Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Masih Ingat tentang Cerita Si Penjual Permaidani (Carpetman) merangkap Tukang Catut (Bagman) merangkap Jantan Jalang (Toyboy)? (Remember the Carpetman cum Bagman cum Toyboy story?)
Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.....
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Adakah masih ingat pada cerita yang kami terbitkan pada 8 Oktober 2009, dengan judul “The Carpetman who is Rosmah’s Bagman and much more?” Nah, jika anda dah lupa, berikut adalah butirannya:
Saya bertemu dengan Carpetman lebih daripada setahun yang lalu. Dia meminta untuk bertemu melalui seorang kenalan. Ini kerana dia bimbang apabila mendapat tahu bahawa saya akan mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah Bagman untuk Rosmah. Tapi bukan fasal tu dia menggelabah. Sebenarnya, dia mula naik risau kerana pendedahan yang akan saya lakukan bukan hanya menyabitkannya sebagai Tukang Catut, tetapi juga Jantan Jalang si Rosmah. Hubungan saya dengan Rosmah hanya hubungan niaga biasa, kata Si Penjual Permaidani. Saya tak pernah tidur dengan Rosmah. Jadi, tolong jangan dedahkan kepada umum bahawa saya adalah Jantan Jalang Rosmah. Gambaran yang ingin Si Penjual Permaidani wujudkan adalah bahawa hubungannya dengan Rosmah hanya setakat di bilik mesyuarat dan tidak sampai ke bilik tidur. Tetapi lain pula kata Mumtaz Jaafar. Eh, siapa pula Mumtaz Jaafar? Ah, kalau saya mula bercerita tentangnya, maka saya juga perlu menceritakan tentang hubungannya dengan Saiful, iaitu orang yang menuduh bahawa Anwar Ibrahim meliwatnya. Kalau saya mula cakap fasal tu, maka saya terpaksa pula menyentuh tentang pertuduhan Liwat 2 pula. Jadi, tak payahlah kita panjangkan cerita. Mari kita kembali ke kisah Si Penjual Permaidani, iaitu Tukang Catut dan juga Jantan Jalang Rosmah. Seluruh negara hanya menumpukan perhatian pada hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Ni dah jadi berita basi yang semua orang dah tahu. Semua orang tahu tentang Najib yang ditangkap khalwat dengan Ziana Zain di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson. Bahkan, Isa Samad mempunyai foto Najib yang hanya memakai tuala, sementara si Ziana bersenang-lenang di atas katil. Isa menyerahkan foto itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (inilah sebabnya Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Takkan dia dah lupa bahawa Isa pernah cuba menjatuhkannya dengan menggunakan foto tu?). Okey, mari kita kembali ke topik asal. Seperti yang saya katakan tadi, semua orang tahu tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi ramaikah yang tahu bahawa Rosmah cukup berkenan dengan pemuda ala Bollywood? Nak jadi datuk? Senang saja. Kalau mereka menurut segala kehendaknya, maka gelaran datuk memang dalam tangan. Kalau anda nak tahu, si Si Penjual Permaidani ni jauh lebih tampan daripada Shahrukh Khan (eh, tapi sekarang dah jadi Datuk Shahrukh Khan, bukan?) – malah lebih muda. Sebenarnya, dah lebih daripada setahun saya mendiamkan saja cerita ni. Tetapi masa sudah tiba untuk ia didedahkan. Tetapi selain itu, ada perkara lain yang juga perlu didedahkan. Ish… ish… Deepak Si Penjual Permaidani ni memang nakal. Tetapi dia nakal pun nakal bersebab. Semua ‘kenakalannya’ adalah atas perintah Rosmah. Peranan Carpetman dan ‘khidmatnya’ pada Rosmah akan didedahkan sedikit demi sedikit. Hari ini bukan masanya untuk kami berbuat demikian. Jadi nantikanlah episod seterusnya alkisah Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang perempuan yang syok sendiri sebagai Wanita Pertama Malaysia.
(Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini).
Okey, dengan mukadimah di atas, maka tibalah masanya untuk kita meneruskan hikayat Deepak Jaikishan, iaitu Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang ‘Wanita Pertama’. Kami akan mendedahkan tentang kenakalannya. Ah, cukup nakal.
Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang akhbar pada 3 Julai 2008, dia terus hilang. Keesokan harinya, dia memfailkan Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpahnya yang pertama. Kemudian, dia sekali lagi hilang… hilang tanpa meninggalkan kesan.
(Baca PI Bala missing, says nephew, dalam The Star, 5 Julai 2008).
Sebenarnya, saya juga telah pergi ke Rawang untuk bertemu dengan anak saudara Bala, iaitu R. Kumaresan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan di atas.
Ramai yang tidak tahu bahawa ketika Bala sedang mengadakan sidang akhbar sejurus sebelum makan tengah hari pada 3 Julai 2008, beberapa orang anggota keselamatan sudah pun berada di depan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.
Ketika Bala sedang makan tengah hari, seorang individu yang bernama ASP Suresh menelefonnya dan ingin berjumpa dengannya. Bala juga diberitahu bahawa jika dia enggan untuk berjumpa, keselamatan keluarganya menjadi taruhan. Sebenarnya, pada masa tu, Bala sedang makan tengah hari bersama dengan saya. Jadi, saya tahu apa yang sedang berlaku, terutamanya apabila wajahnya tiba-tiba pucat dan dia mulai panik. Mereka juga memutuskan untuk menjerat saya kerana mereka tahu bahawa saya pun tahu tentang peristiwa tersebut.
Selepas Bala memfailkan Akuan Bersumpahnya yang kedua (yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah yang pertama), mereka terus melarikannya ke luar negara dan menyembunyikannya di India. Bagi memastikan Bala tidak membocorkan rahsia, maka Deepak membayar RM50,000 sebulan kepadanya.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Bala tiiada pilihan lain. Pilihlah yang mana satu ‘idaman hati’: RM50,000 sebulan dan ‘bersara’ di India ataupun mengalami nasib yang sama seperti Altantuya? Malah dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya – jadi, lebih baik ambil wang daripada terpaksa makan C4.
Selepas semua ‘urusan’ diselesaikan, Deepak menyangka bahawa dia dan ‘Wanita Pertama' dapat hidup bahagia buat selama-lamanya tanpa sebarang masalah.
Sebenarnya, Bala hanya menunggu saat yang paling sesuai untuk pulang paku buah keras. Dia kini mula melawan tauke bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku sejak saat dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, diikuti dengan Akuan Bersumpahnya yang kedua, 16 bulan yang lalu.
Hari ini, kami hanya akan mendedahkan sebahagian kecil dari apa yang telah didedahkan oleh Bala. Ya, sebahagian kecil sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang akan didedahkan dalam tempoh sebulan ini; semuanya begitu menghancurkan.
Buat masa ini, biarlah Seri Perdana berdebar-debar. Takkan kita nak biarkan dia orang tidur lena? Selepas kami selesai mendedahkan segala-galanya, maka takkan ada seorang pun rakyat Malaysia yang akan ragu-ragu tentang penglibatan Najib dengan Altantuya.
Sebagai ‘pembuka selera’, lihatlah salinan cek di bawah, yang menunjukkan bayaran yang dilakukan oleh Deepak kepada Bala. Jika Bala menandatangani Akuan Bersumpah yang palsu, seperti yang mereka dakwa, lalu mengapa Bala perlu disembunyikan di India, bahkan dibayar RM50,000 sebulan?
Mana tidaknya… sebenarnya, Akuan Bersumpah pertama Bala adalah benar. Disebabkan itulah Bala perlu ‘dihilangkan’ dari Malaysia.
Ya, tak lama lagi, Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang akan menghadapi masalah yang cukup besar. Jadi, nantikan pendedahan yang seterusnya, yang mana kami akan terus menconteng arang ke muka petualang.
Tidurlah wahai Putrajayaku sayang, di mana jua kau berada.
Monday, November 16, 2009
Masih Ingat tentang Cerita Si Penjual Permaidani (Carpetman) merangkap Tukang Catut (Bagman) merangkap Jantan Jalang (Toyboy)?
Labels:
isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment