah entiti perniagaan yang mengeluarkan dan memasarkan produk atas jenama ‘TOK GURU’ sebagai penasihat dan penaung kepada projek sumbangan dana kepada Maahad dan beberapa sekolah ugama yang lain di seluruh negara.

Dengan ini, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah tidak boleh lagi dikaitkan dengan perniagaan dan jenama tersebut.

Demi meneruskan kelangsungan usaha murni ini yang telah mendapat sokongan penuh kedua – dua tuan guru ( TGNA dan TGHH ) melalui kesudian melancarkan produk syarikat di Pulau Melaka dan Rusila suatu ketika dulu, serta sokongan padu segenap lapisan masyarakat, di samping kejayaan membantu sekolah – sekolah ugama berkaitan, saya dan rakan – rakan yang prihatin akan memulakan pemasaran produk di atas nama syarikat dan jenama yang baru dalam masa terdekat, insya Allah.

Semoga diberkati Allah. Semoga diperkenan khalayak.

Adalah saya dengan ini memaklumkan.

( nik mohamad abduh bin nik abdul aziz )


Ajijoi ~ Nama produk tok guru kini begitu menjulang tinggi semenjak duta produk, Ustaz Fauzi giat mempromosikan produk tersebut melalui iklan di tv dan juga jualan bergerak bersama SureHeboh dan juga SuaRasa anjuran TV3 dan TV9.

Saya juga sebagai pengguna produk tok guru sekian lama kerana niat bersedekah untuk madrasah-madrasah di Pulau Melaka, Kelantan merasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh produk tok guru ini.

Tetapi, mengapa tiba-tiba sahaja Ust Nik Abduh dan juga rakan-rakan yang lain keluar daripada bersama-sama dengan Saffron Integrated Marketing dalam membangunkan produk tok guru?

Tentu ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dijelaskan oleh Ustaz Nik Abduh. Menjaga aib orang lain, agaknya.

Jika kisah di bawah ini benar, mungkin persoalan tersebut terjawab dengan sendirinya.

DI PETIK DARI DETIK DAILY- Di post kan oleh – kabinetdabpurNajib Detikdaily.Net Forum Index-BOIKOT produk Tok Guru !!!

syarikat saffron intergrated marketing (SIM) ni dulu sebelum tertubuhnya dia mintak kebenaran ustaz nik abduh utk guna nama TOK GURU’ dan nak salurkan dana sebagai perjanjian dgn madrasah pulau melaka dan madrasah2 yg lain, sekarang syarikat tu dok buat untung gila2…dah lebih RM500,000.00 royalty, dia enggan bayar kepada sekolah2 agama tu..tu yg ramai org marah.syarikat penipu!!!tu pasal ustaz nik abduh keluar dari syarikat tu. semua ahli pengarah jemaah produk tok guru pun turut keluar termasuk 3 lagi sahabat mereka. kita tunggu lah ustaz nik abduh akan keluar produk nya sendiri.

Perlukah kita turut memboikot produk tok guru tersebut dan beralih kepada produk yang lain? Terpulanglah kepada budi bicara anda semua.

Posted by Ajijoi at 6:50 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Hebahan

Serban idaman


Salah seorang anggota Unit Amal Perak yang lebih dikenali dengan gelaran BOB telah dihadiahkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sehelai kain serban yang dipakai oleh Tuan Guru sendiri semasa menghadiri Program Badar Al-Qubra di Kampong Manjoi, Perak pada 5 September 2009 lalu.

Bob yang telah bertugas sebagai Pengawal Peribadi semasa program tersebut diadakan telah menjaga keselamatan Tok Guru dari tengahari sehinggalah ke malam hari tersebut.

Bob sememangnya telah menanam azam untuk meminta kain serban yang dipakai oleh Tok Guru sejak dahulu lagi namun tak berkesempatan dan tak tergamak nak memintanya. Hajat tersebut telah terkeluar apabila Bob berbual dengan Ustaz Akmal..Tak disangka-sangka hajat Bob itu disampaikan kepada Tok Guru.. Akhirnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuka serbannya dan menghadiahkan kepada Bob.

Alangkah gembiranya Bob sampai tak terkata sehingga hari ini kain serban tersebut tak pernah lekang dari kepalanya..

Syabas dan Tahniah Bob.. Semoga Allah akan membalas segala pengorbanan kita semua dengan kemuliaan di dunia dan akhirat.. Bagi kami di Jabatan Amal Perak sememangnya hadiah yang paling berharga adalah hadiah yang dihadiahkan oleh pimpinan kami..walaupun sehelai sapu tangan sekalipun..

sumber: http://jabatanamalperak2009.blogspot.com
Posted by Ajijoi at 6:31 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ehwal perak

Thursday, September 24, 2009

Pulut periuk kera

Jika tiap kali kita menyambut hari raya, lemang dan ketupat pasti menjadi hidangan utama. Kedua-dua hidangan ini menggunakan pulut sebagai bahan utamanya manakala buluh dan daun palas pula sebagai acuannya.

