Sunday, November 22, 2009

Isu Longkang di Rapat Jaya telah lama menyusahkan rakyat

Sejak komitmen Ustaz Ir Radzi Zainon terhadap kebajikan dan isu sosial rakyat DUN N43 Sungai Rapat disiar dan dihebah melalui Sinar, terlalu banyak maklumbalas positif yang diterima. Selain Sinar harian (Perak), isu komitemen dan perjuangan beliau juga tersiar melalui blog wartasungairapat serta hebahan Buletin Bulanan Warta Sungai Rapat.

Imej PAS sebagai sebuah Gerakan Islam berasaskan siasah dan sosial dipancarkan melalui kerjabuat ustaz Ir Radzi yang saban minggu berjumpa rakyat N43 walaupun beliau gagal menduduki kerusi sebagai ‘Yang Berhormat’.

Beliau berjaya mengikis imej PAS yang dilabelkan sebagai responsif, tidak mesra rakyat, radikal atau hanya bersifat defensif menyerang dalam sebarang isu. Imej yang diperjuang oleh beliau adalah imej PAS yang cakna serta proaktif dalam isu kebajikan rakyat. PAS adalah parti yang berjuang mneyelesaikan permasalahan harian rakyat dan inilah sepatutnya dicontohi oleh calon-calon lain iaitu konsisten bersama rakyat walaupun selepas pilihanraya.

Minggu lalu, Sinar Harian 14 November menyiarkan berita beliau menyuarakan masalah longkag tersumbat di Regat Rapat jaya 4, Kampung rapat Jaya. Masalah ini dilaporkan oleh Ismail Zainal, 60, yang sering menghadapi masalah banjir apabila longkang tidak mengalirkan air secara berkesan.

“Apabila air hujan air dalam longkang akan naik ke kawasan rumah memandangkan kawasan rumah saya rendah, dan inilah punca masalah saya dan anak saya” kata beliau kepada pemberita Sinar.

Sementara itu Ustaz Radzi (berkemeja kuning)selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat, seperti biasa menjalankan peranan bersuara agar Sinar mengehebahkan semula isu lama ini yang pernah beliau suarakan semasa beliau menjawat jawatan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh 2008 dahulu.

Bayaran perkhidmatan MBI dijelaskan oleh rakyat di kampung berkenaan tetapi perkhidmatan masih jauh dari memuaskan.

Besar harapan rakyat di sana untuk melihat masalah nyamuk dan bau busuk longkang diselesaikan secepat mungkin.

Sikap komited Ustaz Ir Radzi perlu dicontohi oleh semua wakil rakyat di seluruh negara samaada berjaya memenangi kerusi atau tidak kerana ia melambangkan erti perjuangan sesuatu parti yang bertanding.

Muhammad Nuruddin Bashah

Redaksi warta Sungai Rapat

No comments:

Followers