Friday, July 31, 2009

Rakaman Perhimpunan Mansuhkan ISA anda


Ketika anda menyertai ribuan rakyat di perhimpunan mansuhkan Isa di Kuala Lumpur esok, jangan lupa untuk membuat seberapa banyak rakaman di dalam bentuk gambar dan juga video.

Setiap rakaman anda itu pasti akan memaparkan suasana perhimpunan dari sudut perspektif yang berbeza dan tersendiri.

Rakaman anda itu juga akan menjadi bahan berharga serta bersejarah di dalam pemansuhan akta zalim ISA yang akan disimpan dan dikenang oleh generasi yang akan datang.

Setiap rakaman gambar dan video anda bolehlah di e-mailkan ke blog saya mahupun mana-mana rangkaian blog-blog yang ada untuk disiarkan buat tatapan umum.

Mana tahu jika rakaman anda itu merupakan satu detik yang amat berharga dan bersejarah dalam usaha untuk mendokumentasikan perhimpunan mansuhkan ISA ini.

Saya akan cuba membawakan detik-detik bersejarah ini secara langsung dari sana melalui blog saya, Insya Allah.

Pewaris takut bertembung di Masjid Negara

Pewaris batal himpunan di Masjid Negara

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) membatalkan tempat pertemuan penyokongnya di Masjid Negara tetapi mengekalkan dua lagi lokasi - di Padang Merbok dan di Pasar Seni.

Timbalan Pengerusi 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat terakhir malam tadi.

'Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada alim ulama dan orang lama bagi menjaga kesucian masjid," katanya.

Rahimuddin berkata, pihaknya tidak mahu kesucian masjid tersebut tercemar jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Kita juga tidak mahu mengganggu jemaah yang mahu beribadat, katanya.

Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mengelak pertembungan dengan kumpulan anti-ISA anjura Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) juga akan berkumpul di tempat yang sama, Rahimuddin berkata:

"Kita lebih memfokuskan kepada hendak menjaga keharmonian. Yang berkumpul di situ, sepatutnya budak-budak silat, boleh kalau nak bertembung, tetapi kesucian tempat ibadat itu lebih penting dipertahankan.

-malaysiakini

Ajijoi ~ Satu lagi propaganda Pewaris yang konon-kononnya hendak menjaga kesucian masjid. Sebenarnya Pewaris tidak dapat mengumpulkan seramai yang dijangka untuk berhimpun di Masjid Negara. Untuk menutup ke malu an mereka, perhimpunan pro-isa di Masjid Negara dibatalkan.

Jika dibaca betul-betul kenyataan ini, ianya juga membawa maksud bahawa Pewaris akan menggunakan 'budak-budak silat' untuk melakukan huru-hara.

Adun Permatang Pasir P. Pinang meninggal dunia

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali ke rahmatullah di IJN KL pagi ini, menurut sumber yang mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Maklumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..


ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR Dr Mansor Othman dalam pilihanraya yang mencatatkan sejarah apabila jumlah pemilih yang keluar mengundi paling rendah ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.


Al-Fatihah buat adik Ust Misbahul Munir

Adik perempuan kepada Ust Misbahul Munir telah meninggal dunia jam 4 pagi tadi. Jenazah akan dibawa ke Sg Tiang Darat untuk pengebumian pada pagi ini.

Al-Fatihah.

Kisah dari blog Ust Misbah [klik]

Menunggu Kata Dari Tuhan di Intim, Ipoh


Tarikh:
31hb July 2009 (Jumaat)
Jam:
9.00 Malam

Tempat :
Dewan Saidina Abu Bakar, INTIM, Ipoh, Perak

Anjuran:
Persatuan Pegawai-pegawai Agama Perak (PPUP)

Derma Tiket: RM5.00

Dengan Kerjasama:
Persatuan Kebajikan Ummah Trong (PEKUT)
Hubungi:
0195710933-AF USTAZ Norazli Musa

Penampilan Istimewa:
1. Azahan Atan- Juara Akademi Nasyid
2. Sabri Yunus
3. Sani Sudin

Tetamu Jemputan:
SDR. Azmi Hamid- Pengerusi TERAS

HARAP SEBARKAN...
TERIMA KASIH

Siapa suara minoriti? Kita tunggu 1 Ogos nanti


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) mendesak supaya kerajaan tidak tunduk "kepada suara minoriti pihak tertentu yang meminta agar ISA dimansuhkan".


"Ini kerana suara minoriti tersebut tidak mewakili keseluruhan suara majoriti rakyat Malaysia," kata PPIM dan Pewaris dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Katanya, ISA penting bagi menjamin keselamatan negara dan telah terbukti mampu menangani permasalahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Rakyat juga jangan mudah terpengaruh dengan emosi hanya kerana kepentingan peribadi golongan minoriti tersebut yang cuba memancing emosi rakyat Malaysia untuk kepentingan peribadi mereka.

"Kita mahu negara terus aman dan rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana harmoni dan negara bebas dari ancaman keselamatan.

"Jangan terikut dengan budaya luar dan berjuang kerana emosi atas sebab pengaruh pihak tertentu," tambah kenyataan itu.