Berlainan pula dengan hidangan gambar di atas. Pulut di isikan di dalam bunga periuk kera lalu direbus.

Rasanya lebih kurang sama dengan ketupat dan sungguh enak bila dimakan bersama-sama dengan rendang daging.

Jarang kedapatan sajian sebegini. Mungkin kerana susah untuk mendapatkan periuk kera agaknya.
Posted by Ajijoi at 11:47 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: santai

Bertunang di hari raya kedua

Tahniah saya ucapkan buat sepupu isteri saya, Lily Azwa Bt Mohd Ali Basha serta pasangannya, Syed Saiful Bahari (daripada Pahang) yang melangsungkan pertunangan mereka pada hari raya yang kedua lalu di Kampung Meranti Lapan, Lahat.

Semoga berbahagia menantikan saat untuk menjadi raja sehari.
Posted by Ajijoi at 11:28 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: aktiviti

Amalan ziarah masih diteruskan

Sungguhpun zaman serba canggih lagi moden, namun sambutan hari raya masih lagi diamalkan seperti mana biasa dengan kunjung mengunjungi dan ziarah menziarahi sesama sanak saudara serta jiran tetangga.

Begitulah juga dengan kebiasaan sambutan raya penduduk Kampung Meranti Lapan, Lahat yang kebanyakannya bersaudara.

Selesai solat sunat Aidilfitri, kesemua jemaah di Surau Al-Ehsaniah akan dijemput berziarah kerumah disekitar kampung. Giliran rumah untuk diziarah terlebih dahulu akan diatur dan kesemuanya akan bersama-sama mengunjungi bagi mengeratkan lagi silaturrahim sekaligus menjimatkan masa untuk berziarah secara individu.

Pelbagai juadah masakan dan juga kuih akan disediakan tuan rumah. Selain merasai makanan yang dijamu, takbir raya serta doa akan dihadiahkan para jemaah kepada tuan rumah.

Rumah mertua saya juga tidak ketinggalan diziarah walaupun kami sekeluarga masih di dalam suasana kesedihan akibat musibah yang menimpa kakak ipar saya 5 hari sebelum raya.

Semoga amalan yang baik ini akan diteruskan terutamanya kepada generasi baru agar tali persaudaraan dan kenal mengenal sesama penduduk kampung dapat di eratkan lagi.
Posted by Ajijoi at 10:53 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: aktiviti, pendapat

Ucapan Indah di hari lebaran


Setiap kali tiba hari raya, pasti ada kiriman berupa ucapan selamat hari raya sampai kepada kita. Jika dahulunya, kad ucapan raya memainkan peranan yang cukup penting dalam mengeratkan silaturrahim sesama kita. Semenjak penggunaan telefon bimbit begitu meluas, sms telah mengambil peranan kad ucapan dengan capaian kepada sasaran cuma mengambil masa beberapa saat sahaja.

Hari ini, ucapan raya melalui sms berlegar diantara pengguna telefon bimbit sehingga membolehkan ucapan tersebut dihantar kepada ratusan penerima dengan sekali hantar sahaja.

Berikut saya senaraikan ucapan-ucapan indah sambutan lebaran tahun ini yang dikirimkan melalui sms kepada saya. Terima kasih kepada semua di atas ucapan indah tersebut.

Bulan Ramadhan pahala dihimpun, Aidil Fitri menjelang tiba, Jari disusun memohon ampun, Salah dan silap maaf dipinta.

Bulan Ramadhan berlalu pergi, bulan Syawal kini kembali, rasa sayu sudah pasti, namun bulan purnama tetap dihati.

Kata Imam Ghazali:- Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL & SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

Tangan dihulur tak kesampaian, senyum terukir tak kelihatan, sms di kirim tanda ingatan, di Aidilfitri kita bermaafan.

Sebening air wuduk, sesuci Al-Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam, andai hati pernah terguris, tutur yang terlanjur, laku yang melampau, janji tak tertunai, jika tangan tak berjabat, jika muka tak sempat bertatap, bukakanlah pintu maaf buat kami.

Keindahan Ramadhan disulami tarawih dan sedekah, keheningan Syawal disirami kemaafan. Semoga lebaran ini menyinarkan nur iman dan limpahan rezeki yang berterusan. Salam kemaafan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jika ada langkah yang mengguris hati, ada tingkah membekas luka, ada kata yang tak terjaga, ada janji yang tak tertunai, ada hati yang berperasangka serta ucapan berbunga dusta, mohon dibuka pintu kemaafan hendaknya.

Biar renggang difana dunia, biar hina dimata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat kita, jangan tergadai silaturrahim sesama kita.

Berlalu Ramadhan membawa keinsafan, hadirnya syawal mengukuhkan ukhuwwah, terima kasih atas ingatan, moga mendapat keredhaan Allah.
Posted by Ajijoi at 9:59 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: pendapat

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Batin


Saya, Azizul Nizam Bin Zulkifli, pengendali blog ajijoi.blogspot.com serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI kepada semua pengunjung blog saya tidak kira walau dimana anda berada.

MAAF ZAHIR BATIN juga saya hulurkan dengan menyusun sepuluh jari seandainya ada salah dan silap yang saya lakukan samada saya sengaja ataupun tidak, saya sedari mahupun tidak selama saya menulis di dalam blog ini.

Semoga anda semua bergembira dihari yang mulia ini bersama keluarga. Berhati-hatilah dijalanraya semasa menziarahi sanak saudara serta handai taulan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan serta pengunjung-pengunjung setia blog saya ini. Semoga blog ini dapat menjadi wadah dalam MEMBONGKAR KEMUNGKARAN, MENYINAR KEBENARAN didalam menegakkan daulah Islamiyah dibumi tercinta ini.

Sekali lagi saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya.

Posted by Ajijoi at 8:32 AM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: pendapat

Jangan cemari Idul Fitri dengan maksiat

Daripada Anas r.a berkata: Selepas Nabi s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda, “Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman jahiliah, dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan eidul fitri”. (Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’ie) Hari Raya adalah ibadat. Bagaimanapun dalam keseronokan meraikannya ramai yang terlupa batasan yang ditetapkan oleh syarak.

Hari Raya adalah hari kebesaran Islam untuk kita bergembira dalam suasana ibadat. Bagaimanapun, jangan kita jadikan Hari Raya sebagai tiket menghalalkan apa sahaja. Kita kena jaga batasan yang ditetapkan oleh Islam.

Kita perlu menjaga adab bertamu ke rumah orang, masuk dengan ucapan salam dan menundukkan pandangan. Jangan terlampau ghairah melihat ke sana-sini.

Batas pergaulan dan aurat wajib dijaga. Jika yang datang itu lelaki bukan mahram, maka jangan pula si gadis bersalam dengannya atau pun membuka aurat.

Memadai hanya mengucap tahniah dan bermaaf-maafan tanpa bersalam. Rasulullah pun tidak pernah bersalam dengan wanita yang bukan mahram semasa baiah (membuat perjanjian).

Jangan pula timbul rasa bangga diri atau sombong kerana kita mempunyai kereta baru atau perabot yang baru.

Paling utama, hendaklah kita menjaga had atau batas dalam menikmati juadah hari raya. Jangan makan terlalu banyak. Ingatlah firman Allah, …makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-A’raf: 31)

Seperkara lagi, jangan pula kita dilalaikan dengan menyambut tetamu sehingga tidak menunaikan solat. Kalau kita beraya dan meninggalkan solat fardu maka kita melakukan maksiat dan ia tidak lagi menjadi ibadat.

Dalam Islam, Hari Raya Aidilfitri adalah sehari. Jadi amat rugi jika kita menghabiskannya dengan hanya menonton tv. Rancangan tv itu hari lain pun boleh kita tengok.

Lagipun bukan semua program tv pada hari raya sesuai ditonton pada hari yang mulai ini. Ini bukan pula bermakna kita tidak boleh berhibur pada hari raya.

Islam benarkan kita berhibur tetapi jangan sampai ia melalaikan. Umat Islam perlu memilih rancangan hiburan yang sesuai contohnya yang menyiarkan lagu-lagu raya tetapi filem atau rancangan yang lari daripada konsep hari raya tidak perlu ditonton.

Sepatutnya kita mengambil peluang hari raya untuk berziarah dan bermaaf-maafan. Bukan pula maknanya, hari raya sahaja masa untuk memohon maaf.

Cuma apabila pada hari lebaran ini kita dapat berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara maka ia seolah-olah menjadi masa paling sesuai bermaafan.

Bermaafan ini adalah sifat orang yang bertakwa. Malah Rasulullah juga adalah sangat pemaaf walaupun kepada kaum kafir Quraisy yang sentiasa menyakiti baginda.
Posted by Ajijoi at 8:27 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ehwal islam

Adab-adab dan hukum-hakam berhari raya

Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”

Adab-Adab dan Hukum-Hakam Berhari Raya
Oleh : Mohamad Abdul Kadir Sahak

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri dan sebaliknya untuk ‘Aid al-Adha

Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)

3. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Daripada al-Walid bin Muslim katanya : “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : “Ya, adalah ‘Abdullah bin ‘Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan bahawa Ibn ‘Umar apabila keluar pada pagi hari Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan solat).”

Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya : “Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 2/121)

Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-‘Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : “Apakah kamu semua tidak bertakbir?”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas’ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :

اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ لَا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.

Al-Mahaamiliy (المحاملي) meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibn Mas’ud :

اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً اللهُ أكْبَرُ وَأجَلّ ، اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Maksudnya : Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar dan yang maha agung, Allah yang maha besar dan bagi Allah segala pujian.” (Irwa’ al-Ghalil : 3/126)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Baca seterusnya disini
Posted by Ajijoi at 8:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ehwal islam

Friday, September 18, 2009

Juadah berbuka diagihkan Pas Perak di Stesen Bas Medan Gopeng

IPOH (18.9.09): Pas Negeri Perak (Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan) telah menganjurkan program penyerahan bekalan berbuka puasa kepada penumpang-penumpang bas ekspress untuk pulang ke kampung sempena perayaan Idul Fitri tahun ini.

Pas kawasan Gopeng yang diketuai oleh YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim Md Ariff bersama Timbalannya, Ust Radzi Zainon telah mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan sumbangan tersebut di Hentian Bas Ekspress Medan Gopeng, Ipoh.

Program petang ini telah diserikan lagi dengan penyertaan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain yang turut turun padang bertemu sendiri dengan penumpang-penumpang yang sedang menunggu ketibaan waktu berlepas dengan bas-bas ekspress untuk pulang beraya.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا . رواه الترمذي وابن ماجة وابن خزيمة وصححه الألباني

"Barang siapa yang memberi makanan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Riwayat At Tirmizy, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan dinyatakan sebagai hadits shahih oleh Al Albani)

Hadis Nabi ini diaplikasikan dengan penganjuran program sumbangan juadah berbuka puasa yang dilaksanakan setiap tahun dengan membekalkan makanan kepada penumpang bas berbuka puasa semasa di dalam perjalanan ke destinasi mereka.

Ustaz Abu Bakar sedang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada penumpang-penumpang.

Tidak kira usia, semua golongan diberikan juadah berbuka tersebut.

Haji Abd Rahim sedang memberikan juadah kepada keluarga India yang juga sedang menunggu bas.

Anak-anak begitu gembira menerima sumbangan daripada Pas.

Sesuai dengan logo Pas iaitu Pas untuk semua, yang bukan beragama Islam juga diberikan juadah berbuka puasa agar mereka dapat merasai suasana berbuka bersama-sama dengan masyarakat Islam yang lain.

Pihak yang menjaga keselamatan juga tidak ketinggalan menerima sumbangan

Ustaz Radzi Zainon sedang menyantuni segelap lapisan masyarakat dengan memberikan juadah berbuka puasa kepada mereka

Sungguhpun remaja lelaki ini beragama Kristian (berdasarkan subang lambang salib yang dipakainya), tetap gembira menerima sumbangan dan tanya khabar daripada Ustaz Abu Bakar.

Ustaz Radzi menyampaikan juadah kepada mereka-mereka yang telah bersedia menunggu waktu berlepas di dalam bas.

Antara remaja-remaja yang ditemui Ustaz Abu Bakar


Remaja Tionghua ini begitu gembira menerima sumbangan daripada Pas Perak. Islam itu adil dan untuk semua.


Gembiranya mereka menerima sumbangan. Lambang Pas diletakkan 'dekat di hati'

Lambang Pas yang memuatkan juadah berbuka puasa kelihatan dimana-mana di Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh. Ternyata jelas kegembiraan penumpang-penumpang bas yang menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada Pas Negeri Perak, yang menyediakan juadah nasi bukhari dan air mineral untuk keselesaan mereka berbuka puasa di dalam bas nanti.

Sebahagian petugas-petugas yang menyedia dan mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa bergambar bersama Ustaz Abu Bakar, Haji Abd Rahim dan Ustaz Radzi Zainon di Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh.
Posted by Ajijoi at 11:58 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: pas gopeng, Pas Perak
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers





Kalendar Hijriah dan Masehi

Al-Quran Digital

Al-Quran Digital

Waktu Solat

Waktu sholat untuk Ipoh, Perak. Widget Jadwal Sholat oleh Alhabib.
Dapatkan Widget Jadwal Sholat!

Mutiara Kata Hari Ini

About Me (Mengenai Saya)

My photo
Ajijoi
Ipoh, Perak, Malaysia
Hanya insan biasa yang tak punya apa-apa. Cuma akal dikepala dan iman didada.
View my complete profile

Hubungi saya


Jom Follow Twitter ajijoi

Preview Tweet

Twitter Updates


    Lokasi Anda Diketahui

    Asal Pengunjung

    widgeo.net

    Blog Archive

    • ►  2018 (1)
      • ►  April (1)
    • ►  2017 (1)
      • ►  January (1)
    • ►  2016 (10)
      • ►  June (8)
      • ►  May (2)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December (1)
      • ►  November (4)
      • ►  July (1)
      • ►  June (5)
      • ►  May (4)
      • ►  March (2)
    • ►  2014 (99)
      • ►  December (3)
      • ►  November (1)
      • ►  October (3)
      • ►  September (3)
      • ►  August (4)
      • ►  July (12)
      • ►  June (11)
      • ►  May (27)
      • ►  April (1)
      • ►  March (6)
      • ►  February (13)
      • ►  January (15)
    • ►  2013 (302)
      • ►  December (4)
      • ►  November (5)
      • ►  October (11)
      • ►  September (18)
      • ►  August (11)
      • ►  July (13)
      • ►  June (5)
      • ►  May (39)
      • ►  April (96)
      • ►  March (37)
      • ►  February (28)
      • ►  January (35)
    • ►  2012 (426)
      • ►  December (18)
      • ►  November (22)
      • ►  October (19)
      • ►  September (4)
      • ►  August (8)
      • ►  July (28)
      • ►  June (42)
      • ►  May (58)
      • ►  April (53)
      • ►  March (39)
      • ►  February (67)
      • ►  January (68)
    • ►  2011 (523)
      • ►  December (27)
      • ►  November (32)
      • ►  October (51)
      • ►  September (32)
      • ►  August (50)
      • ►  July (83)
      • ►  June (25)
      • ►  May (37)
      • ►  April (60)
      • ►  March (65)
      • ►  February (47)
      • ►  January (14)
    • ►  2010 (714)
      • ►  December (23)
      • ►  November (17)
      • ►  October (25)
      • ►  September (24)
      • ►  August (56)
      • ►  July (31)
      • ►  June (60)
      • ►  May (83)
      • ►  April (74)
      • ►  March (110)
      • ►  February (111)
      • ►  January (100)
    • ▼  2009 (1404)
      • ►  December (78)
      • ►  November (122)
      • ►  October (183)
      • ▼  September (94)
        • Siapa MB Perak yang sah akan didengar mahkamah 5 N...
        • Muzik Fikir - Surgamu
        • Tanah pantai Port Dickson dijual Isa Samad dan Umno
        • Dadah mainan terbaru pemuda Umno Terengganu
        • Parti pengganti MIC ditaja BN
        • Perlukah dihebohkan pengharaman filem 'Bruno'?
        • Biodata calon Pas di Bagan Pinang
        • Peluang Pas cerah di Bagan Pinang
        • Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan calon terbaik di B...
        • Calon 'Recycle' taruhan Umno/BN di Bagan Pinang
        • Umno/BN amal demokrasi zalim - Pesuruhjaya Pas Perak
        • Pokok - Tuan Guru Nik Aziz
        • Ganesan tiada hak panggil sidang dun - Pesuruhjaya...
        • Amalan bercukur rambut anak
        • Nik Abduh memisahkan diri dari Tok Guru?
        • Serban idaman
        • Pulut periuk kera
        • Bertunang di hari raya kedua
        • Amalan ziarah masih diteruskan
        • Ucapan Indah di hari lebaran
        • Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Batin
        • Jangan cemari Idul Fitri dengan maksiat
        • Adab-adab dan hukum-hakam berhari raya
        • Juadah berbuka diagihkan Pas Perak di Stesen Bas M...
        • Solat sunat Aidilfitri bersama Pesuruhjaya Pas Perak
        • Perutusan Hari Raya Aidilfitri Dato Seri Nizar Jam...
        • Akil Hayy....Live in Gopenghagen
        • Tentera bloggers diperlukan di Bagan Pinang
        • Ulama Palestin bertemu pimpinan Pas Perak
        • Perutusan Hari Raya Aidilfitri Pesuruhjaya Pas Perak
        • Dewan Pemuda Pas Perak dijemput berbuka puasa bers...
        • Cabai penyambung rezeki
        • Rakyat terus dinafikan hak bersuara oleh Umno/BN -...
        • TAIPING (15 Sept 09) - YB Nga Kor Ming Ahli Parlim...
        • Ehya Ramadhan Surau Al-Ehsan sederhana tapi meriah
        • Doakan cepat sembuh
        • Kematian dan kemalangan
        • MB I tak bagi gunakan stadium - Datuk Bandar Ipoh
        • Lagi ahli PKR mahu jadi bebas
        • Pilihanraya Bagan Pinang hari Ahad 11 Oktober
        • Sampaikan Salam Aidilfitri bersama blog ajijoi
        • Rakyat Malaysia bersedia mengeluarkan BN dari meme...
        • Sekampit beras, sekilo gula di Kampung Rapat Jaya ...
        • Sekampit beras, sekilo gula di Kampung Rapat Jaya
        • Sekampit beras, sekilo gula di Kg Sg Rapat
        • Ceramah Palestin
        • Ketua kampung Ara Payung mengamuk?
        • Pas Gopeng menganjurkan Badr al kubro
        • Ceramah Badar Al Kubro
        • Facebook palsu dicipta untuk burukkan nama DS Nizar
        • Kuliah malam Jumaat: Islam adalah penyerahan diri
        • 12 kepala lembu didakwa
        • Pakatan Rakyat Perak terus mengangkat perjuangan r...
        • Umno/BN hina undang-undang, tidak hormati Sultan P...
        • Pertama di Malaysia...Tazkirah Ramadhan Muslimat
        • Lawatan Pesuruhjaya Pas Perak ke Pas Kawasan Gopeng
        • Undi Pos bagaikan 'simpanan tetap' Umno
        • Pemuda PAS Tambun, ulangi desakan bubarkan Dun Perak
        • PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman
        • Mahkamah tolak permohonan saman Sivakumar terhadap...
        • BN diingatkan supaya tidak angkuh
        • Pimpinan Umno tolak Islam sebagai dasar parti - Pe...
        • Ulasan buku: Bertemu janji Allah
        • Kata-kata nasihat Ibnu Qayyim
        • Kerajaan zalim akan dibinasakan oleh Allah SWT - P...
        • Seharian bersama Dato Seri Nizar (2)
        • Sambutan Badar Al Kubro menghangatkan malam Ramadhan
        • Seharian bersama Dato Seri Nizar
        • Haji Hadi bersama Pemuda Pas Perak
        • Anak Dato Seri Haji Nizar sehebat ayahnya
        • Beberapa kenyataan menghina Islam oleh pemimpin Um...
        • Surat terbuka Khalid Samad kepada penduduk Section...
        • Musa Hassan amat diperlukan Najib - Mat Sabu
        • Bandar Ipoh bakal bergegar
        • Pesuruhjaya Pas Perak menyifatkan BN Perak semakin...
        • SPR nak kata apa? Tuhan punya kuasa
        • Laporan polis terhadap kepala lembu Hishamuddin
        • Kuliah malam Jumaat: Rahmat Allah - Ustaz Shamsuri...
        • Garden Terrace Coffee House, Hotel Casuarina kini ...
        • BN Perak bakal tinggalkan Umno
        • Akhirnya gugur juga buah pala
        • Ketua NUJ Utusan dibuang kerja
        • PDRM: Tiada yang layak dan berwibawa?
        • Siapa yang bersidang? Adun atau polis?
        • Sidang Dun bertaraf empat bintang
        • Kumpulan kuning diberi perlindungan?
        • Sidang Dun Perak dihalang polis
        • Bukti kepala lembu mainan umno
        • Selamat bersidang Dun Perak
        • Tazkirah Ramadhan: Hati rosak punca manusia tolak ...
        • SPR selamatkan kemaluan Umno sekali lagi
        • Agong berkuasa penuh tolak Musa Hassan
        • Pelajar sambung belajar ke Universiti Mu'tah Jorda...
        • 1Malaysia ditipu dengan harga minyak
      • ►  August (145)
      • ►  July (117)
      • ►  June (71)
      • ►  May (176)
      • ►  April (120)
      • ►  March (76)
      • ►  February (138)
      • ►  January (84)
    • ►  2008 (241)
      • ►  December (62)
      • ►  November (26)
      • ►  October (23)
      • ►  September (27)
      • ►  August (28)
      • ►  July (15)
      • ►  June (60)

    Idola Kesayangan Saya

    Idola Kesayangan Saya
    Tuan Guru Nik Abdul Aziz

    Jaringan Pimpinan PAS

    • Ust Idris Ahmad
      - Catatan Dhuha Feb 21 Catatan Dhuha. Kadang-kadang musibah yang menimpa kita mampu meluruskan jiwa, menyedarkan diri daripada kelalaian dan mampu menyelamat...
      2 years ago
    • Ust Nasrudin Hassan at Tantawi
      RUMAHKU SYURGAKU - Bicara Santai Selain Politik. 01 25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017 *RUMAHKU SYURGAKU* Oleh : Pendekar Sakti 1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...
      5 years ago
    • Laman Web Rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS) Pusat
      Isu Tiket Bola: MB Kedah heret KFA dalam agenda politik? - *DEWAN* Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan kejadian isu tiket Final TM Piala Malaysia yang dilihat berkepentingan politik oleh pihak-pihak tertentu seh...
      5 years ago
    • Blog Rasmi Ustaz Abu Bakar Hussain
      RASUAH MENTERI MELAYU ISLAM JATUHKAN MARUAH UMAT ISLAM - IPOH, 14 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa PAS Perak berpandangan rasuah yang berlaku dalam Negara ini hanya dapat dibe...
      11 years ago
    • Laman Rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
      -
    • PAS Perak
      -

