Thursday, November 5, 2009

Jejak kerbau qurban


TG TUALANG (1.11.09): Ahad lepas, saya, Shamsul dan Ust Faisol ke Tanjung Tualang untuk melihat dan menempah kerbau dan lembu bagi program Ibadah Qurban / Aqiqah anjuran Surau Al-Ehsan bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussain.

Jenuh juga nak sampai ketempat pemeliharaan kerbau ni. Kena naik kereta 4WD. Kalau bawak kancil, agaknya dengan kancil-kancil tu lari masuk hutan. Tempatnya bekas lombong tinggal.



Sampai disana, penjaga pun halau kerbau-kerbau tu keluar dari kandang dan dibawa kepada kami untuk kami melihat dengan lebih dekat lagi. Macam safari pulak bila kereta 4WD tu pergi mendekati kerbau-kerbau yang agak-agak segan nak jumpa kami. Ada bau 'qurban' kot melekat pada kami ni. Fobia jadinya kerbau-kerbau tu.

Oleh kerana tak berapa puas hati dengan gambar yang diambil untuk tatapan kariah surau, saya pun meminta jasa baik penjaga kerbau membawa saya dengan motornya untuk mengambil gambar dengan lebih dekat.

Kata penjaga tu, kerbau-kerbau ni jinak. Boleh dipegang-pegang pulak. Tapi tengok pada tanduknya, ambil gambar dari atas motor pun cukuplah. Tak payah nak pegang-pegang. Kalau dia tau kami datang ni sebab nak 'meminang' untuk qurban Hari Raya Aidil Adha nanti, naik minyak pulak deme. Jinak tak jinak le, cuba kabo nak buat qurban, tengok. Mau saya ni pulak 'diqurbankan' dengan tanduk tajam deme tu.

Apa usyar-syuar, yob. Kalo berani, meh le dekat.
Kang dengan kamera-kamera tu aku balun, kata kerbau
yang berdiri tu, agaknya le...

Tengokkan pada badan-badan sasa kerbau-kerbau ni, rasanya mau menangis ajk penumbang tahun ni. Tahun-tahun lepas, setakat numbangkan lembu dengan kambing je (kambing pun kena tumbangkan ke?), tahun ni, nalarkekk punya beso binatang kami tempah.

Setelah runding harga, tawar-menawar, gelak-gelak, sembang lebih kurang, Ust Faisol pun telefon Ust Bakar untuk konfem, 6 ekor kami tempah. Bayar deposit lebih kurang, tetapkan hari penghantaran, jom kita pergi tengok lembu pulak. Cadangnya, lembu nak beli sekor je untuk aqiqah.

Ni le lembu-lembu yang tinggal, yang lainnya dah habis ditempah orang. Boleh tahan jugak, lembu-lembunya.

Dah tengok-tengok, bincang-bincang, beza harga lembu ni dengan kerbau tadi tak jauh. Baik ambik kerbau je semuanya.

Tak berbaloi rasanya untuk membeli lembu dengan perbezaan harga yang sedikit antara lembu dan kerbau. Pakat punya pakat, tambah lagi seekor kerbau. Jadinya, tujuh-tujuh kerbau kami tempah untuk ibadah qurban dan aqiqah surau tahun ni. Takpe yob, motongnya raya kedua. Banyak masa lagi simpan kederat tu. Nak numbangkan kergbo le katakan.

No comments:

Followers