Saturday, November 14, 2009

Konvo Pasti 2009: Perasmian oleh Naib Ketua Pemuda Pas Perak

IPOH 14 NOV Perasmian Majlis Konvokesyen Pasti 2009 telah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Sdr Salman Saleh yang menggantikan tempat perasmi asal iaitu Ketua Pemuda Pas Perak, Ust Zawawi Hassan yang mengalami masalah kesihatan.

Sdr Erilzudin Bin Mohd Amir bertindak selaku pengerusi majlis hari ini

Ust Mohd Faisal membacakan doa bagi pembuka majlis konvokesyen tahun ini

Anak-anak Pasti turut mengaminkan doa yang dibacakan Ust Faisal

Teraju utama majlis menadah tangan berdoa semoga
majlis konvokesyen berjalan lancar

Kehadiran yang membanggakan apabila dewan dipenuhi
sedari awal majlis bermula

Ketua Pemuda Pas Gopeng, Sdr Zaizi Zainal memberikan ucapannya

Sdr Zaizi mengucapkan ribuan terima kasih kepada sumbangan
ibu bapa yang telah sama-sama menjayakan
majlis konvokesyen pada hari ini

Program Pasti yang diatur oleh Pemuda Pas Gopeng
memberikan impak yang positif kepada
perkembangan Pasti-Pasti di dalam kawasan Gopeng

Anak-anak ini bukannya bosan dengan ucapan Sdr Zaizi
tetapi mereka girang bermain sesama mereka tatkala yang lain
masih memberikan tumpuan kepada pentas utama

Sdr Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda Pas Perak
menyampaikan ucapannya

Sdr Salman berpuas hati dengan pencapaian Pasti Kawasan Gopeng

Sdr Firdaus Fahme, Pengerusi Pasti Kawasan Gopeng (baju putih)
kusyuk mendengar ucapan Sdr Salman Saleh

No comments:

Followers