    Jaringan Blog Pilihan

    • Tukar Tiub
      RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS
      4 months ago
    • ~penarik beca
      Daftar Harga Hp Samsung Modern Oktober 2022: Mulai Dari Samsung Galaxy M62 Sampai Galaxy Z Flip3 5G - [image: DAFTAR Harga HP Samsung Terbaru Oktober 2021: Mulai dari Samsung Galaxy M62 sampai Galaxy Z Flip3 5G] Berikut daftar harga HP Samsung modern bula...
      1 year ago
    • Biaqpila
      Video: 2 Orang Maut Terjatuh Ketika Berpaut Pada Roda Pesawat Keluar Dari Kabul - DUA rakyat Afghanistan disahkan terkorban selepas terjatuh ketika cuba berpaut pada roda pesawat yang terbang keluar dari Kabul. Menurut ciapan di Twitter...
      1 year ago
    • MiLo SuaM
      Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...
      2 years ago
    • Bloglist Malaysia
      Syaitan politik bersama pengkhianat - Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. Pengkhianat juga ing...
      3 years ago
    • MalaysianDigest.com - Malaysian News and Current Affairs
      Monster Babysitter Advertised Her Services Hours After Hiding Dead Baby In Fridge - [image: Photo from mStar] Most Malaysians were horrified this morning as news of Adam Rayqal Mohd Sufi’s tragic death broke.
      4 years ago
    • RAKYAT MARHAEN
      NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...
      4 years ago
    • Laksamana Bukit Bintang
      SEJARAH "DAWN RAID" - KISAH SERANGAN KUALA LUMPUR KE ATAS BURSA LONDON - Sebuah kesah yang sudah pun menjadi sejarah yang ingin dikongsikan. Kesahnya agak panjang. Harap baca supaya dapat difahamkan dengan apa yang Tun maksud...
      5 years ago
    • Demo LaNie
      Panas!! Perbincangan Sulit Bocor Lagi. - Perbincangan sulit agenda mempertahankan selangor dari jatuh ketangan BN pada PRU 14 diteruskan oleh pimpinan PAS, PKR dan beberapa pimpinan PAN. Antara pe...
      6 years ago
    • Addin
      Mahathir Buat Kejutan Lagi.. - Mahathir Buat Kejutan Lagi.. Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya siasat...
      8 years ago
    • Muslimeen United
      60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...
      9 years ago
    • wartamaya
      Antara madet dan setan - Cer citer .. hang pilih sapa?
      10 years ago
    • Malaysia-Today
      -
    • Buletin Online - Media Informasi Terkini
      -
    • Anak Kedah
      -

    Jaringan Bloggers Perak

    • albanjari onlineV2
      ayam - Kisah Pandiran Semasa (Part 262) - ayam jantan.. !Sudah hampir 4 minggu tok tidak lagi mengopey pagi pagi di kedai Siah. Tok bukan merajuk, tapi tok mengam...
      1 month ago
    • Landskap Siasah
      Apa Pentingnya Isu Pilihanraya Tempatan? - *Apa Pentingnya Isu Pilihanraya Tempatan?* *Muhammad Nuruddin Bashah* *Latar belakang isu * *T*erkini, Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Ke...
      3 months ago
    • Na'im Nik'mat @blog
      MASALAH GENERASI LEMBIK. -
      1 year ago
    • edyesdotcom
      Nasihat PM Kepada YDPA Untuk Darurat Adalah SALAH - DSAI Mulakan Semakan Kehakiman! - KENYATAAN MEDIA Semalam, satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Dato Seri...
      2 years ago
    • Perakite Daily
      Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar - Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat d...
      6 years ago
    • Warta Sg Rapat
      YAM CHAR BERSAMA YB RADZI ZAINON - Pengkalan : Pas kawasan Gopeng semalam melangkah satu lagi aktiviti mendekati masyarakat khususnya penduduk DUN Sungai Rapat melalui program Yam Char ber...
      6 years ago
    • Manjung Mari
      Jom kita lihat isu ni pulak - - Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu ...
      7 years ago
    • HMS ABU BAKAR
      PANTUN RAKYAT MENGELUH - Dua kali lima sepuluh Dua kali enam dua belas Ada GST rakyat mengeluh Dari usaha pimpinan ikhlas Dua kali enam dua belas Sedang dihafal oleh murid-murid Da...
      7 years ago
    • cikgu pencen
      Resep Mengobati Impotensi - Hal yang memalukan jika seorang istri mengeluhkan karena kekurangan suaminya. Impotensi disebut juga lemah syahwat, adalah penyakit yang paling ditakuti pa...
      7 years ago
    • Al Islam Nizhamul Hayyat
      Syura dlm perang uhud -
      7 years ago
    • Orang ni
      Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah - Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedar diri.... Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....
      8 years ago
    • ANAK SENGAT
      RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI - Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus...
      8 years ago
    • MANJADDA WAJADDA
      Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng -
      8 years ago
    • PERAKITE
      -
      9 years ago
    • 26 Rejimen Askar Melayu Di Raja
      Pulanglah untuk membuang undi - *Oleh Nurul Izzah Anwar* Dalam masa dua minggu terdekat ini, lebih sejuta warganegara Malaysia yang kini tinggal di luar negara mampu merubah lanskapdemok...
      10 years ago
    • Nukilan MHS
      IBADAT HAJI DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN - TUGASAN BLOG SIW505 IBADAT HAJI DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN Mohd Hafez bin Sabri Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan ( Pengurusan Pembangu...
      10 years ago
    • Briged Al-Akhdor LR2
      TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara ...
      10 years ago
    • From Perak With Love
      Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...
      10 years ago
    • i n t a n h i j a u
      SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU2 - Terima kasih atas sokongan anda kepada blog intanhijau. Pihak kami telah berpindah ke http://intanhijau2.blogspot.com
      10 years ago
    • Ajijoi
      -