PPIM dan Pewaris juga menggesa supaya jangan diperjudikan masa dengan negara dan "bertindak melulu tanpa melihat pelbagai perkara yang lebih penting, iaitu keharmonian negara dan keselamatan tanahair tercinta".

"Kenapa kita hendak memperjudikan keselamatan rakyat dan negara kerana provokasi emosi golongan yang berkepentingan peribadi.

"Perhimpunan haram seperti ini hanya akan menyusahkan rakyat dan bantahan beribu orang adalah hanya suara minoriti sahaja berbanding dengan majoriti rakyat yang muak dengan demonstrasi dan perjuangan yang tidak berasas serta tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia," tegas kanyataan bersama itu.

- malaysiakini.com

Ajijoi ~ Dr Maamor Osman tidak sepatutnya menggunakan jawatannya di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila menyatakan sokongannya terhadap akta zalim ISA. Berdirilah di atas kapasiti diri sendiri. Jangan diseret nama Islam bagi menyokong sesuatu yang ternyata bercanggah dengan hukum Islam. Ini amat memalukan umat Islam apabila sebuah persatuan yang memperjuangkan makanan halal untuk umat Islam telah menjadi penyokong kezaliman.

Apa gunanya PPIM beriya-iya mempromosikan kempen boikot Amerika dan Israel apabila di masa yang sama, PPIM menyokong ISA. Apa bezanya Israel dan ISA? Tiada beza sama sekali.

Semoga PPIM tidak dijadikan alat tunggangan untuk kepentingan pihak yang mempertahankan akta zalim toghut itu.

{Apa kaitan Dr Maamor dengan kes Rahim Thamby Chik? Baca disini [klik]}

1 Ogos nanti, kita akan melihat pihak manakah yang sebenarnya suara minoriti.

Sesungguhnya...



Hayatilah keindahan lagu ini bersama liriknya yang menyentuh dasar hati saya. Pejamkan mata anda dan ikut sama menyanyikan lagu ini seolah-olah kita berbicara kepada Allah dengan penuh rasa insaf dan pengakuan tulus ikhlas bahawa kita sesungguhnya hamba yang lemah dan bukanlah insan sempurna.

Thursday, July 30, 2009

ISA atau himpunan yang haram?

Akta Isa: Haramkan akta zalim

Kenyataan Media (30 Julai 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana masih tidak menolak bahawa perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah digubal pada tahun 1960 dan yang masih dijalankan selama 49 tahun adalah lebih zalim dan perlu diharamkan.

DPPN Pk mencabar Tan Sri Harussani dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan serta Mufti seluruh negeri supaya mengeluarkan fatwa tentang Akta ISA ini yang telah banyak menzalimi rakyat kerana telah menghukum tanpa membicarakannya dan ianya salah disisi Agama Islam.

Persoalan yang sepatutnya timbul adalah kezaliman Akta ISA yang telah diamalkan itu, bukannya membantah Akta ISA itu sebagai yang haram. Perkara yang penting sekarang ini adalah, mengapa kezaliman ini masih diteruskan?

DPPN Pk mempertegaskan bahawa usaha untuk menghapuskan kezaliman mesti ditegakkan. Himpunan sebagai protes untuk memastikan seluruh rakyat akan hidup aman tanpa kezaliman yang telah dibuat oleh kerajaan akan diselamatkan.

Oleh yang demikian, DPPN Pk menyeru seluruh rakyat yang membantah kezaliman mesti tampil untuk nyatakan kebenaran kerana menyahut seruan Nabi SAW "Jihad yang paling afdhal ialah perkataan benar di hadapan pemerintah yang zalim" bukan perkataan yang berani di hadapan rakyat yang ditindas

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Perak

Makluman Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009


1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Jawatan Presiden Pafa tidak akan bertukar tangan

Nizar akan teruskan tugasan PAFA

IPOH: DS Mohammad Nizar Jamaluddin akan meneruskan tugasan selaku presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) demi menyempurnakan tanggungjawab membina skuad pasukan negeri bagi menghadapi Piala Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PAFA di pejabat PAFA di sini.

Adalah tidak adil untuk tidak bertanggungjawab dengan membiarkan skuad negeri yang telah menempah tiket kelayakan ke pertandingan Piala Malaysia, katanya sambil menegaskan bahawa skuad yang dibentuk akhir tahun lepas itu berpotensi tinggi untuk maju.

Kita sedia maklum bahawa skuad tahun ini lewat dibentuk ekoran permasalahan dalaman PAFA (sebelum pengambilalihan akhir November 08) dan PAFA sendiri amat tenat ketika diambil alih dengan pelbagai masalah kewangan yang terkumpul hampir RM4.2 juta, kata Nizar.

"Beban hutan tanggungan PAFA ini terkumpul sejak beberapa tahun sebelum 2008 lagi dan ia diheret ke tahun 2009. Setakat tahun ini, PAFA hanya mampu memelihara agar hutang itu tidak bertambah dan tanggungan 2009 seperti gaji dan lain-lain mampu dilangsaikan bulan ke bulan."

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang memang tidak mengizinkan beliau untuk menyelesaikan bebanan hutang lapok itu tetapi berharap sekurang-kurangnya semua pihak tampil membantu kerana bola sepak adalah sukan rakyat.

Nizar dipilih menerajui PAFA setelah desakan pelbagai pihak termasuk oleh paduka seri Sultan Perak sendiri yang melihat pada ketika itu, hanyalah seorang ketua kerajaan negeri yang sesuai dan berkemampuan mengatasi kemelut PAFA.

Oleh kerana keadaan mendesak dan tiada pilihan, Nizar menyanggupi tanggungjawab berkenaan pada masa itu.

-perakite.blogspot.com

Kuliah malam Jumaat: Ransangan Perubahan

1 Ogos caj Astro naik RM12


1 Ogos nanti, bukan sahaja hari kenaikan tambang kenderaan awam tetapi juga hari naik angin penentang-penentang akta zalim ISA di Kuala Lumpur.

Dan rasa naik angin tersebut sudah pasti akan dikongsi rasa oleh peminat-peminat dan penyokong-penyokong Liga Perdana Inggeris yang menonton perlawanan EPL secara langsung melalui siaran Astro.

Kenapa? Manakan tidak. Bil langganan Astro akan mula dinaikkan sebanyak RM12 mulai 1 Ogos ini. Tetapi kenaikan ini hanyalah kepada peminat-peminat bolasepak yang melanggan saluran sukan. Mana adil macam ni? Opah Leibor yang hari-hari tengok drama kat Astro Ria dan Prima tak kena bayaran tambahan pun. Tak aci.

Rasa-rasanya, ramai yang akan tutup akaun saluran sukan kerana enggan menambah beban bulanan sebanyak RM12.

Lepas ni, setiap kali perlawanan Liga Perdana Inggeris yang disiarkan secara langsung, sama ada malam minggu ataupun hari-hari biasa, penuhlah restoran-restoran mamak yang menyediakan TV skrin besar di luar untuk peminat-peminat bolasepak (dan teh tarik + roti canai juga).

Dalam keghairahan menonton perlawanan secara beramai-ramai itu, sorakan dan tepukan pasti bertambah kuat dan meriah. Berbeza jika dibanding dengan menonton keseorangan dirumah. Pasang home theater supaya terasa bagaikan di stadium tersebut juga tidak membantu. Percayalah. Saya sudah mengalaminya.

Tetapi awas, seandainya restoran-restoran mamak yang berhampiran tempat anda juga melakukan perkara yang sama dengan anda. Menutup akaun saluran sukan mereka kerana tidak mahu membayar lebih (sebab yang datang tengok bola tu pun semuanya order air minum segelas dan lepak ramai-ramai tengok bola selama 2 jam), jawabnya kena tunggu keputusan perlawanan sahajalah pada keesokan ataupun kelusaan harinya melalui akhbar.

Bagi saya, caj naik pun, apa nak buat. Bayar saja lah. Kita hidup di Malaysia ni bagaikan tawanan perniagaan. Setiap titik peluh kita diniagakan untuk keuntungan pihak lain. Hari-hari bekerja membanting tulang hanya untuk menjelaskan bil-bil yang semakin bertambah, tak pernah berkurang.

1 Malaysia maa....

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.

Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.

Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

-kosmo.com.my

Umno/BN celarukan akidah Islam

Setiap tahun, pada hari dan tarikh tertentu, patung besar di Taman Tasik Perdana, berhampiran bangunan Dewan Rakyat, akan menerima jambangan bunga untuk mengenang jasa patung-patung yang telah berjuang untuk negara. Setiap kali tiba pelawat rasmi kerajaan, patung-patung itu akan menerima jambangan bunga penghormatan. Walaupun perbuatan itu janggal, tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu dan ditolak bulat-bulat oleh Islam sebagai amalan syirik, namun kerana sudah dibudayakan, nampaknya sudah diterima rakyat. Kata orang yang tahu, sudah ada fatwa mengharamkan perbuatan itu, tetapi masih diteruskan kerana menghormati patung adalah sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Adakah ini cocok dengan One Malaysia yang oleh seorang ustaz tentera yang jadi menteri dikatakan telah berfatwa memang One Malaysia itu cocok dengan Islam, ertinya mengikut ustaz ini One Malaysia itu serasi dengan Islam? Baik-baik bagi fatwa, tuan ustaz, supaya ustaz tidak keliru. Kami yang jahil tak mengapa kerana ramai tok guru yang boleh kami tanya fatwanya yang betul. Kalau ikut kata seorang tok guru, perbuatan tunduk hormat kepada patung di Tugu Negara itu samalah dengan Firaun menyembah patung-patungnya. Cuma bezanya yang disembah Firaun itu patung anjing, kucing, sphinx (berkepala Singa), dan lain-lain yang dianggap mulia oleh Firaun. Pendahuluan ini penting kerana ada kaitannya dengan cerita berikutnya.

Membangkitkan penyembahan patung di Tugu Negara. Perbuatan itu tidak syirik bagi mereka kerana dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia dan kerajaan sendiri sudah berbelanja banyak berhubung penyembahan patung di Tugu Negara itu. Sebenarnya orang tidak sedar, di bawah slogan One Malaysia, memberi penghormatan kepada pahlawan negara yang banyak berjasa itu merupakan salah satu amalan penting negara, oleh itu Tugu Negara bukan patung yang disembah, tetapi hanya batu-batu yang diukir berwajah manusia sedang mempertahankan Negara

Kata kerajaan, rakyat sudah terima amalan itu sebagai amalan yang digalakkan dalam Rukunegara, oleh itu tidak timbul soal syirik atau tidak. Tidakkah dalam One Malaysia yang membenarkan perbuatan itu, meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi negara? Kata mereka, termasuk para mufti mereka, Rukunegara dan Perlembagaan Negara adalah lambang kekuatan One Malaysia, yang telah menerima kedudukan Islam sebagai agama orang Islam yang mendapat simpati kerajaan, oleh itu ditulis dalam Perlembagaan Malaysia bahawa “Islam adalah agama rasmi Malaysia

Adapun membina tugu dan tunduk hormat kepada patung manusia yang tidak pun berwajah Melayu adalah amalan Malaysia dan sesuai dengan semangat One Malaysia yang mengikut fatwa ustaz menteri sesuai pula dengan Islam, yakni One Malaysia itu, yang menerima dengan baik pemujaan tugu dan amalan tunduk hormat kepada patung itu adalah sesuai dengan Islam dan telah pun dipraktikkan oleh Islam sejak sekian lama menurut pandangan ustaz menteri. Itulah ajaran para pemimpin UMNO yang telah memerintah Malaysia selama 52 tahun. Ada lagi satu persoalan yang kita persoalkan ragui dan inginkan jawapan, mengapa UMNO/BN masih sembah tugu,beranak pinakkan rasuah kroni dalam UMNO/BN, tangkapan dibawah ISA dan tumbangkan kerajaan PR Perak, semua yang disebutkan ini sangat zalim dan terpesong jauh dari akidah serta Agama.

Satu terjahan persoalan yang hendak dilontarkan pada mufti kerajaan umno/bn dan ulama’ serta ustaz yang berkepentingan serta penakut dalam umno/bn ,MENGAPAKAH isu sure heboh di Perak yang masih berterusan dibawah kerajaan haram UMNO/BN Perak masih segar diteruskan tidak ditegur mufti dengan alasan, dia tidak tahu-menhu akan konsert sure heboh tersebut (satu pembohongan yang jelas dari seorang mufti), dan terbaru isu isteri Perdana Menteri Malaysia rosmah yang baru sahaja balik dari bumi mulia Mekah dengan mengerjakan umrah namun apabila balik ke Malaysia masih lagi menjaja auratnya sana sini, tudung dan aurat hanya dipakai dan dijaga semasa di Mekah sahaja, bukankah ini fahaman sekular yang sedang menyaluti pegangan hidup perdana menteri malaysia dan isterinya, mana perginya mufti umno dan ulama’ berkepentingan dalam umno yang fatwa mereka ditunggu oleh rakyat?

UMNO-BN diingatkan jangan putar belitkan fakta dan pergunakan Agama untuk kepentingan politik. Jika tidak faham Agama jangan berbincang soalnya dan berdusta tetapi belajar dan bertaubatlah. -

Mohd Hafez Sabri

(Coordinate Institute of Critical Youth)

Wednesday, July 29, 2009

Rakan blog: Lawak Today


Rakan blog adalah satu ruangan baru yang saya sediakan untuk memperkenalkan laman blog rakan-rakan blogger yang singgah di ruangan sembang blog saya.

Oleh kerana ruangan yang agak terhad untuk saya linkkan kesemuanya di blog saya, maka ini adalah salah satu cara saya memperkenalkan mereka-mereka yang menjadi sahabat baru kepada blog ini.

Buat pertama kali ini, saya ingin memperkenalkan laman blog Lawak Today.

Blog ini yang memuatkan lawak jenaka sebagai resepi utamanya bagi menceriakan hari-hari anda.

'Satu lawak untuk anda setiap hari.Tolong bagitahu pada kawan-kawan yang lain.Semoga lebih ramai orang yang terhibur dan semoga ceria selalu.Jangan lupa jadi followers blog ni ok.TQ'
-
Itulah kata-kata utama di blog tersebut.

Contoh artikel yang terdapat di blog ini :-

Sekolah
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH TU!!!

Kunjungilah laman blog Lawak Today di http://lawaktoday.blogspot.com

Seruan TG Nik Aziz buat seluruh rakyat Malaysia bantah ISA

Tuesday, July 28, 2009

Kesan kezaliman ISA

MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA

MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Lokasi rahsia

Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.

Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).

Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?

Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.

Baca seterusnya [klik]

Perpaduan Antara Kerajaan Ya, Antara Parti Tidak – Tuan Guru Nik Aziz

Kota Bharu, 27 Julai 2009. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.

Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.

Semangat Federalisme
Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin didalam perlembagaan. Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan telah menyekat hak-hak Negeri Kelantan dalam banyak aspek.

Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme. Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan.

Selepas pilihanraya umum ke 12 bila 5 negeri di Semenanjung Malaysia tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak Kerajaan Persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

Kerajaan Negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Baca seterusnya [klik]

-blogtokguru.com

Ulasan Buku: Kompilasi Tafsir al-Quran, HIDAYAH

Hidayah adalah petunjuk atau disebut guidance jika dialih ke bahasa Inggeris. Diksi Hidayah banyak dirakam di dalam al-Quran, antaranya:


Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah al-Isra’:9)


Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus(hidayah).” (Surah al-Fatihah :6)


Dikisahkan ketika Rasulullah SAW pernah menggariskan pada tanah suatu garisan. Kemudian Rasulullah membuat garis-garis yang bercabang daripada garisan induk tersebut. Lalu baginda membacakan ayat al- An’am ayat 153. Maksudnya: “Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan janganlah kamu ikut akan jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memecah belahkan kamu.”




Jelas di sini, hidayah adalah milik Allah dan ia diberikan kepada sesiapa yang Dia ingini. Setiap hamba wajar memohon dikirimkan hidayah agar setiap tindak tanduk sentiasa di dalam pimpinan dan rahmat Allah. Naskhah HIDAYAH adalah kompilasi tafsir al-Quran yang menautkan fikrah Tuan Guru Nik Abd Aziz.


Petikan dari Surah Yunus ayat ke-15 bermaksud: Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata berkatalah orang-orang yang tidak ingat bahawa mereka akan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah al-Quran yang lain daripada ini ataupun tukarkanlah dia.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarnya dengan kemahuanku sendiri; aku hanya tetap menuntut apa yang diwahyukan kepada aku sahaja. Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku akan azab hari yang besar (soal jawabnya).


Nah, ini adalah bukti bahawa hidayah itu kadang kala telah datang menyapa kita, namun kita tegar membuang dan menepisnya dengan mencipta pelbagai alasan. Betapa cintakan dunia telah memalingkan hati dan fikiran insan untuk mendakap hidayah. Atas rasa kesedaran dan ingin memberi peringatan kepada sesama muslim, tercetusnya kompilasi Tafsir al-Quran dari surah Yunus, al-Hadid dan Munafiqun untuk lumati lalu dicernakan melalui amal yang didasari ketakwaan.


Anda pasti tersentuh tatkala mencicip tajuk demi tajuk seperti Para Nabi Allah Bukan Tukang Sihir, Politik Lain, Agama Lain?, Rakyat dan Kerajaan Mukmin, Negara Stabil, “Bawakan Aku KItab yang Lain”, Selarikan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat dan Perhimpunan Mega di Padang Mahsyar. Apa yang mengujakan, metod yang dibawa oleh Tuan Guru sarat hidangan pelbagai analogi yang bersesuaian dengan realiti semasa. Ia asas kefahaman yang menerajui setiap kupasan ayat-ayat suci al-Quran dengan sokongan sunah nabawiah.

Hidayah…Tuhan kurniakan kepada sesiapa yang Dia ingini! Raihlah hidayah, barangkali ia ada disekeliling anda…

Ajijoi ~ Buku ini merupakan tafsir Surah Yunus yang dikupas dengan begitu lunak sekali oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Seperti mana kebiasaannya menyampaikan ilmu, segala yang berada disekeliling dan juga di dalam hidup kita akan dijadikan contoh yang paling hampir untuk memudahkan kita menghadam akan maksud yang ingin disampaikan.

Agak payah untuk berenggang dengan buku ini apabila kita sudah mula menyelaknya. Helaian demi helaian menyinarkan HIDAYAH yang menerjah masuk terus ke lubuk hati.

Milikilah buku ini sekarang. Sebuah lagi titisan ilmu daripada seorang ulama pejuang Islam.

18 tahun Tuan Guru Nik Aziz pimpin Kelantan

Monday, July 27, 2009

Haji Nizar di Melaka


Gambar-gambar sekitar lawatan dan ceramah DS Haji Nizar ke negeri Melaka pada 22.07.09 (di salin dari team perakexpress.com dan diedit oleh ajijoi)





Ceramah di Dewan DAP, Melaka pada 22.07.2009

Menyalakan api 1Malaysia

rosmah-dan-najib

Kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria, Zambry Abdul Kadir dan sekalian media massa dan blogger-blogger UMNO. Perhatikan gambar di atas dan kemudian silalah sebutkan apa hukumnya?

Jangan hanya pandai dulang paku serpih. Mengata orang, pemimpin awak yang TERNYATA lebih.

maklumat -bagindareformasi

Ajijoi ~ Yang ni harus je....bukan haram kot

Adakah 1Malaysia bermakna 1bangsa, 1budaya dan 1AGAMA?

Jangan sebut Kelantan tiada hak dapat Royalti - Nik Aziz

Umno tak tahu bezakan antara kerajaan dan parti - Nik Aziz


Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Tok Guru mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun, kejadian ini menunjukkan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat Federalisme bukan pasal antara parti,” kata Tok Guru di pejabatnya, Kota Darulnaim.

