Saturday, December 5, 2015

Ceramah Umum di Tmn Song Choon, Ipoh malam ini


Satu ceramah umum akan diadakan di Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh malam ini selepas solat Maghrib.

Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Hassan Bin Razak.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

Wednesday, November 11, 2015

Dialog dengan Naib Presiden Pas di Pengkalan Pegoh malam ini

Malam ini, Naib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad akan bersama di dalam program Dialog Politik di Markaz Pas Cawangan Desa Aman, Pengkalan Pegoh, Ipoh.

Bolehlah ditanyakan apa saja tentang politik tanahair kepada beliau.

Jemput semua datang beramai-ramai.


Tuesday, November 10, 2015

Dialog Politik dengan pimpinan


Ramai yang hanya sembang di kedai kopi tentang isu semasa dan terkini. Facebook dan whatsapp jadi tempat rujukan tertinggi, tanpa tapis-tapis, tanpa tanya, terus terima sebagai sahih hasan.

Pimpinan kami diperingkat negeri dan kawasan jadi bahan, betul atau tidak, lain hal asalkan cerita-cerita mereka dapat disensasikan.

Tidak ketinggalan juga Adun Sg Rapat, YB Radzi Zainon yang banyak berlegar cerita-cerita tentang dia. Kata mereka beliau bakal beralih lambang, ditawarkan tempat untuk bertanding lagi dan macam-macam lagi.

Semua ini boleh ditanya secara berdepan, secara gentlemen di dalam program Dialog Politik malam esok, 11/11/15 jam 9 malam di Markaz Pas Cawangan Desa Aman, Pengkalan Pegoh.

Ada berani? Mari, jangan tak mari.

Nak tahu siapa pengkhianat rakyat? Datang malam ini.


Malam ini akan berlansungnya ceramah umum yang menjelaskan siapakah sebenarnya yang dikatakan pengkhianat rakyat dengan anjuran daripada Lajnah Penerangan Pas Parit Buntar dan Dewan Ulamak Pas Perak. 

Bertempat di Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin, Pusat Tarbiyyah Pas Kawasan Parit Buntar, akan ditampilkan ramai pimpinan Pas kawasan dan juga Dewan Ulama untuk menerangkan kepada orang ramai tentang isu dan permasalahan yang menimpa kita hari ini.

Jangan lupa, datang beramai-ramai ye.

Monday, November 9, 2015

Jom mengaji dengan Ustaz Sidek Nor


Malam ini ada pengajian daripada kitab Uslub Dakwah yang akan disampaikan oleh Ustaz Sidek Nor.

Bermula selepas solat Maghrib, kuliah akan dimulakan di Masjid Lama Gopeng.

Jom beramai-ramai

Saturday, July 11, 2015

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.


Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.


Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.


Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.


Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Setiausaha Majlis Syura Ulamak,

24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015

Sunday, June 14, 2015

Jual Pekasam

Kepada yang berminat, saya ada menjual pekasam pelbagai jenis untuk dinikmati sekeluarga mahupun untuk berniaga.

Pekasam Daging

Pekasam Daging Alynns dengan berat 160gm berharga RM10 sepeket.



Boleh digunakan untuk membuat nasi goreng.

Digoreng begitu saja, sama goreng kering atau goreng basah.

Dicampur ke dalam masak lemak cili api pun boleh juga.

Pekasam Ayam

Pekasam Ayam Alynns dengan berat 160gm berharga RM9. 


Pekasam ayam yang digoreng begitu saja. Juga boleh dipelbagaikan dengan bermacam resepi tersendiri.

Pekasam Kambing

Pekasam Kambing Alynns ini berharga RM15.


Pekasam Ikan

Pekasam Ikan Alynns: Ikan Sardin (3 ekor) RM4, Ikan Ara RM6 dan Ikan Talapia RM6.


Untuk order pekasam-pekasam ini, hubungi di Whatsapp, Wechat, Line, Facebook atau sms 012-5059056.

Kepada peniaga-peniaga yang ingin buat order dalam jumlah yang banyak, in shaa Allah akan diberikan diskaun istimewa. 



Friday, June 5, 2015

Alhamdulillah, Tuan Guru Haji Hadi Awang kekal Presiden PAS


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengabulkan doa para ahli yang mahu mengekalkan kepimpinan parti dikalangan orang-orang yang mempertahan dan memperjuangkan kalimah Allah. 

Segala kempen yang memburuk-burukkan golongan ulama telah dinafikan oleh perwakilan apabila mereka sebulat suara memilih pemimpin yang dapat bersama bergabung membantu Presiden memartabatkan dasar perjuangan parti tanpa perlu tunduk kepada mana-mana desakan untuk melunturkannya walau atas nama apa sekalipun.