    Jaringan Pas Perak

    • PARLIMEN BUKIT GANTANG
      Akhavan Supermarche Flyer - Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations – one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet filled...
      5 years ago
    • Dewan Muslimat Pas Tapah
      MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
      7 years ago
    • Dewan Muslimat PAS Kampar
      - USRAH BULANAN 14/4/2014-lepas maghrib
      8 years ago
    • PAS TAMBUN
      -
      9 years ago
    • Dewan Pemuda Pas Gopeng
      Hamidah lebih kasar dari dulu? - Hamidah Osman kembali dalam arena politik di Dun Sg Rapat kali ini dengan penuh 'kasar'. Hari penamaan calon haritu tu pun pagi-pagi lagi dah gaduh denga...
      9 years ago
    • DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG
      MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
      10 years ago
    • Dewan Muslimat Pas K.Kangsar
      TANGAN YANG MENYAMBUT SANGAT BESAR ERTINYA - MERINGANKAN PIKULAN MEREKA AMANAH BAGI KITA UPU DUN MANONG Tuan Haji Jamil & JENTERA HALWA 2012
      10 years ago
    • PAS KAWASAN BAGAN DATOH
      Sambutan Badar Qubro - Pas kawasan Bagan Datoh akan mengadakan sambutan Badar Qubro bersama Yb Salahuddin Ayub Tarikh : 15Ramadhan/15ogos 2011 Masa : 5.00 ptg- 12.00 mlm Tem...
      11 years ago
    • MTD BUKIT CHANDAN N 34
      CERAMAH ISU-ISU SEMASA - PADA 24 JUN NI (JUMAAT) JAM 9 MALAM , AKAN DIADAKAN SATU CERAMAH DI DATARAN SAYONG YANG TERLETAK DI KUALA SAYONG HULU. PENCERAMAH YANG DIJEMPUT ADALAH USTA...
      11 years ago
    • Dewan Pemuda PAS Perak
      -
    • PAS KUALA KANGSAR
      -

    Jaringan Blog BerDakwah

    • Saifulislam.Com
      Genre Buku ‘Healing’ Sebagai Terapi Puisi? - Saya mengambil masa lima hari untuk menulis artikel Trend Semasa Buku ‘Healing’ Yang Merosakkan? semalam. Lima hari, kerana saya tidak tahu dari sudut mana...
      3 weeks ago
    • Ustaz Amin
      - Alhamdulillah syukur di atas pembukaan *Kapal Dive Lodge* dibawah selian *Ustaz Muhamad bin Abdullah* atau lebih dikenali sebagai *Ustaz Amin* yang bert...
      6 months ago
    • Minda Tajdid
      DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...
      4 years ago
    • FIQH & SUNNAH
      Pemimpin Adalah Cermin Rakyat! - Pemimpin Adalah Cermin Rakyat! Manshur bin Abi Al-Aswad berkata, “Aku bertanya kepada Al-A’masy (salah seorang tokoh tabi’in) tentang firman Allah Ta’ala: ...
      5 years ago
    • Genta Rasa
      Seminar Mukmin Profesional Modul 1 Kesedaran - Pendaftaran Di Buka Sekarang. Daftar disini: Sila klik JOM jadi keluarga besar “MUKMIN PROFESIONAL”!!! SEMINAR MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 KESEDARAN Lokasi:...
      5 years ago
    • Ustaz Nor Amin
      Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran - Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. A...
      9 years ago

    Trafik Pengunjung Blog Ajijoi

    Popular Posts

    • خطبة عيد الأضحى
      الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، وَِللهِ الْحَمْد. الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ ا...
    • Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda pekan Gopeng
      GOPENG (23.2.13): Pada hari Sabtu itu, pekan Gopeng yang biasanya sunyi dan damai, tetiba menjadi tumpuan ramai. Seawal tengahari lag...
    • Gendang dah berbunyi
      SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti. Gegak gempita alam maya apabila t...
    • Forum 'Siapa Speaker Dun Perak yang sah'
      IPOH, 31 Ogos: Satu Forum "Siapa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah" ("Who is the Lawful Speaker of Perak Stat...
    • Poliklinik Taqwa
      Poliklinik Taqwa yang terletak di Ampang, Ipoh memang sering dilawati setiap kali isteri ataupun anak-anak saya tidak sihat. Malah, semenjak...
    • Puisi 'Melayu' karya Usman Awang
      Usman Awang Saya memang meminati karya-karya puisi Usman Awang. Tulisannya pendek bersahaja tetapi padat bermakna. Pagi ini terbaca cebisan-...
    • Jelajah Perakite: Sarapan pagi di Selama
      Destinasi yang pertama bagi bas yang berangkat ke utara adalah pekan Selama. Bas yang memulakan perjalanan daripada Pejabat Perhubungan...
    • Surat yang bukan lagi misteri
      Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Penceg...
    • Kisah Dr Rosli Allani dan isteri keduanya
      Saya akan cari mereka hingga ke lubang cacing: Bapa mentua Dr Rosli KOTA BHARU: Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas k...
    • [Bukti Bersurat] Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak adalah KUDA TUNGGANGAN Barisan Nasional ?
      Surat  diatas bertajuk  PENANGGUHAN  TARIKH  MENSYUARAT  AGUNG  TAHUNAN  PKMM  NEGERI PERAK  KE-35  BAGI TAHUN  2011/2012  adalah suatu bukt...
    Powered by Blogger.