Katanya lagi, yang duduk cakap pasal parti ialah Mustapha Mohamed (Dato’) sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sehubungan itu Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa beberapa hari lalu dan menganggapnya sebagai satu lagi “Projek Barisan Nasional”.

Sekarang Umno terdesak gagal membezakan antara kerjasama kerajaan dan parti
Sementara di Padang Majlis Daerah Kuala Krai, di Laloh, Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

“Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

“Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan,” katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.


PAS jalin kerjasama dengan Umno? Nik Aziz nafi

Sunday, July 26, 2009

Launching of my Facebook

Besides blog, Facebook is very popular nowadays. And its FREE.

Its all about sharing and finding old friends who you have lost contact with. And making new friends too.

A lot of my old photos that never been published anywhere before have been scanned and uploaded in my Facebook. I'm opening up my world (and secrets too) to all of you. To have a look on all of my photos, just join Facebook and become my friend. Trust and honesty is the main ingredients in friendship.

Facebook helps you connect and share with the people in your life. Its tagline says it all.

Join me today at http://www.facebook.com/people/Azizul-Nizam/1078626570

Akhiran idaman

Setiap yang hidup PASTI akan mati. Bagaimana cara kematian itu terletak kepada ketentuan Illahi.

Bagaimanakah anda mahu akhiran hidup anda? Biarpun kita setiap kali berdoa untuk mati di dalam iman dan Islam, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Sepertimana kisah di dalam paparan video di bawah, imam ini meninggalkan dunia ketika sedang berceramah agama. Malaikat maut akan mencabut nyawa di ketika mana sekalipun mengikut ketentuanNya tanpa lewat barang seminit.

Lihat kepada bola mata imam ini ketika di saat akhirnya. Ia melihat ke arah kanan. Menurut ustaz saya, jika ia melihat ke arah kanan bermakna malaikat maut datang kepadanya dari arah kanan yang membawa maksud kesudahan yang baik. Jika ia melihat ke arah kiri, na'uzubillah.



Teringat saya kepada kisah arwah bapa Abdullah Fahmi, Juara Akademi Al-Quran 1 TV9 yang juga meninggal dunia ketika sedang memberikan kuliah/ceramah agama di masjid.

Adakah terlekat cita-cita kita untuk berakhir sedemikian rupa? Rezeki dan kemampuan seseorang berbeza. Jika tidak mampu untuk berakhir ketika berceramah agama, sekurang-kurangnya dapat berakhir di kala mendengar ceramah agama.

Mesej yang perlu direnungkan ialah selalu-selalu dan rajin-rajinlah kemajlis ceramah agama.

Siapa tawanan dan siapa tebusan?


Dalam masa 48 jam daripada mesyuarat tergempar Umno Perak malam tadi adalah sangat genting buat mereka.

Keputusan yang diambil bukanlah kehendak mereka tetapi adalah kerana terpaksa.

Siapa yang memaksa? Dan mengapa?

Jamaludin Behrang yang UBN Perak jadikan tawanan dalam persembunyian kini menjadi ancaman besar kepada mereka. Mengapa jadi begitu? Sila baca di sini [klik]

Akibat tertekan dengan permainan UBN terhadap dirinya, Jamaludin kini menjadikan UBN Perak sebagai tebusan. Segala tuntutannya dan kemahuannya perlu diakur agar tidak kembali bersama PR.

Beliau yang mempunyai kuasa penuh terhadap orang suruhannya, Osman Jailu mempunyai pilihan untuk mereka berdua kembali melompat ke PR jika dirasakan bagai orang tawanan yang dipermainkan.

Adakah Jamaludin masih menjadi tawanan? Ataupun kini UBN Perak yang dijadikan tebusan oleh beliau?

Apa dan bagaimana permainan seterusnya, kita nantikan pengumuman rasmi oleh pihak UBN Perak esok.

Dun Perak Bubar...?




Spekulasi bertiup kencang DUN Perak akan dibubarkan. Sehubungan dengan itu.... krew PerakExpress telah membuat tinjauan ke kawasan sekitar ibu pejabat UMNO Perak dan ke kediaman rasmi MB Kudeta.

Dan sah..... terdapat ramai orang di kedua-dua tempat tersebut.

Apakah itu petanda, mengesahkan desas-desus yang mengatakan DUN Perak akan dibubarkan dalam masa 48 jam dan jika benar..... pembubaran DUN Perak akan menjadi kenyataan juga akhirnya.

Apa-apa pun.... sama-samalah kita tunggu pengesahan tentang berita tersebut....

-muslimeen united

Ajijoi ~ Umno Perak telah sampai ke penghujung di dalam percaturan politik mereka di negeri Perak. Mungkin istana boleh mereka tawan, tetapi tidak rakyatnya.

Sepertimana maklumat yang saya perolehi mengatakan pembubaran dun akan berlaku sebelum 10 Ogos ini, bermakna Umno Perak benar-benar ketandusan idea untuk terus memerintah negeri Perak yang mereka rampas secara haram.

Tiada lagi jalan keluar buat mereka melainkan pembubaran dun sebelum perbicaraan kes MB Perak di Mahkamah Persekutuan menyebelahi DS Nizar.