Tahniah kepada semua yang terpilih manakala yang tidak terpilih diharap dapat terus istiqamah dalam perjuangan ini dan tidak terus menerus menyerang dan menyusahkan perjalanan parti yang kita semua sayangi ini. 



Thursday, June 4, 2015

Dewan Ulama Pas Pusat dipilih secara syura


Dewan Ulama' Pas Pusat yang jawatannya telah diumumkan semalam bagi sesi 2015-2017 dimenangi tanpa  bertanding oleh semua calon.

تكبير.... الله أكبر

Senarai AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
Bagi sessi 2015 - 2017

Pengerusi Tetap : Dr Hamdan Mohd
Timb Pengerusi : Ust Omar Hashim

Ketua : Dato' Dr Mahfuz bin Mohamad
Timb Ketua : Dato' Dr Nik Mohd Zawawi
Naib Ketua : Dato' Dr Johari bin Mat

AJK DUPP : 

1. Dato' Dr Khairudin Aman Razali
2. Yb Ust Nasrudin Hassan
3. Dato' Dr. Abu Bakar Abdullah
4. Yb. Ustaz Abdullah Hussin
5. Dr. Azhari bin Ariffin
6. Dato' Hj Hussin Awang
7. Ustaz Mustafa Syaari
8. Ustaz Khir Mutanazzar Ismail
9. Ustaz Nazmi Nik Din
10. Ustaz Zulkifli Ismail
11. Ustaz Mohd Asri Daud
12. Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman

Pemeriksa Kira :
Ibrahim Hj Omar
Hanafi bin Roshan




Nik Abduh Ketua Pemuda Pas yang baru


Saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Malaysia telahpun dipilih oleh perwakilan pemuda semalam. 

Gandingan mantap YB Ustaz Nik Abduh, Ustaz Muhammad Khalil dan Ir Haji Khairil Nizam kini peneraju utama dalam Dewan Pemuda.

Semoga dengan pemilihan ini menamatkan segala kemelut yang dicetuskan beberapa pihak bagi menggoyang kepimpinan dewan pemuda. 

Tahniah kepada yang telah diberi amanah  untuk memegang jawatan dan menjalankan tanggungjawab manakala yang tidak terpilih kali ini diharap dapat terus istiqamah dan setia mambantu saf kepimpinan ini bagi menguatkan tulang belakang Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Keputusan penuh pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda Pas SeMalaysia semalam adalah seperti berikut:

KETUA PEMUDA:
Suhaizan Kaiat - 262
Nik Mohd Abduh Nik Aziz - 429

TIMBALAN KETUA PEMUDA:
Mohd Khalil Abdul Hadi - 435
Raja Iskandar Al-Hiss - 257

NAIB KETUA PEMUDA:
Khairil Nizam Khiruddin - 458
Nor Azman Mohamad - 235

Pengerusi tetap
Ust kamal ashaari - 491
Yb Abdul Latip Abdul Rahman- 202

Timb pengerusi tetap
Dr Riduan Mat Nor - 486
Ahmad Sabky Yusof - 205

Ketua 
YB Ustaz Nik Mohd Abduh - 429
Suhaizan Kaiat - 262

Timb
Ust khalil Abdul Hadi - 435
Dr Raja Iskandar - 257

Naib
Ir Haji Khairil Nizam - 458
Us Norazman - 235

Ajk
1. Abg kerdee - 326
2. Afnan hamimi - 430 ✅
3. Ahmad Fadhli Shaari- 447✅
4. Hakim mohd nor - 263
5. Hishamuddin karim - 432✅
6. Izwan Halim - 355 ✅
7. Lahirul latigu - 304
8. Mohd Arifiraizul -217
9. Mohd Azam Samat - 430✅
10. Mohd Fakhrurazi - 273
11. Hafiz Sabri - 386✅
12. Mohd Hasbie Muda - 254
13. Nasaie ismail -304
14. Mohd Nasir zakaria - 269
15. Sany hamzan -  287
16. Zawawi hassan - 402✅
17. Mohd faiz - 235
18. Hafiz musa -252
19. Ramlan mahmood - 26
20. Muhtar suhaili - 362✅
21. Norazariza - 101
22. Nurul islam - 377✅
23. Ramadhan fitri - 310
24. Syahir Sulaiman- 409✅
25. Syarhan Humaizi - 406✅
26. Syed kadir - 399✅

Tuesday, June 2, 2015

Para perwakilan muktamar, baca ni dulu


Esok akan bermulanya Muktamar Pas Pusat, maka para perwakilan dan pemerhati akan mula berkumpul di Kuala Selangor untuk menjalankan amanah yang dipikul setelah dipilih sebagai wakil kepada Pas Kawasan untuk menghadiri serta mengundi saf kepimpinan yang baru bagi sesi 2015-2017.

