Sunday, November 22, 2009

Bahana menjadi Pengkid, di mana pula suara liberalis?

Beberapa bulan dahulu masyarakat kita digemparkan dengan senario pengkid yang kian bermaharajalela. Lantaran itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa haram bagi wanita Islam terjebak ke dalam gejala tidak bermoral tersebut.

Hari ini beberapa media perdana mendedahkan seorang wanita berbangsa cina yang mengalami kesengsaraan sakit da infeksi buah dada sejurus selepas melakukan pembedahan untuk mengecilkan buah dada beliau. Keghairahan untuk menjadi Pengkid dengan hanya bayaran RM 12000 pada 1 Mei 2009, beliau bukan sahaja mengalami kehilangan aset kewanitaannya malah pihak yang melakukan pembedahan tergamak memotong puting dadanya mengakibatkan infeksi yang teruk.

Pengkid adalah satu naluri yang bercanggah dengan fitrah kemanusiaan, bukan sahaja terhadap kaum muslim. Pengkid berbeza dengan khunsa di mana seseorang itu memiliki 2 naluri dan 2 alat kelamin. Pengkid adalah naluri songsang yag kemudiannya diasuh untuk cenderung meninggalkan sikap kewanitaan.

Rancangan Gerak Khas banyak mendedahkan gejala ragut dan bunuh yang dilakukan oleh remaja yang juga terdiri daripada kalangan pengkid bawah umur!

Persoalannya sekarang di mana suara gerakan femenisme, liberalisme dan hak asasi yag dahulunya lantang berdemostrasi membantah fatwa pengharaman budaya pengkid?

Mereka sedar fatwa hanya untuk orang Islam, namun begitu mereka tetap biadab (walaupun mereka juga muslim) menghina Majlis fatwa Kebangsaan.

Di mana suara mereka yang membela naluri pegkid tetapi diam apabila melihat statistik jenayah juvana yang dilakukan oleh para pegkid yang mereka perjuangkan? Di mana juga mereka di saat ada pengkid yang kini mengalami kesakitan, infeksi dan kehilangan anggota tubuh semata-mata menyahut seruan kebebasan hak memilih jantina? Mana juga bantuan mereka untuk rawatan-rawatan terhadap pengkid yang mengalami kesakitan susulan akibat bahana pembedahan plastik yang mereka lakukan?

Kebiadaban perjuangan hak asasi kini bukan sekadar berjuang hak bersuara, hak beragama, malah hak berjantina!

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan

pengkid, iaitu gadis yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.

Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah’. (Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Tarikh Keputusan : 24 Oktober 2008 Tarikh Muzakarah : 22 Oktober 2008 hingga 24 Oktober 2008)

Dunia global meletak Malaysia sebagai tahap konservatif kerana masih mengekalkan undang-undang melarang perkahwinan pengkid (sesama wanita). Namun kita perlu bersyukur larangan tersebut adalah bertujuan menghalang negara terjerumus ke lembah kerosakan akhlak dan sosial yang lebih buruk lagi seperti mana negara Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Latin. Kini lebih 7.2 juta rakyat Amerika di bawah umur 20 adalah lesbian atau gay serta mengamalkan cara hidup pondan dan pengkid.

Dan berhukumlah antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syari'at Islam) dan janganlah kamu mengikuti hawa mereka...” ( al-Maa’idah: 49).

Muhammad Nuruddin Bashah

Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

No comments:

Followers