Salam Kerajaan Perpaduan?


Gambar ini dipropagandakan secara besar-besaran oleh media arus perdana untuk menjentik kembali isu Kerajaan Perpaduan kepada ahli-ahli Pas yang baru pulih daripada fobia terhadap isu itu.

Bagi Umno, gambar ini merupakan satu bonus buat mereka menggamit hati orang-orang Melayu untuk kembali bersama-sama mereka.

Inilah sekeping gambar yang amat diidam-idamkan oleh Najib dan BN seketika dulu untuk menjadi buah keras penamat riwayat perjuangan syumul Pas.

“Saya sebagai gerakan Islam tidak bermusuh dengan individu, dan tidak bermusuh dengan orang tertentu, (tetapi) kita bermusuh dengan ideologi parti,” kata Tuan Guru Nik Aziz pada sidang media selepas hadir merasmikan majlis pelancaran Kelantan Fiesta 2009 di sebuah hotel di sini, semalam.

Ternyata, Najib dan BN belum lagi betul-betul mengenali Tuan Guru Nik Aziz untuk diambil kesempatan terhadap dirinya.

Berita bersangkutan dengan gambar diatas, baca di sini [klik]

Pengarah Sepet dijemput pulang


Yasmin Ahmad meninggal dunia

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Biodata Yasmin Ahmad (1958 - 2009)

Pembedahan otak sebelum meninggal

Gambar terakhir Yasmin Ahmad


Filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang belum sempat ditayangkan.

Ajijoi ~ Saya bukanlah peminat filem-filem Yasmin Ahmad. Malah, saya rasa terganggu dengan filem-filemnya yang mengenepikan unsur-unsur agama di dalam mengenengahkan unsur-unsur manusia.

Perbatasan hubungan lelaki dan wanita, aurat, pergaulan serta keterbukaan menjadi terurai serta hilang. Itulah yang menjadi mesej penting yang dipaparkan di dalam filem-filemnya. Dan itulah sebenarnya wajah 1Malaysia yang telah lama diperjuangkan Yasmin Ahmad sebelum Najib Razak mempopularkan slogan tersebut.

Kehidupan masyarakat Cina lebih difokuskan di dalam filem-filemnya sehingga seakan-akan meliberalkan Melayu dan Islam itu sendiri.

Tidak hairanlah jika Yasmin Ahmad yang dahulunya adalah Zulkiflee Ahmad (Naib Johan Bintang RTM '75) berkahwin dengan seorang lelaki Cina, Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003).

Walaubagaimanapun, daripada Allah dia datang, kepada Allah-lah dia kembali.

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad @ Zulkiflee Ahmad.

Ijtimak Pas Kawasan Gopeng


IPOH (25.7.09): Persempadanan semula kawasan pilihanraya mungkin akan dilakukan bagi memecahkan undi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Ust Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat di majlis Ijtimak Pas Kawasan Gopeng di Markas Tarbiyyah Pas Gopeng, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh.



Persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 perlu dilakukan mulai dari sekarang kerana ura-ura kearah itu telah mula kelihatan. Jentera pilihanraya Pas diminta bersiap-sedia dan segala gerak kerja perlu diatur segera, tegasnya lagi.

Banyak lagi perkara dan isu terkini diterangkan oleh Ust Idris di dalam majlis tersebut. Sessi dialog juga dibuka kepada hadirin untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Beberapa pandangan dan cadangan juga dilontarkan ahli untuk Ust Idris bawa pulang ke peringkat Pusat.


Di antara sebahagian ahli Pas yang hadir mendengar penjelasan serta dialog bersama Ust Idris Ahmad.

Sdr Anuar Ibrahim mengambil peluang berdialog dengan Ust Idris Ahmad.

Saturday, July 25, 2009

Michael Jackson dibunuh untuk sekat Islam berkembang


Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com


Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.

Ajijoi ~ Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.

Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.

Friday, July 24, 2009

Imam muda vs Imam tua


Hari ini berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Jalan Diary, Ipoh.

Seronok rasanya sebab Imam muda yang memberikan khutbah dengan penuh bersemangat dan lancar bagaikan memberi ceramah agama. Pertama kali saya menyaksikan Imam yang sedang membaca khutbah menegur budak-budak yang membuat bising dibarisan belakang sekali.

Berbanding dengan Imam tua di masjid yang selalu saya pergi tu, khutbahnya DIBACA. Kekadang tersangkut-sangkut dan seakan-akan tidak menghayati khutbah yang disampaikan.

Itulah beza nyata di antara Imam yang memang mempelajari ilmu untuk menjadi imam sedari muda dengan Imam yang dilantik diantara orang-orang pencen yang selalu ke masjid ataupun sehaluan politik dengan AJK masjid.

Imam juga berperanan untuk menarik makmum untuk bersolat. Jika sesuatu masjid dan surau itu berimamkan seseorang yang kurang disenangi oleh makmum, amat malanglah masjid ataupun surau itu. Dan andainya seorang Imam yang begitu disenangi oleh orang ramai dan makmum, pastilah ramai yang mengimarahkan masjid dan surau tersebut.