Dah baca apa yang ditulis Jom Fikir-fikir di atas?

Bagi yang terpilih sebagai perwakilan, barang perlu diingat bahawa anda ke muktamar membawa suara amanah daripada Pas Kawasan yang sebelum ini telahpun membuat muktamar dan mengundi untuk memilih pemimpin di Pusat.

Janganlah amanah ini diselewengkan dengan memberi undi kepada calon-calon bertanding dengan mengikut pilihan sendiri mahupun sekelompok ajk kawasan sahaja.

Para perwakilan daripada cawangan-cawangan telahpun menyampaikan hasrat mereka untuk memilih dan menghantar wakil mereka ke muktamar pusat, jagalah amanah tersebut.

Semoga para perwakilan sekalian yang akan berkumpul di Kuala Selangor mulai esok akan menggenggam amanah daripada Pas Kawasan masing-masing untuk mengundi pilihan kawasan, bukan pilihan mereka sendiri.

Selamat bermuktamar.

Sunday, May 31, 2015

Sukan PASTI Kawasan Gopeng 2015

Semalam telah berlangsungnya sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Gopeng di padang Taman Desa Aman, Ipoh.

Tahun ini menyaksikan pertambahan penyertaan apabila 6 Pasti bertarung di dalam acara sukan ini berbanding hanya 4 pada tahun lalu. Pasti Wadi Iman (Taman Botani) dan Pasti Al Furqan (Taman Desa Aman) merupakan 2 Pasti yang baru dibuka pada tahun ini.

Acara sukan tahun ini telah dirasmikan oleh ADUN Sg Rapat, YB Radzi Zainon yang sudi turun padang bersama-sama dengan anak-anak Pasti serta ibu bapa mereka.

Piala pusingan tahun ini pula telah disumbangkan oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Haji Razman Zakaria.

Buat kali (tahun) ke-empat berturut-turut, acara sukan tahunan ini telah dimenangi dan diungguli oleh Pasti Al Ehsan daripada Rapat Setia dengan markah keseluruhan sebanyak 99 berbanding 89 yang dikutip oleh pencabar terdekatnya, Pasti Pintar daripada Simpang Pulai.

Beberapa gambar sukan tersebut yang sempat saya ambil buat tatapan semua:




































Jangan mudah terpengaruh, kembali sedar diri


Mengenai entri sebelum ini yang bertajuk 'Komplot Yahudi untuk jatuhkan Tuan Guru Haji Hadi', kita perlu muhasabah diri kembali, takut-takut kita telah terpengaruh dengan debu kotor yang giat berterbangan di awangan masa kini, yang mencari mangsa untuk menyebarluaskan gerakan mereka untuk menjatuhkan pemimpin umat Islam sedunia tersebut.

Salah satu sebab saya dah lama tidak menulis blog adalah takutnya rasa jika terjebak di dalam perangkap ini yang boleh memesongkan taat kita kepada pemimpin yang dipilih ahli-ahli jemaah parti Islam terbesar di negara ini.

Sumber maklumat kini terlalu banyak bersebaran, daripada kenyataan sehinggalah rasa hati dan buah fikiran entah siapa-siapa yang tidak berautoriti mahupun berjawatan. Daripada kalangan pimpinan, ahli sendiri mahupun bukan ahli, semuanya bebas memberikan kenyataan di media sosial tanpa tapisan, amanah dan rasa tanggungjawab.

Saya bimbang jika tersalah petik, yang bukan daripada sumber sahih, maka saya telah terperangkap dalam menyebarkan fikrah musuh yang mahu menjatuhkan pimpinan Islam kita.

Masa kini, segalanya mengikut trend. Apa saja trend yang sentiasa diulang-ulang di laman media sosial, itulah yang biasanya akan diikuti ramai.

Begitulah juga sentimen untuk menjatuhkan Presiden Pas yang giat dikempenkan hari ini.

Jika kita semua berhenti sejenak daripada membaca, berkongsi dan menulis sesuatu yang bakal merugikan umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia, istighfar beberapa kali, mungkin kita akan menemui semula titik sedar kita sebagai umat Islam yang kian tertindas biarpun di tanahair sendiri.

