Beliau tergamak menyatakan sebegitu dikatakan berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.
Najib yang sebelum ini cuba menyembunyikan fakta bahawa perkembangan ekonomi Negara belum sedia pulih lagi. Dalam keadaan retorik ekonomi kerajaan BN melalui Bajet 2010, Malaysia masih tegar untuk berbelanja boros untuk beberapa projek yang banyak menghabiskan duit Negara dalam masa yang sama hanya mengenyangkan perut segelintir individu.
Menurut Profesor Rajah Rasiah (UM), Malaysia gagal menangani defisit belanjawan tahunan selama 13 tahun! Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Profesor Rajah menafikan malaysia bakal mencapai target wawasan 2020 jika defesit belanjawan masih terabai.
Bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai kemampuan negara ini menjadi negara maju berekonomi berasaskan pengetahuan. Jika tuntutan sekecil itu dinafikan malah dikatakan tidak bermoral, igauan Dr Mahathir berkenaan wawasan 2020 hanya tinggal kenangan.
Ternyata Malaysia rugi selama mana ditadbir oleh Barisan Nasional. Kita maju dan moden di zaman pemerintahan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak sedar betapa kita memanipulasikan hasil dalaman, mineral dan hutan untuk membeli kemodenan tanpa menjadikan agenda ekonomi baru tanpa berasaskan sumber seperti Singapura. CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.)
Kita ditampilkan dengan kekayaan melalui simbol-simbol bangunan, kemajuan melalui Koridor raya dan Pusat sains, sedangkan yang kita pamerkan hanya teknologi luar. Ini terbukti apabila dalam KDNK negara, hanya 0.64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Adakah ini melambangkan sebuah negara yang ingin maju?
Dicelahan kerugian demi kerugian , kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 Malaysia pula akan dijalankan. Mesti Cuepacs geleng kepala jika sedar fakta-fakta ini.
Tuduhan mengatakan cuepacs ingin mengambil populariti dengan perjuangan menuntut Bonus tahunan adalah satu tuduhan yang cukup tidak patut.
Jelas juga antara kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan target BN untuk merampas kerajaan Perak adalah jauh bezanya. Jika benar ramalan YB Ahli parlimen Indera Mahkota bahawa kerajaan sedang berusaha memasukkan RM 1.1 trillion ke dalam negara untuk dana pilihanraya kecil Perak, bermakna benar kakitangan kerajaan hanya diperkulikan selama ini digertak dan diugut dengan pelbagai akujanji.
Najib bercakap soal moral bila berhadapan dengan wakil kakitangannya sendiri. Gejala rasuah, penyelewengan kehakiman (kes pita VK Linggam contohnya), kezaliman polis dan SPRM tidak pula dianggap tidak bermoral. Beberapa menteri BN yang membuat kenyataan awal mungkin Teoh Beng Hock membunuh diri (sebelum disiasat) tidak pula dianggap biadab tak bermoral.
Inilah piawaian moral barisan Nasional. Terlalu banyak gambar puteri dan pemuda UMNO menunjuk punggung dalam PR Bagan Pinang, tetapi penyokong PAS pual dituduh mengganas. Tiada kesan gigitan pada badan polis, tetapi Tian Chua tetap dihukum atas tuduhan bertindak ganas terhadap polis. Inilah nilai MORAL yang najib promosikan.
Sebagai pemimpin, perlulah menangani kehendak rakyat secara berwibawa bukannya memberi tomahan sebelum dibuat perbincangan.
Kakitangan kerajaan perlu sedar betapa bajet 2010 adalah kosmetik menutup defesit warisan BN selama ini. Kerajaan memang tidak berduit untuk melayani kehendak rakyat. Jika ada agihan untuk rakyat ia dijenamakan atas label 1 Malaysia, untuk tujuan pilihanraya. Sokongan dan kesetiaan kakitangan kerajaan dibalas dengan label ‘tidak bermoral’ sepertimana layanan BN kepada tentera (pengundi POS) dalam PR bagan Pinang, kesudahannya bajet untuk pertahanan dalam Bajet 2010 tiada langsung!
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Politik Dewan Pemuda PAS Pusat
No comments:
Post a Comment