Pengarah bergigi paling cantik

BEBAS TUDUHAN RASUAH..Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab bersama ahli keluarganya sempat melambaikan tangan kepada penyokongya sebaik dibebaskan.

Rasuah: Bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia bebas

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab hari ini dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 tanpa balasan, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal, di akhir kes pendakwaan, membuktikan kes prima facie terhadap Mirza.

Sejurus keputusan itu dibacakan, seramai lebih 100 anggota keluarga dan rakanrakan Mirza yang berada di galeri awam, bertepuk tangan dan bersorak mengucapkan "Alhamdulillah", menyebabkan hakim meminta mereka diam bagi menghormati prosiding mahkamah.

Dalam penghakiman bertulisnya hari ini, Zainal Abidin berkata pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan wujudnya elemen niat di pihak tertuduh untuk menerima barangan berharga, iaitu dalam bentuk rawatan pergigian, tanpa balasan, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mirza, 51, yang digantung tugasnya sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia berikutan kes rasuah itu dituduh bersetuju menerima, tanpa balasan, rawatan pergigian bernilai RM13,860, yang dijelaskan bayarannya oleh pengarah Syarikat Perunding Pakar Media Zulhisyam Ayob, walaupun mengetahui bahawa syarikat itu mempunyai hubungan dengan fungsi rasmi beliau sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan ketika itu.

Mirza dituduh melakukan kesalahan itu di klinik pergigian Clinical Practise Prosthodontics Sdn Bhd, di Taman Tun Dr Ismail antara 17 Jan dan 26 Julai 2005.

baca seterusnya...

Ajijoi ~ Rawatan pergigian sahaja bernilai RM13,860.00, sudah pastinyalah giginya paling cantik di antara pengarah-pengarah yang ada. Maklum le, pengarah pelancongan. Nak menarik pelancong datang ke negara kita, bukannya kerja senang. Senyuman nak kena manis. Gigi nak kena berkilat.

Mungkin ada pengarah-pengarah lain yang rasa cemburu gigi mereka tak sekilat dan secantik gigi Mirza ni kot.

Ulasan Tuan Guru Nik Aziz tentang isu lilin


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

“Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

“Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

“Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.

Thursday, July 23, 2009

Kuliah malam Jumaat: Umur dan Harta











Kuliah malam Jumaat: Kekuatan Ikhlas



Padi Organik Tuan Guru Nik Aziz




Pelancaran PROJEK PERCUBAAN PADI SRI ORGANIK DUN SALOR telah diadakan pada 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan sekaligus melancarkan produk baru keluaran Sunnah Tani yang menjadi urusetia serta penyelaras projek percubaan padi SRI organik ini iaitu ragi baja organik yang dinamakan sebagai SALOR MOL. Projek Padi SRI Organik ini adalah yang pertama di Malaysia.

SALOR MOL ini digunakan bagi melihatkan hasil yang baik dan segar di tapak projek percubaan tersebut. Harga Promosi iaitu RM10 sahaja untuk satu liter. SALOR MOL dihasilkan secara terperinci dan berhati-hati oleh tenaga yang pakar daripada Indonesia, iaitu PAK AEP.

Pelancaran yang diadakan jam 3 petang itu turut dihadiri oleh YB Dato Hj Husam Musa yang merupakan pemula kepada inisiatif projek ini, YB Che Abdullah Hj Mat Nawi , Pengerusi JK Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan serta ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli exco dan wakil rakyat di negeri Kelantan. Rakyat negeri Kelantan juga turut hadir bersama-sama mendengar taklimat ringkas padi SRI Organik dan menyaksikan pelancaran tersebut. Promosi ragi baja organik tersebut dijual pada harga promosi hanya pada hari pelancaran sahaja.

Satu lagi kelebihan yang ada pada SALOR MOL ini ialah ia dapat menghilangkan bau busuk sampah yang ada sekeliling rumah dan juga tempat pembuangan sampah dengan semburan cairan mol tersebut selain digunakan untuk penyuburan tanah , tumbuhan dan menambahkan kebernasan isi buah.

Lokasi pelancaran ini adalah di tapak projek , tunjung. untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi ; 019 9427519

*Untuk melihat lebih banyak gambar pelancaran SRI Organic Paddy Field, sila klik here. Untuk membaca maklumat mengenai SRI Organic, sila klik here. Untuk melihat gambar-gambar sawah padi, sila klik here.

Ceramah Ustaz Kamal Ashaari di Kg Changkat Larang, Ipoh



CERAMAH PERDANA

Tarikh & Masa
JUMAAT 24/07/2009
9.00 MALAM

Tempat
RUMAH ALLAHYARHAM UST. ROSLAN SHAHRUM
KG CHANGKAT LARANG
PENGKALAN PEGOH, IPOH
(melalui Tmn Pinji Mewah)

Penceramah
USTAZ KAMAL ASHAARI
(AJK DPPas Pusat)
DR LEE BOON CHYE
(Ahli Parlimen Gopeng)
SDR RADZI ZAINON
(Naib YDP Pas Gopeng)

Semua dijemput hadir

Followers