Fikirkan, setelah kita kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila Almarhum pulang bertemu dengan Penciptanya, maka pimpinan utama yang tinggal adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang yang kita sayangi. Gandingan dua Tuan Guru ini perlulah dikekalkan walaupun kini tinggal hanya seorang sahaja lagi.

Keduanya, perancangan jahat yahudi dunia untuk menghukum mati Syeikh Yusof Qaradhawi. Pernahkah kita terfikir jika ianya menjadi kenyataan, mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bakal menggantikan Syeikh Yusof sebagai pemimpin dunia Islam, apakah yahudi akan menyambutnya dengan penuh ikhlas dan berlapang dada?

Sudah tentulah mereka akan sedari awal lagi menyekat kemaraan tuan guru kita untuk memimpin dunia Islam dengan menjatuhkan beliau terlebih dahulu dilaman rumahnya sendiri.

Bolehkah kita berbangga dan memaafkan diri kita jika kita juga turut serta dalam kempen menjatuhkan tuan guru ini mengikut perancangan licik yahudi? 

Ketegasan beliau di dalam mempertahankan dasar Islam dan parti, tanpa boleh diletak ke kanan mahupun ke kiri, walaupun atas nama tahaluf siyasi, begitu menggerunkan musuh-musuh Islam, mahupun yang mengikat perjanjian berkawan ataupun yang memang terang-terangan melawan.

Tiadakah sedikit rasa bangga mempunyai pemimpin sebegini?

Tergamakkah kita menggantikan beliau dengan seseorang yang diredhai lagi disenangi pihak lain?

Kembalilah ke alam sedar diri, pertahankan keistimewaan ini. 

Jangan digoyang bahtera yang dah lama berlayar gagah ini, kelak kita semua yang terpaksa berenang mencari pantai ditengah-tengah gelora laut yang amat luas ini.

Fikir-fikirkan!

Thursday, May 28, 2015

Komplot Yahudi untuk jatuhkan Tuan Guru Haji Hadi

Setelah bintangnya semakin bergemerlapan.. memimpin sebuah gerakan Dakwah siasah PAS sebagai Presiden, beliau semakin di kenali dunia Islam. Anak didik Said Hawwa ini menjadi orang penting dalam gerakan Islam antarabangsa...

Ketika dunia Islam berdepan dengan kejahatan musuh Islam di seluruh dunia, Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH)  sentiasa bersama pimpinan gerakan Islam dunia mencari jalan penyelesaiannya. Beliau antara orang penting yang menyertai rombongan gerakan dunia Islam menemui pemimpin negara teluk ketika krisis Iraq dan kuwait.

Baru baru ini ketokohan TgHH terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi.. Nama TgHH juga pernah mengemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah di tuduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf.

Semua rentetan itu menunjukkan TgHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TgHH kini adalah pemimpin dunia Islam... beliau juga mesti di halang.

Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus... Untuk menyekat TgHH... porak perandakan jamaah pimpinannya... alasannya... jamaah sendiri tak boleh jaga. macammana nak pimpin dunia Islam...

Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin , mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS. Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan... yang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam...  dalam PAS yang di lihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia...

Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau... Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TgHH adalah gelombang yang di gerakkan oleh perisikan rahsia antarabangsa musuh Islam kerana beliau adalah tohoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. 

Di Malaysia...mereka hanya bercita cita mahu menyekat TgHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TgHH memimpin Umat Islam antarabangsa.

 Usaha menjatuhkan kepimpinan TgHH sebagai Presiden PAS sedang di lakukan secara tersusun. Ia di rancang dengan teliti dan halus...Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya. Ia adalah strategi munafiqin sejak zaman Rasulullah yang menyerang saidatina Aisyah melalui fitnah dalam kisah haditsul ifk untuk melemahkan Rasulullah.

Cara munafiq dan musuh Islam tetap sama kerana mereka adalah pewaris perjuangan yang sama.. pelik ke?????

ANAKSENGAT (aku tak rela diperdaya umNO)

Monday, May 25, 2015

Perjumpaan Najib dan Azmin di Jepun?


Dua gambar di atas yang masing-masing memberitahu akan destinasi mereka iaitu Jepun.

Najib dan Azmin akan berada di Jepun selama 3 hari. 

Bertolak berasingan tetapi destinasi dan masa yang sama. 

Dirancang atau kebetulan? Apa yang mahu dibincangkan? Pembebasan Anwar untuk membantu Najib menghadapi tekanan Tun Mahathir? 

Semoga ianya hanyalah lawatan kerja masing-masing untuk menarik pelabur ke negara ini, bukan agenda lain. 

Kita tunggu dan lihat berita selanjutnya nanti. 

Followers