Monday, November 30, 2009

Qurban Al-Ehsan '09: Kunjungan YB Chan Ming Kai penambah seri

Ustaz Abu Bakar bersama YB Chan Ming Kai dan juga wakil
Dr Lee Boon Chye, Sdr Megat

28 NOV Pihak Surau Al-Ehsan telah menjemput Adun Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan juga Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye untuk turut serta dalam majlis qurban tahun ini.

Kedua-dua mereka telah menyatakan persetujuan untuk hadir kerana ingin turut bersama di dalam majlis qurban yang dianjurkan surau serta mempelajari dan menyaksikan sendiri ibadah qurban yang dijalankan oleh umat Islam di dalam kawasan ini.

YB Chan Ming Kai yang tiba agak lewat sedikit iaitu sebaik sahaja kerbau yang terakhir selamat disembelih kerana sejak pagi lagi beliau telah menjelajah dan melawat kesetiap masjid-masjid dan surau-surau yang menjalani ibadah qurban di dalam kawasan Simpang Pulai.

Manakala Dr Lee Boon Chye pula tidak dapat hadir kerana disaat akhir terpaksa melakukan pembedahan kecemasan keatas pesakitnya di Hospital Pakar Ipoh. Bagi menggantikan tempatnya, wakil Dr Lee iaitu Sdr Megat telah hadir untuk bersama-sama petugas menjalankan aktiviti majlis hari ini.

Bakso istimewa masakan daripada orang Padang, Indonesia
disajikan pagi ini

"Jangan berebut, jangan berebut" kata-kata usikan biasa
dibibir Haji Daud AlBanjari (baju kuning)

Lain macam je semuanya tunduk menikmati hidangan Bakso

YB Chan Ming Kai dan Sdr Megat disajikan dengan Bakso
dan ditemani oleh penulis, Ust Bakar dan Haji Rahim.

2 comments:

jarum peniti mak long said...

Assalaumaikum...mohon copy paste apa yang patut....terimakasih....

Ajijoi said...

Silakan MrsMuhafis Aljundie. Copy gambar Habibi ke?

Followers