Tuesday, November 17, 2009

Pusat pengedaran arak Perak dibuka berhampiran Kg Melayu Sg Rapat

IPOH 17 NOV Jika dahulunya dibongkar mengenai penjualan arak yang berleluasa di kawasan majoriti Melayu di Medan Gopeng, Sg Rapat, kini penduduk berdekatan digemparkan sekali lagi dengan masalah yang lebih besar.

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.

6 comments:

Briged Akhdor LR2 said...

masyaallah..ape nak jadi ler..prkara ini perlu diambil tindakan ..dkr plak tue dgn kwsan teman..rosak rosak rosak

Mohamadazhan.com said...

tak tau nak komen mcm mna lagi...yang dah ada pun dah teruk sgt dah, ni tmbah yang baru pula...sia2 sja ada PHd tapi kepala otak dungu.

Rumah Opah said...

mana dia adun sungai rapat?apa yang dia buat?..takkan nak diam saja.ini lah kerajaan BN.... ISLAM BANGUN.

Nangkubai said...

Tahniah..Satu Lagi Projek BN Untuk Rakyat dalam DUN Sg. Rapat.

Na'im Nikmat said...

ADUN Sg.Rapat perlu beri penjelasan....

Anonymous said...

Kilang beer Shah Alam tu macam mana ?

Hmmm..haram terpilih rupanya ...

Followers